Thursday, July 9, 2009

PPSMI Akan Dibubar 2012..

PPSMI yang dibantah PAS adalah disebabkan ianya bercanggah dengan Perlembagaan , ditambah pula setelah diperkenalkan tiada pula menunjukkan peningkatan penguasaan terhadap kedua-dua pelajaran tersebut maka wajarlah ianya dibatalkan. Yang menjadi mangsa buat pelajar kelompok percubaan ini menyebabkan mereka sudah kurang minat kedua-dua pelajaran..maka beribu-ribu yang gagal itu bolehlah saman kerajaan menyebabkan hilang minatnya mereka kepada dua pelajaran tersebut..Apabila kedua-dua pelajaran tersebut yang diajar menggunakan Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar mendapat keputusan yang buruk maka kerajaanlah yang boleh dipersalahkan...mana tahu jika diajar menggunakan Bahasa Melayu mungkin ramai pelajar tadi cemerlang ...gemilang ...terbilang...
Dalam situasi ini yang untung adalah kontraktor yang mencetak buku dalam Bahasa Inggeris tersebut..maka dapatlah kita wujudkan usahawan jutawan dalam masa sepuluh tahun ini...
rakyat sekali lagi rugi...mujur juga PAS mengambil tindakan awal menentang perlaksanaannya ..namun gerakan ini amat lemah sehinggalah PRU12 yang menyaksikan kejatuhan undi BN..Muhyiddin kata pembatalan bukan kerana politik...tetapi jika dibiarkan ianya menjadi peluru buat PAS dan rakan-rakan membunuh kamu lebih cepat..
jadi janganlah memperlekehkan kekuatan PAS dan rakan-rakan.

No comments:

There was an error in this gadget