Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan...Rakyat Malaysia Boikot Tidak Kibarkan bendera?

Selamat ulangtahun ke 52 Hari Kemerdekaan Tanah Melayu , kerana hari ini adalah hari bebas dari penjajah secara fizikalnya buat Tanah Semenanjung.Apabila diperhatikan sekeliling kita, teramat sedikit yang memasng bendera memberi penghormatan kepada hari ini...Mengapa ianya berlaku sedemikian..apakah rakyat ingin kembali tidak merdeka dan lebih senang duduk dibawah bendera Union Jack?
Persoalan ini amat menarik untuk dikaji...
Rakyat Malaysia tidak berasa bangga dengan hari kemerdekaan kerana pada mereka ianya mungkin hampir sama dengan tidak merdeka..
Setiap hari ada saja berita jenayah bunuh yang amat kejam...kerajaan tidak mampu mengawal lagi penjenayah yang berleluasa , bahkan dalam hal tertentu penjenayah dilepaskan...berikutan dugaan rasuah...bukan semua begitu..namun yang sedikit itu juga akan mencacatkan kemegahan negara...rakyat tidak lagi merdeka...
Bila rakyat ingin melepaskan tekanan di jiwa untuk menyatakan sesuatu bantahan secara aman , pelbagai alasan diberikan...walhal mereka takut kerajaan yang ada dijatuhkan kerana apabila kerajaan yang ada dijatuhkan mka...kegiatan mereka yang songsang pasti terbongkar..semua oarang tahu pegawai besar PDRM...banyak mempunyai harta yang banyak disembunyikan atas nama-nama lain...di atas kertas mereka terlepas tapi yang mengguna adalah mereka-mereka...
Medekakah kita jika berlakunya perkara diatas?
Rakyat apabila diberikan pendidikan sempurna, suatu ketika kerajaan memarahi pelajar yang menentang polisi yang tidak baik...rakyat dengan semangat patriotiknya tidak mengizinkan berlakunya pembaziran..namun kerajaan menyatakan bahawa siapa yang menentang maka pembangkanglah ia...begitu mudah perkataan itu dikatakan...walhal rakyat atau pelajar yang inginkan kejernihanlah mempunyai patriotisme yang tinggi...
contohnya beratus juta wang dileburkan untuk projek jambatan bengkok dibatalkan...jika perancangan molek maka wang itu boleh disalur sebagai biasiswa percuma...
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52...

Thursday, August 27, 2009

Mana Lebih Parah Skandal Seks Atau Skandal PKFZ...?

Chua Soi Lek telah menjadi sejarah dipecat dari MCA ekoran skandal seks yang dikira memalukan Be End . Apakah skandal PKFZ yang melibatkan berbilion wang rakyat lesap tidak memalukan Be End ? Skandal video seks ini hanya akan menjadi mudharat sekirtanya penyebaran video ini mempengaruhi muda-mudi lalu terjerumus ke lembah maksiat manakala skandal berbilion wang rakyat menjurus kepada ketidakpercayaan pihak asing untuk melabur dalam negara berikutan terlalu banyak kerenah dan skandal. Ekoran negara mengalami penurunan kemasukan pelabur asing jangka panjang andai Be End masih memerintah...rakyat pula menanggung beban hutang negara yang tinggi akhirnya kemudahan yang sepatutnya dinikmati rakyat menjadi suatu perkhidmatan yang perlu ditanggung sendiri. Kerajaan lari dari tanggungjawab menjaga hal ehwal masalah hidup rakyat.
Segala perkhidmatan yang diterima rakyat semuanya perlu dibayar.
Apakah penilaian majlis disiplin MCA dalam memecat Chua ataupun terdapat tangan ghaib yang mengarah agar suatu isu dicipta untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang lebih besar seperti isu PKFZ ini?
Buat rakyat isu PKFZ lebih tinggi prioritinya dalam desakan terhadap kerajaan agar membongkar pesalahnya daripada melihat adegan seks Chua dalam videonya. Kerajaan tidak boleh lagi menutup bangkai gajah yang sudah membusung..ianya terpaksa dileraikan bak kata pepatah " ditelan mati mak diluah mati bapak "
Semoga kerajaan dapat memecah kebuntuan ini?

DUN Kota Siputeh & Lunas...SPR ?

Mengikut undang-undang sedia ada , DUN Siputeh dan Lunas seharusnya dikosongkan, namun biasala apabila kena kat diri sendiri maka bermesyuaratlah segala makhluk-makhluk SPR mencari kelemahan undang-undang agar ditiadakan pilihanraya, kukuh ataupun tidak mereka sedang mencari...mencari...mencari...?
SPR tidak boleh berdolak dalih lagi dalam isu ini...sekiranya mereka masih bersikap seperti dulu...maka janganlah dimarahkan rakyat andai rakyat merasakan bahawa SPR tidaklah bebas membuat sebarang keputusannya...atas sikap demekianlah ianya bukan hanya memburukkan keadaan malah Kerajaan Pusat jugalah yang menerima kesannya.

