Monday, June 29, 2009

Ezam Berkokok Lagi...

Ezam , biasale dok cakap kalau PAS jadi atau nampak seperti tonggak Pakatan , dia nak masuk PAS..boleh belahlah..ni semua memang mangkok hayun punya pemimpin..
dulu kata baru keluar ngaji Quran tiap hari..dia kena baca sirah jugak..masa Nabi Muhammad ketika perjanjian Hudaibiah..nama Muhammad saja diguna ...nama Rasullullah tak de..tapi Rasulullah terima syarat kafir Quraisy..akhirnya syiar Islam tersebar..ni yang Ezam tak sabor sangat tu apahal...lain kali elok Ezam duduk lame dalam ISA baru dia insaf..ini sikit sangat..
Moralnya...
BELAJAR ILMU TINGGI LAGI..JANGAN DOK BACA TANPA ILMU..ILMU LUAS ..ADA SIRAH..MACAM-MACAMLE..
OH YA UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA NAMA AZHAR NAMA SEBENOR TAK MAIN LE NAK MENYAMARLE..
BUKAN AZHAR PAS BESUT TAU...SILAP ORANG...

Thursday, June 25, 2009

Dakwaan Terhadap Anwar Wajib Digugurkan

Setelah 3 pakar perubatan mengesahkan tiada penerobosan dan tusukan ke dalam anus belakang Saifol maka wajarlah tuduhan digugurkan. Janganlah akibat sengketa politik kita mengorbankan nilai dan prinsip kebenaran. Ikutilah prinsip politik Islam yang baik dan beretika.
Buat Saifol bersegeralah taubat untuk mendapatkan ketenangan hidup yang abadi, tiadanya guna kita menjadi kuda tunggangan hanya untuk mendapatkan habuan keduniaan yang hanya sementara.
Akhir-akhir ini sedikit sibuk menyiapkan hal-hal percukaian dan syarikat maka kurang memberi posting terbaru...haraf maaf..

Friday, June 19, 2009

PKR dan DAP lebih dipercayai daripada UMNO...

Buat pimpinan PAS seluruhnya ..apakah antum semua tidak ingat bagaimana perancangan UMNO sehingga menjadikan Islam itu bercelaru. Kes Bahasa Melayu tak selesai lagi...kes ISA masih ramai didalam lagi...
UMNO boleh diibaratkan seperti kata pepatah
melepaskan anjing yang tersepit...
PAS perlu lebih mempercayai Anwar...banyak bukti menunjukkan semua tuduhan ke atas Anwar adalah rekaan semata..mata...
Lihat kes Adun Bota yang beriya-riya masuk PKR..tahu-tahu Perak tumbang...
UMNO memang parti yang tidak mementingkan moral...helah politik mereka cukup licik dibantu media pembohong lagi haprak pembuat fitnah dan dosa..
Politik licik UMNO memang penuh muslihat...keikhlasannya tiada...jika ikhlas...
berikan terus dana yang dihentikan ke Kelantan...
sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat membuat perancangan betul..memberi hak kepada mereka yang berhak..bukankah itu ajaran Islam...
SAYA SOKONG PAS BERADA DALAM PAKATAN RAKYAT...SOAL UMNO SUDAH BERTAUBAT ATAUPUN TIDAK ALLAH SAHAJA YANG TAHU...
PAKATAN RAKYAT PUN BUKAN BUAT BENDA SALAH...BERI HAK KEPADA YANG BERHAK...
BUKANKAH ITU AJARAN ISLAM....

Thursday, June 18, 2009

UG , TGNA Jangan Terperangkap Mainan Media Haprak..

UG akhir-akhir ini menyebabkan sedikit kekalutan PAS dalam menumpu Manek Urai , nampaknya idea UMNO inginkan perbalahan sesama PAS jua Pakatan Rakyat ada sedikit kesannya. PAS perlu cepat bertindak agar ianya tidak membarah. Penjelasan dari Tuan Guru Haji Hadi amat diperlukan segera. Mainan dan perangkap media menyebabkan TGNA sudahpun terlepas mulut menggelar Boneka UMNO kepada insan tertentu. Ianya amatlah tidak baik. TGHH menyarankan UG bukanlah bermaksud kemasukan PAS ke dalam UMNO ataupun Barisan , ianya agar masalah rakyat dapat dipermudahkan. Ianya cuma lontaran idea sahaja. Masakan TGHH tidak pernah merasa perit ketika memerintah Trengganu , maka beliau lebih arif dan masak tindakan melontarkan idea itu.
PAS perlu segera menjauhkan idea perpaduan yang boleh disalahertikan oleh semua pihak.
Cuma TGHH melontarkan idea berdasarkan kaedah yang baik untuk umat Islam menurut lunas-lunas Islam , dan ianya boleh diperhujahkan lagi. Maka ada baiknya TGNA dan TGHH serta saf kepimpinan yang lain bermesyuarat tergempar agar diperhalusi dan dikaji serta memberi keputusannya secepat mungkin. Kalau ianya tidak dimatikan segera maka ianya boleh menyebabkan kekalutan demi kekalutan yang akan merosakkan PAS seterusnya Pakatan Rakyat akan goncang , dan ketika itu wajah sebenar UMNO akan keluar , dan andai ramai pemimpin pembangkang masuk penjara pun ketika itu..rakyat tidak akan pedulikan.

