Friday, July 31, 2009

Jom Pakat Mansuh ISA......


ISA adalah senjata untuk menahan seseorang tanpa bicara..Islam pula menganjurkan setiap kesalahan mestilah dibuktikan ....

Wednesday, July 29, 2009

Malaysia Tak Perlu ISA...

Malaysia mempunyai pelbagai akta yang boleh digunakan..maka pergunakanlah sebaiknya...kita ada Akta Hasutan..Akta Media dan Komunikasi dan bermacam-macam jenis akta yang kita tidak mengkajinya...ialah peninggalan tok British kita...justru itu wajarlah kita mencorakkan negara kita 1Malaysia dengan suatu perubahan yang akan menunjukkan bahawa rakyat kita Malaysia matang dan bijak.
Kerajaan tidak perlu panik , andai ada sesuatu perkara berlaku maka tindakan yang dibuat hendaklah berdasarkan undang-undang.
Kalau merasakan banyak kelonggaran jika ISA tiada maka rombaklah undang-undang tersebut dan berikan alasan terbaik buat rakyat menerimanya. Islam menyarankan sesuatu kesalahan perlu dibuktikan andai tiada maka gugurlah dakwaan tersebut...Islam sungguh cantik cuma umatNya sahaja mempersendakan ajaranNya ...

Tuesday, July 28, 2009

Akibat Kebejalan Otak...Pelbagai kesukaran Timbul...

Akibat penyiasatan melampau kes peruntukan Bendera Jalur Gemilang yang dikatakan bernilai RM 2300 ....seluruh sistem habis porak peranda....nama baik menjadi busuk...baru mendapat logo baru nama dah jadi busuk...

KES BESAR PKFZ...KES PORT KLANG FREE ZONE...BERBILION...TIADA DI KETAHUI SEHINGGA KINI....

KES KUGAN MATI DALAM TAHANAN...TINGGAL KENANGAN...

KES SURUHANJAYA BEBAS ..CORRECT...CORRECT...CORRECT...LESAP TIADA TINDAKAN...

KES KHIR TOYO RUMAH JUTA...JUTA...JUTA....TIADA SUSULAN...

SELAGI SEMUA KES INI TERGANTUNG JANGAN HARAP..RAKYAT MENYOKONG BN...BN TIDA KEKUATAN UNTUK MELAWAN KEBENARAN...KEBENARAN AKAN MUNCUL...RAKYAT MEMERHATIKAN ANDA SEMUA...

KEKURANGAN UNDI DI MANIK UARAI ..ADALAH TAKTIK SEMATA-MATA...UNTUK KALIAN BN TIADA MENYEDARI...MALAIKAT MAUT SUDAH MENGHAMPIRI....NAMUN KALIAN BN BELUM SEDARI...SIAPA YANG SEDAR DIRI AYUH TINGGALKAN BAHTERA ITU...IA BAKAL KARAM SEDIKIT LAGI....

Monday, July 27, 2009

Cerita Orang Politik...Mane Tok Guru..Tak Kira PAS atau BN punye...



Bandingkan kedua-duanya...beri sebab dan alasan....

Saturday, July 18, 2009

Zahid Ada Berjumpa Netanyahu...Israel Laknatullah...

Berita Bernama menyisipkan sisipan mengatakan Zahid ada berjumpa Netanyahu kira-kira sebulan yang lalu..tajuk perbincangan mereka tidaklah diketahui...Tergamak juga Zahid..berjumpa dan bertemu muka pembunuh nombor wahid umat Islam di Palestin...kalaulah Zahid pejuang Islam tulen mampus dikerjanya Netanhayu ..tempohari..ya lah bukan mudah bersua muka dengan pengganas Israel tu...inilah lemahnya umat Islam sehingga dengan penyembelihpun kita dok jumpa...kalau kat Indonesia jadi isu besar tu...Zahid sudah dikategorikan bersubahat dengan Israel...kalu di Bolivia pula adalah pulak membuat hukum sendiri..kes bola pun sanggup membunuh...
Di Malaysia pula media melaporkan setelah pertemuan itu berlalu sebulan dulu...media pun tahu masyarakat Malaysia ni hangat-hangat taik ayam...itu depa fikir...Tapi tak semua masyarakat Malaysia mudah lupa...rata-rata ramai yang buat-buat tak tahu je..sebab yelah...semua oarang tahu...kalau terlebih tahu...jadi macam doktor Myanmar tu..kes liwat..ataupun polis yang menyiasat laporan palsu KPN dan Peguam Negara..sebenarnya ape yang terjadi berkisar kepada kisah seorang budak Hang Nadim yang bijak mempertahankan Singapura dari dilanggar todak..namun kebaktiannya dicemburui lalu dihukum bunuh...alkisah dulu...sekarang ni pasca moden pulak..apahal cerita mendiang Teoh..dah siasatke..

Friday, July 17, 2009

Siasatan Menyeluruh Kematian Mendiang Teoh Perlu Untuk Kerajaan


Kematian yang dikelaskan mengejut memang mengejutkan banyak pihak. Antara persoalan yang perlu dijawab serta difikirkan oleh penyiasat...