Kelemahan ketara pemimpin Be End ialah apabila sesuatu kekalahan berlaku , mereka membuat penafsiran yang menjurus kepada rakyat termakan fitnah pembangkang. Maka apabila ianya diwar-warkan oleh media mereka imej Be End akan menjadi semakin buruk.
Harapnya pemimpin Be End janganlah mendahului bidang-bidang tugas profesional seperti SPRM , Polis , SPR , KDN dan seumpamanya. Menteri sesuatu jabatan itu memang berkuasa tapi perlulah merujuk kepada badan itu sendiri, janganlah kita mendahului sesuatu yang tak pasti.

SPR jika ingin dilihat bersih dan telus wajar mengadakan pilihanraya walaupun bahananya mungkin pahit namun usaha kearah ketelusan itu dapat menawarkan sedikit keburukan yang telah lama ada.

Wednesday, August 26, 2009

PAS Menang Tahniah...Buat Be End..fahami kehendak rakyat...

Tahniah PAS menang dengan majoriti 4551 , suatu angka yang tinggi kalau dibandingkan jentera kerajaan dan juga media nasional yang sering menyajikan propaganda yang memutarbelitkan fakta dan berita . Masih terlalu awal untuk meramalkan PRU 13 nanti Pakatan Rakyat dapat menguasai persekutuan. Sistem pentadbiran , SPRM , Polis masih lagi mempunyai minda yang menguntungkan Be End tidak disangkal lagi. Itu sahajalah harapan mereka untuk terus hidup dan terus hidup. Kalau kita masih ingat bagaimana FIS di Algeria yang memenangi pilihanraya secara demokrasi dapat ditundukkan dengan tindakan undang-undang kononnya. Itulah saki baki minda penjajah yang ada pada umat Islam.
Be End apabila menerima kekalahan ini hendaklah membuat perubahan yang lebih baik , berkesan dan ikhlas dalam segala tindakan. Apabila berlakunya kes seperti TBH , sepatutnya kerajaan perlu lebih cepat dan terbuka agar tiada sebab kerajaan dipersalahkan. INkues dan Suruhanjaya Diraja hanya menyiasat cara bagaimana SPRM bertindak ,itu sahaja. Apabila berlakunya kes seperti ini maka rakyat lebih cuak dan muak maka , protes terhadap kerajaan akan diteruskan. Mungkin pemimpin besar tidak sedar perkara ini..ataupun buat-buat tak sedar..Fahami kehendak rakyat , bukan kehendak sesuatu parti sahaja , itulah paling baik.
Maklumat mudah diperolehi maka rakyat akan menilai samada ianya benar ataupun salah.
Kerajaan sepatutnya memberikan contoh teladan baik dan bersungguh-sungguh memberi layanan kepada semua ummat tanpa mengira parti ataupun ideologi politk rakyat.

Monday, August 24, 2009

Pengundi Perlu Bijak...Sokong Calon Bersih..Berilmu..Bertaqwa..

Pengundi Permatang Pasir perlulah bijak dalam menentukan pilihan hati untuk membawa segala permasalahan rakyat kepada calon yang betul-betul boleh membawa isu dan ada rasa tanggungjawab. Kalau setakat keluarga sendiripun tak terjaga apatah lagi...nak menjaga suatu kawasan yang lebih besar. Walaupun kedua-dua calon belum mempunyai trek record bersama rakyat namun pemerhatian menyeluruh mendapati calon PAS lebih diyakini...berwibawa...ada integriti..amanah..sopan...mesra rakyat...boleh naik turun berjumpa masyarakat marhaen dan boleh juga ke atas bergaul dengan pemimpin besar...
Permatang Pasir penting buat PAS untuk dimenangi untuk meneruskan momentum kemenangan Pakatan Rakyat yang akan menggerunkan UMNO dan rakan2..
Kepada pengundi Permatang Pasir undilah PAS...agar suara anda lebih didengari Kerajaan Pusat...

Friday, August 21, 2009

Anwar Pengkhianat Negara...?

Semudah itu kita menuduh DSAI sebagai pengkhianat...walhal kita lihat surat khabar Utusan ketika mulanya zaman reformasi...beratus pelacur depa letak..menunjukkan Anwar melangganinya...MasyaAllah...surat akhbar apa ni...surat khabar itulah tunggangan UMNO yang mengkhianati....Melayu...contohnya...berapa ramai anak Melayu terkandas akibat PPSMI yang dibuat secara terburu-buru oleh Tun dahulu...bukan itukah pengkhianat Melayu...
Melayu tidak dikatakan mengkhianati Melayu andai meletakkan Al Quran dan Hadis di depan sebagai pedoman...bukan letak saja...macam makcik kita tu...tapi baca dan buat...kata Islam itu adil ...maka kes apa pun cubalah ikut Al Quran....
Pengundi Permatang Pasir perlu meneruskan tradisi menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat adalah terbaik buat masa ini...jangan dok undi parti..dulu..kini...dan selamanya...kerana parti itu angkuh...mana ada parti boleh jadi lagu ni...dulu...kini...selamanya....

Thursday, August 20, 2009

Permatang Pasir...Milik Siapa?

