Tuesday, July 7, 2009

Kes Kampung Buah Pala PP

Kes Kampung Buah Pala adalah suatu kes yang ditinggalkan oleh BN kepada kerajaan negeri baru memerintah. Tanah yang telah dimiliki oleh Koperasi dan kini pemaju berkira-kira mahukan projek bernilai jutaan ringgit adalah cara bagaimana mereka memberikan wang kepada koperasi untuk untung berjuta-juta dan meminggirkan rakyat miskin yang telah lama menduduki kampung Buah Pala.
Kes sebegini banyak berlaku sebenarnya namun adakala kes itu tidaklah didiami sebegitu lama maka penduduk beralah pergi ke tempat lain. Bukan begini caranya kita memberi keuntungan kepada koperasi dengan meminggirkan rakyat terbanyak. Pihak kerajaan wajar memberikan pemaju tanah hutan yang masih segar agar dibangunkan , jangan mengambil tanah rakyat yang berada di depan mata. Banyak lagi tanah di hutan belum diterokai...
BN yang kencing orang lain dituduhnya..cuma harapan kita agar Lim Guan Eng melihat kes ini bersungguh-sungguh...buat hadiah untuk rakyat...

No comments:

There was an error in this gadget