BATU BATA DI SEKELILING MAYAT...? KALAU BOLEH CARI APA-APA PETUNJUK..CAP JARI KE..DARAH KE..REMBESAN AIR LIUR KE..

SELUAR YANG KOYAK...PERLU DITELITI...ADA DARAH KE..ADA REMBESAN AIR KE..

LIHAT PADA MAYAT..ADA LEBAM KE..BEKAS TOLAKAN..PUKULAN...DAN SEBAGAINYA...

CARI PETUNJUK DI TEMPAT KEJADIAN...DARI MANA JATUH...ADA KESAN CALAR KE...

PAKAR PATOLOGI PERLU MENILAI KESAN RETAKAN AKIBAT JATUH DARIPADA TINGKAT 14..
MAKA PASTI RETAKAN KUAT BERLAKU..

DIKUATIRI MANGSA DIBUNUH DI TEMPAT LAIN..DILETAKKAN DI SITU..PERLU SIASAT..

PERCIKAN DARAH AKIBAT JATUH DARI TEMPAT TINGGI JUGA TIADA KELIHATAN..


BANYAK PERLU DIKAJI...DIHARAP MALAYSIA PUN MEMPUNYAI KEPAKARAN SETANDING CSI..JANGAN PAKAR LETUP SAHAJA..CSI NI PENTING...

Tambahan Undi UMNO Mengagumkan...Kalau Begitu Bubarkan DUN Perak...

UMNO memang mendapat undi yang lebih dari yang sepatutnya ..ialah kempen agresif TPM,
Muhyiddin Yassin yang nampak berkesan...janji jambatan baru bernilai RM 7 juta..maka setelah kalah bergaya dengan pertambahan undi wajarlah Najib dan rakan-rakan berfikir agar membubarkan DUN Perak dan mengalahkan Pakatan Rakyat mengikut kaedah dan saluran yang betul dan tepat.BN dan rakan-rakan perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka masih berpengaruh dan hebat.
Saya berpendapat momentum kebangkitan UMNO ini perlu disegerakan pembubaran DUN Perak. Mudah-mudahan UMNO menang bergaya....

Monday, July 13, 2009

Kalau BN Ikhlas Daratkan Minyak Ke Kelantan..


BN selalunya gah seperti tin kosong ...1Malaysia jadi bualan ..kalaulah betul ikhlas dan nak menolong rakyat Kelantan ..darat sajalah minyak dan gas melalui Kelantan..paling kurang banyak manfaatnya buat rakyat Kelantan yang dikhabarkan susah itu....ini tidak berpolitik...berceramah ...macam beria-ia nak menolong rakyat Malaysia tapi...seperti biasa cakap tak serupa bikin....ucapan sempena 100 hari..Najib memberikan diskaun untuk pelanggan yang melalui tol 80 kali lebih sebulan 20 peratus...memang tak masuk akal siapa nak masuk sampai 80 kali sebulan...kurang...teramat kureng...maka banyaklah temberang kosong yang tak tercapai dek rakyat Malaysia.
Buat rakyat Manek Urai...UNDILAH PAS....

Saturday, July 11, 2009

Ape Kesilapan Besar Khir Toyo?

Tun Mahathir telahpun bersuara..serba kemungkinan boleh berlaku..ialh kesilapan Khir Toyo kecik je..silapnya cuma buat rumah agam...lebih nilainye daripada bekas PM Che Det..yang katanya 1 juta di Mines...lain kali Khir Toyo dan lain-lain lagi janganlah buat rumah RM 3.5 juta...untuk orang politik ni paling elok pun pakai rumah asal macam MB Kedah tu...Azizan , baru betui tak songlap duit...
Rakyat tak marah cuma ..sebenornye ramai lagi yang perlukan bantuan..ibu tunggal...ibu tinggal...bapa tunggal melarat..bapa tinggal..kadang-kadang bila pergi ke pasar malam tu ...ramai peminta sedekah...tapi kerajaan kita yang ade ni buat dono je...bila minta bantuan katenye habis le...peruntukan untuk itu sekali je...naik runsing kita menengoknya...buat Khir ngaku je dari mane dapat duit senang sikit kerja SPRM logo baru ni...paling kurang dapat masuk penjara pun jadi macam anak Suharto...hulur duit dapat jugak keluar masuk penjara...mane ade orang nampak..keluar nanti pakai topeng Altantuya ke..topeng Dracula ke...sape nak tegur..

Friday, July 10, 2009

Pilihan Rakyat...Pakatan Rakyat Atau BN...


Inilah rumah Nik Aziz sebenar...itu dah perintah berbelas tahun....negeri kaya balak...


