Thursday, June 18, 2009

UG , TGNA Jangan Terperangkap Mainan Media Haprak..

UG akhir-akhir ini menyebabkan sedikit kekalutan PAS dalam menumpu Manek Urai , nampaknya idea UMNO inginkan perbalahan sesama PAS jua Pakatan Rakyat ada sedikit kesannya. PAS perlu cepat bertindak agar ianya tidak membarah. Penjelasan dari Tuan Guru Haji Hadi amat diperlukan segera. Mainan dan perangkap media menyebabkan TGNA sudahpun terlepas mulut menggelar Boneka UMNO kepada insan tertentu. Ianya amatlah tidak baik. TGHH menyarankan UG bukanlah bermaksud kemasukan PAS ke dalam UMNO ataupun Barisan , ianya agar masalah rakyat dapat dipermudahkan. Ianya cuma lontaran idea sahaja. Masakan TGHH tidak pernah merasa perit ketika memerintah Trengganu , maka beliau lebih arif dan masak tindakan melontarkan idea itu.
PAS perlu segera menjauhkan idea perpaduan yang boleh disalahertikan oleh semua pihak.
Cuma TGHH melontarkan idea berdasarkan kaedah yang baik untuk umat Islam menurut lunas-lunas Islam , dan ianya boleh diperhujahkan lagi. Maka ada baiknya TGNA dan TGHH serta saf kepimpinan yang lain bermesyuarat tergempar agar diperhalusi dan dikaji serta memberi keputusannya secepat mungkin. Kalau ianya tidak dimatikan segera maka ianya boleh menyebabkan kekalutan demi kekalutan yang akan merosakkan PAS seterusnya Pakatan Rakyat akan goncang , dan ketika itu wajah sebenar UMNO akan keluar , dan andai ramai pemimpin pembangkang masuk penjara pun ketika itu..rakyat tidak akan pedulikan.

No comments:

National Geographic POD