Monday, June 1, 2009

UMNO Sudah Pening...Apa Lagi Mahu Diubah?

Kemenangan bergaya calon PKR menunjukkan walaupun Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah namun rakyat melihat ketelusan yang lebih baik dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan Be End. Rakyat telah tahu dan telah melihat pelbagai drama sejak PRU12 lagi , bermacam serangan ke atas Pakatan Rakyat namun..antara Pakatan dan Be End ada jurang luas yang tidak dapat tidak memang menyukarkan pemulihan Be End.
Be End harus melakukan perubahan yang lebih besar..mana tahu jika ingin membersihkan parti maka mereka harus mengorbankan Najib sebagai PM terpendek dalam sejarah.
Sebagai TPM yang boleh dikatakan lebih baik daripada Najib , mungkin Muhyiddin harus berkempen agar kejatuhan Najib dipercepatkan demi survivor Umno kelak pada pilihanraya ke 13 nanti. Pilihanraya demi pilihanraya menyaksikan Be End semakin lemah walaupun mendapat PM baru dan bertenaga namun malang buat Najib semuanya tak menjadi. Manek Urai akan menjadikan Najib sekali lagi liabiliti kepada ahli Umno dan seluruh warga Be End. Bagaiman Najib boleh mendapat reputasi sebegini teruk? Anda lebih faham setelah melihat bagaimana media luar mencanang hal Najib..seterusnya tindakan pemerintah yang membekukan perbincangan dan keluhan rakyat terhadap isu Altantuya yang menjadi duri dalam daging buat Be End.Umno perlu membuat korban lebih besar menjelang perhimpunan agung October ini demi kelangsungan UMNO di bumi Malaysia ini....

No comments:

National Geographic POD