Ini pula rumah Saudara ku Khir Toyo..mantan MB Selangaor 2 penggal...8 tahun...
..........Kalaulah rumah ni rumah Nik Aziz Nik Mat....
Rakyat perlu memilih antara satu Pakatan Rakyat atau BN..itulah realiti politik Malaysia..banyak skandal ke...rasuah ke...tak prihatin ke...itu sahaja pilihan rakyat.
Malaysia bukan seperti Indonesia..semua parti diberikan kerusi mengikut peratusan undi..kita lain..kita hanya diberi 2 pilihan hati..hang atau aku...itu sahaja..baik buruk kena telan..
Maka rakyat fikirlah baik-baik...
Lihat kalau lah begini rumah Nik Aziz ape pula cerita SPRM...Suruhanjaya Pelindung Rasuah...ape kata pula TV haprak TV3...apatah lagi TV1 ...TV2...
Sesungguhnya rumah Nik Aziz ni yang memerintah Kelantan puluhan tahun....

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Akan Dibubar 2012..

PPSMI yang dibantah PAS adalah disebabkan ianya bercanggah dengan Perlembagaan , ditambah pula setelah diperkenalkan tiada pula menunjukkan peningkatan penguasaan terhadap kedua-dua pelajaran tersebut maka wajarlah ianya dibatalkan. Yang menjadi mangsa buat pelajar kelompok percubaan ini menyebabkan mereka sudah kurang minat kedua-dua pelajaran..maka beribu-ribu yang gagal itu bolehlah saman kerajaan menyebabkan hilang minatnya mereka kepada dua pelajaran tersebut..Apabila kedua-dua pelajaran tersebut yang diajar menggunakan Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar mendapat keputusan yang buruk maka kerajaanlah yang boleh dipersalahkan...mana tahu jika diajar menggunakan Bahasa Melayu mungkin ramai pelajar tadi cemerlang ...gemilang ...terbilang...
Dalam situasi ini yang untung adalah kontraktor yang mencetak buku dalam Bahasa Inggeris tersebut..maka dapatlah kita wujudkan usahawan jutawan dalam masa sepuluh tahun ini...
rakyat sekali lagi rugi...mujur juga PAS mengambil tindakan awal menentang perlaksanaannya ..namun gerakan ini amat lemah sehinggalah PRU12 yang menyaksikan kejatuhan undi BN..Muhyiddin kata pembatalan bukan kerana politik...tetapi jika dibiarkan ianya menjadi peluru buat PAS dan rakan-rakan membunuh kamu lebih cepat..
jadi janganlah memperlekehkan kekuatan PAS dan rakan-rakan.

Tuesday, July 7, 2009

Khir Toyo Ada Banglo Besar..Lebih Besar Dari Dato Z...


Khir Toyo..dulu marah sangat pasal lembu...yang dikorban mungkin ada unsur rasuah..
kini beliau berkata rumah dan tanahnya sekitar 3 juta lebih..temberang le...SPRM kini memang nampak telo...mike semue tegok logik ke tanah di Shah Alam 2 lot lagi tu..semue sekali rumah banglo tu 3 juta lebih...memang kalau orang bodoh tu boleh le...ni rakyat Malaysia cerdik belaka...bukan susah nak cari duit...syarikat ni masuk..komisen masuk...lepas tu buat le bisnis sikit-sikit nak cover..multilevel ke...jual le tempe ke....eksport tempe...Khir Toyo ni memang gelige..betul-betul orang politik buat duit..tu yang ramai bermati-mati nak jadi YB ataupun Ketua Bahagian....banyak yoep Juta...Juta...juta....
lagi pun orang cakap tak heran ....lame-lame depa lupe...melayu mudah lupa...

Kes Kampung Buah Pala PP

Kes Kampung Buah Pala adalah suatu kes yang ditinggalkan oleh BN kepada kerajaan negeri baru memerintah. Tanah yang telah dimiliki oleh Koperasi dan kini pemaju berkira-kira mahukan projek bernilai jutaan ringgit adalah cara bagaimana mereka memberikan wang kepada koperasi untuk untung berjuta-juta dan meminggirkan rakyat miskin yang telah lama menduduki kampung Buah Pala.
Kes sebegini banyak berlaku sebenarnya namun adakala kes itu tidaklah didiami sebegitu lama maka penduduk beralah pergi ke tempat lain. Bukan begini caranya kita memberi keuntungan kepada koperasi dengan meminggirkan rakyat terbanyak. Pihak kerajaan wajar memberikan pemaju tanah hutan yang masih segar agar dibangunkan , jangan mengambil tanah rakyat yang berada di depan mata. Banyak lagi tanah di hutan belum diterokai...
BN yang kencing orang lain dituduhnya..cuma harapan kita agar Lim Guan Eng melihat kes ini bersungguh-sungguh...buat hadiah untuk rakyat...

Friday, July 3, 2009

Pesuruhanjaya Suhakam Baru Dilantik...

Dato Muhammad Shafie Abdullah sebagai Pesuruhjaya Suhakam baru..alamat pepatah Melayu katalah ...keluar mulut harimau masuk mulut buaya...
Suhakam akn jadi sebuah sejarah..tiada guna menghantar kes ke sana...akibatnye maklumat sulit habis dilesapkan...
nampak gaya ade kes kenalah rakyat Malaysia hantar ke mahkamah luar..antarabangsa..yg didalam ni boleh hantar setakat nak tengok sejauh mana peratus ketelusannya...
lihat kes Nizar..mahkamah tinggi kata ya...rayuan kata lain...
susah rakyat Malaysia...
There was an error in this gadget