Monday, June 8, 2009

Musang Berbulu Ayam Dalam Pimpinan? Siapa Dia?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Naib Presiden , Ustaz Ahmad Awang ianya boleh diputarbelit oleh media seterusnya menjadi senjata perpecahan dalaman PAS. Maka pimpinan yang ada sekarang perlulah berbaiah secara jujur dan ikhlas terhadap ahli agar tiada lagi niat untuk bersekongkol dengan UMNO yang mempunyai sejarah kecurangan yang amat tinggi terhadap PAS.
Walaupun Islam membenarkan kita bersangka baik terhadap sesiapa bahkan sesama Islam ,adalah digalakkan bersangka baik namun kita harus meneliti segala permasalahan ini melalui kaedah Islam secara keseluruhannya. Saya tidaklah begitu arif maka ada baiknya ulama PAS memberi sedikit dasar yang dapat diikuti oleh ahli jamaah. Kita tidak pernah lupa kejatuhan PAS akibat mainan licik UMNO dengan tipudaya yang menjatuhkan PAS seteruknya , barulah boleh bernafas lega , itupun belum tentu lagi.
Ketika PAS dipermainkan dulu , saya masih belum dilahirkan lagi , tapi apabila meneliti dan menghayati penulisan Tok Guru Nik Aziz , memang rasanya amat pahit dan pedih. UMNO begitu bijak meneliti kelemahan PAS terus memberi serangan pemikiran agar ahli PAS tidak lagi konsisten dengan perjuangan. Serangan-demi serangan pemikiran ini perlulah PAS segera mengatasinya jika tidak jangan harap ahli PAS akan mengorbankan wang dan ringgit hanya kerana Allah tatkala melihat pimpinan cakap tak serupa bikin. Saya bukanlah perwakilan yang memilih pimpinan , namun hati kecil berdetik PAS juga akan menerima dugaan Allah , nikmat kemenangan ini adalah sesuatu yang amat sukar buat kita. Bukan mudah hendak menjadi seperti Tok Guru Nik Aziz yang redho , yang mengorbankan wang dan ringgit semata-mata untuk PAS. Tiada tandingan buat Tok Guru Nik Aziz masa kini.Pas harus segera menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana UMNO sudah menghidu isu untuk digunakan agar PAS hancur , Pakatan berpecah...awas PAS....

3 comments:

xpas said...

Engko cakap engko belum lahir masa pas keluar bn. engko mungkin lupo pulak nak tanyo nik ajis pasai apa PRESIDEN PAS Dato Asri sendiri keluar pas. Angkara siapa? tanya itu tok guru yang dulu pernah jadi penyelia kemas!

Anonymous said...

Baiklah kita pakat masuk UMNO...

Anonymous said...

Mu tu Zahid jangan dok jadi ayam untut gat.

There was an error in this gadget