Saturday, May 9, 2009

Sultan Perak Perlu Menyiasat Kronologi Peristiwa Tercemarnya DUN...

Kronologi peristiwa tercemarnya Sidang DUN dengan adegan...menarik Speaker secara keras..adegan tidak mengikut arahan Speaker..adegan pembesar suara Speaker disabotaj..kesemuanya itu perlulah diselidiki dan diperhalusi dengan baik andai mahu menjadi Sultan Yang Berada Di Hati Rakyat...
Persoalannya adakah sidang itu sah dengan perbuatan keatas Speaker sebegini rupa?
Bukankah Speaker itu tarafnya hampir serupa dengan MB? Ia juga perlu dilucutkan dengan terbubarnya DUN?
Mana pergi konsep pengasingan kuasa? Adakah polis boleh campurtangan ke atas penggubal undang-undang? Apabila kita melihat peristiwa sebenar di dalam dewan Sidang DUN kelihatan seperti budak-budak yang berebut hendak menjadi Sultan..adegan rampas merampas..adegan kekerasan..tiada lagi sopan santun bermesyuarat..boleh ibaratkan seperti tong taik..
Dewan itu umpama tempat mereka yang gila kuasa , hendak menguasai hasil mahsul di dalam negeri , seperti pasport untuk meromapak hasil negeri yang begitu banyak. Agenda rakyat...diketepikan..
Be End yang terserlah rakus mengungguli salah laku pemberian projek..salahlaku kiraan projek..salahlaku projek terbengkalai..salah laku dalam menilai harga projek..penggunaan kuasa berebutkan projek balak..tender dan seumpamanya , rasanya berbaloi juga jika dapat memerintah tak kira bagaimana nak mendapatkannya?
Pakatan Rakyat lebih telus , projek yang dibuat lebih pentingnya untuk rakyat , banyak untuk rakyat miskin , jalanraya dan sebagainya.
Be End lebih mementingkan projek gergasi yang menawarkan peluang besar individu tertentu untuk mendapat hasil rasuah , komisen , rundingcara , dan sebagainya.
Begitulah juga pemberian tanah oleh Pakatn Rakyat melata untuk semua yang layak dan telah lama menetap di kampung tersusun dan kampung baru..namun telah dieksploitasi oleh Be End sehingga ramai yang termakan cakap bohong...
Be End lebih memberikan tanah dalam keadaan besar dan luas untuk individu tertentu , atau syarikat tertentu yang berhibungkait rakan dan kroni..malah pemberiannya melebihi kesemua tanah yang diberi kepada rakyat biasa.
Sultan Perak , manusia biasa tak terlepas salah dan silap boleh memperbaiki keadaan meruncing ini dari terus buntu dan kacau..asyik-asyik ke mahkamah saja..rakyat sudah bosan ..kalau ketika Nizar dulu ada jugak kita lihat program untuk rakyat..namun sekarang tiada kelihatan langsung Zambry...
Sembah patik mohon Tuanku bubar DUN..biar rakyat tentukan pemerintah negeri ini...kuasa rakyat...

1 comment:

Anonymous said...

Nak komen artikel awang selamat mingguan malaysia 10.5.09 mengenai perkara yang sama spt berikut:
‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,”
Awang Selamat dengar ke titah Sultan. Nizar, Ngeh dan Raja Muda di atas pentas di Raja jauh daripada media. Saya berada ditempat media, tak nampakpun Awang Selamat. Awang jangan jadi batu api. Jgn main serkap jarang. Zaman IT ni tak boleh tipu pembaca. Saya menyaksikan BN buat sidang sendiri. lantik Ganeson berlari-lari masuk dewan apabila dilantik. macam mesyuarat budak sekolah. selepas lantik Ganeson pakai jubah speaker dan songkok yang sengaja dibawa oleh BN. Angkat sumpah depan Hee. Kemudian kendalikan sidang haram itu dengan membaca skrip. Ganeson baca skrip pun tak betul...Awang sudahlah jangan memfitnah..tak elok..jangan busuk hati..tak elok.

National Geographic POD