Monday, June 8, 2009

Musang Berbulu Ayam Dalam Pimpinan? Siapa Dia?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Naib Presiden , Ustaz Ahmad Awang ianya boleh diputarbelit oleh media seterusnya menjadi senjata perpecahan dalaman PAS. Maka pimpinan yang ada sekarang perlulah berbaiah secara jujur dan ikhlas terhadap ahli agar tiada lagi niat untuk bersekongkol dengan UMNO yang mempunyai sejarah kecurangan yang amat tinggi terhadap PAS.
Walaupun Islam membenarkan kita bersangka baik terhadap sesiapa bahkan sesama Islam ,adalah digalakkan bersangka baik namun kita harus meneliti segala permasalahan ini melalui kaedah Islam secara keseluruhannya. Saya tidaklah begitu arif maka ada baiknya ulama PAS memberi sedikit dasar yang dapat diikuti oleh ahli jamaah. Kita tidak pernah lupa kejatuhan PAS akibat mainan licik UMNO dengan tipudaya yang menjatuhkan PAS seteruknya , barulah boleh bernafas lega , itupun belum tentu lagi.
Ketika PAS dipermainkan dulu , saya masih belum dilahirkan lagi , tapi apabila meneliti dan menghayati penulisan Tok Guru Nik Aziz , memang rasanya amat pahit dan pedih. UMNO begitu bijak meneliti kelemahan PAS terus memberi serangan pemikiran agar ahli PAS tidak lagi konsisten dengan perjuangan. Serangan-demi serangan pemikiran ini perlulah PAS segera mengatasinya jika tidak jangan harap ahli PAS akan mengorbankan wang dan ringgit hanya kerana Allah tatkala melihat pimpinan cakap tak serupa bikin. Saya bukanlah perwakilan yang memilih pimpinan , namun hati kecil berdetik PAS juga akan menerima dugaan Allah , nikmat kemenangan ini adalah sesuatu yang amat sukar buat kita. Bukan mudah hendak menjadi seperti Tok Guru Nik Aziz yang redho , yang mengorbankan wang dan ringgit semata-mata untuk PAS. Tiada tandingan buat Tok Guru Nik Aziz masa kini.Pas harus segera menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana UMNO sudah menghidu isu untuk digunakan agar PAS hancur , Pakatan berpecah...awas PAS....

Tuesday, June 2, 2009

SPRM Kena Siasat...Kes Jutaan Ringgit Duit Rakyat...Ini Bukan Lembu..Ribu-ribu...


SPRM SEKALI LAGI DI KERAH AGAR MENYIASAT KE RUNTUH STADIUM DI GONG BADAK...

UNTUK RUJUKAN SPRM IA TERLETAK DI NEGERI TRENGGANU...

UNTUK PENGETAHUAN SPRM INI KES BUKAN RIBU-RIBU...

UNTUK MAKLUMAT INI BUKAN KES JAM TANGAN KHIR TOYO...

UNTUK TAMBAHAN INI KES WANG RAKYAT JUTA-JUTA SUDAH TERBANG BERSAMA KECAI DAN RUNTUHANNYA....STADIUM...

SPRM JANGAN MAKAN GAJI ...*U*A....NANTI MAREH PULAK...

GAMBAR STADIUM ADA DILAMPIRKAN....

Bijaknya Pimpinan Umno...Lesapkan Wang...

Pemimpin UMNO memang terkenal bab melesapkan wang rakyat dengan pelbagai kaedah...

CONTOH TERBARU....

MB PAHANG , ADNAN YAAKUB DISAMAN SEBUAH SYARIKAT 63 JUTA...

BANYAK OI...

MASALAHNYE...DISAMAN ATAS KAPASITI MB PAHANG...DUIT RAKYAT...

BUKAN DUIT BAPAKNYE SORANG....

INI BUKAN JAM TANGAN UNTUK KHIR TOYO NILAINYA RM 150,000

INI 63,000,000 ATAU DIPANGGIL 63 JUTA...

INI BUKAN JAKET UNTUK KHIR TOYO....

INI 63,000,000 ATAU 63 JUTA

MAKA YANG SILAP...RAKYAT YANG MENGUNDI...MEREKA-MEREKA INI...

YANG BIJAK MENGSONGLAP WANG RAKYAT SECARA TERHORMAT...

Monday, June 1, 2009

UMNO Sudah Pening...Apa Lagi Mahu Diubah?

Kemenangan bergaya calon PKR menunjukkan walaupun Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah namun rakyat melihat ketelusan yang lebih baik dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan Be End. Rakyat telah tahu dan telah melihat pelbagai drama sejak PRU12 lagi , bermacam serangan ke atas Pakatan Rakyat namun..antara Pakatan dan Be End ada jurang luas yang tidak dapat tidak memang menyukarkan pemulihan Be End.
Be End harus melakukan perubahan yang lebih besar..mana tahu jika ingin membersihkan parti maka mereka harus mengorbankan Najib sebagai PM terpendek dalam sejarah.
Sebagai TPM yang boleh dikatakan lebih baik daripada Najib , mungkin Muhyiddin harus berkempen agar kejatuhan Najib dipercepatkan demi survivor Umno kelak pada pilihanraya ke 13 nanti. Pilihanraya demi pilihanraya menyaksikan Be End semakin lemah walaupun mendapat PM baru dan bertenaga namun malang buat Najib semuanya tak menjadi. Manek Urai akan menjadikan Najib sekali lagi liabiliti kepada ahli Umno dan seluruh warga Be End. Bagaiman Najib boleh mendapat reputasi sebegini teruk? Anda lebih faham setelah melihat bagaimana media luar mencanang hal Najib..seterusnya tindakan pemerintah yang membekukan perbincangan dan keluhan rakyat terhadap isu Altantuya yang menjadi duri dalam daging buat Be End.Umno perlu membuat korban lebih besar menjelang perhimpunan agung October ini demi kelangsungan UMNO di bumi Malaysia ini....

National Geographic POD