Be End ketika hampir pilihanraya samada kecil ataupun besar pasti membuat suatu drama lakonon yang kadangkala membawa mudharat kepada diri sendiri. Terbaru Be End dengan pengarah baru menceritakan kononnya Dato Nik Aziz mengatakan bahawa anggota UMNO masuk neraka...
Putar belit media telah terbukti apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan Berita Hairan membayar RM 150,000 kepada Mahfuz ekoran fitnah yang dibuat...Media tunggangan kerajaan tidak memikirkan hal sebegini kerana mereka tahu yang penting memenangkan calon Be End terdahulu..soal lain perkara kedua...
Rakyat khususnya Permatang Pasir perlu bijak permainan politik negara ini...

Wednesday, August 12, 2009

Permatang Pasir..Amaran Buat PAS...

Permatang Pasir mungkin menjadi kajian buat SPR..dalam merealisasikan percaturan konspirasi mengalahkan calon melalui peraturan dan sistem sistematik. Mungkin juga untuk melihat respons rakyat terhadap peraturan yang bakal melenyapkan kekuatan Pakatan Rakyat. SPR telahpun memberi amaran ...andai berlaku kempen ketika hari pengundian , maka terbatallah kemenangan pihak yang menang. Ini juga mungkin senjata yang difikirkan sesuai buat mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang begitu hebat. Namun SPR perlu memikirkan masak-masak percaturan ini kerana silap haribulan senjata inilah juga akan menimbulkan lebih amarah rakyat kepada kerajaan. Rakyat rata-ratanya lebih cerdik dan bijak lantaran gelombang gerbang terbuka maklumat yang boleh dicapai melalui satu kelik. Dalam menghadapi rakyat cerdik dan bijak , kerajaan sepatutnya tidak panik tetapi berusaha bersungguh-sungguh dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.
Berbalik topik asal disaran agar Pakatan Rakyat berhati-hati agar tidak terperangkap dalam permainan politik licik Be End....

Tuesday, August 11, 2009

PAS Terpinggir Dalam Pakatan ?

Apakah suara PAS tidak dapat membawa apa-apa perubahan..untuk pengetahuan ummat, PAS merupakan suatu badan politik yang mempunyai asas perjuangan berteraskan Al Quran dan menjadikan sunnah sebagai kaedah dakwahnya.
Tugas UMNO jelas, memang kalau boleh biarlah Pakatan terkubur namun rakyat keseluruhannya...sudah dapat memahami kerenah dan politik media yang jelas menjadi tunggangan BN. Adanya Pakatan , UMNO sedikit sedar diri ...bahawa rakyat tidak lagi bodoh seperti dulu. Kini rakyat dilayan lebih baik daripada dulu..UMNO perlu menjadi yang asal seperti dulu ....berkhidmat untuk rakyat bukan mendapat jawatan tiket untuk berumah besar seperti Khir Toyo...
jadilah seperti Nik Aziz..walaupun memegang jawatan berbelas tahun namun rasuah jauh sekali...Suara PAS kini dapat juga didengari dibandingkan jika kita bersama UMNO...kerana UMNO sudah lama bergelumang dengan fahaman nasionalis tebal maka agak sukar mereka menerima pakai cakap PAS kecuali adanya agenda tersembunyi...
Zaman Nabi Muhammad dulu pun , beliau berdakwah bukan kerana pangkat atau habuan duniawi..
UMNO jika ikhlas dahulu lagi sudah settlekan kes arak yang besar pasaranya dijual di negara ini. Banyak lagi negeri dibawah pemerintahan BN yang perlu duIslamkan namun tida apa-apa tindakan. Itulah UMNO , mempolitikkan isu bukan ikhlas cuma untuk pengaruh namun PAS membuatnya lebih ikhlas dan tulus .

Had Penjualan Arak DiSokong...

Shah Alam , mempunyai penduduk rata-ratanya Muslim sesuai benarlah penjualan arak dikawal ..lagipun arak itu ibu segala maksiat...
Teringat kisah zaman dahulu ada seorang abid ahli ibadat...beliau adalah ahli ibadat yang sangat kuat beribadat..namun suatu hari beliau dipermainkan syaitan yang akhirnya beliau terpaksa memilih antara 3 maksiat yang perlu dilakukan...antaranya berzina dengan perempuan cantik...meminum arak ...juga membunh seorang budak...
Akhirnya beliau merasakan minum araklah paling ringan...namun setelah meminum arak ...maka terjadilah perzinaan dan akhirnya membawa pembunuhan budak itu...Justru itu arak adalah ibu maksiat....kalau saya tersilap harap betulkan...
PAS Selangor amat betul dan tepat tindakan mereka agar penjualan arak dibataskan ...perkara seperti ini perlulah diperluaskan ke semua negeri ...tak kira Pakatan Rakyat ataupun BN....menghindari arak lebih baik ...bukankah negara Malaysia negara Islam...minta Tok Guru Harussani komen...

Saturday, August 8, 2009

H1N1 Apa Langkah Seterusnya....

Apakah langkah yang perlu kerajaan perlu buat agar H1N1 dapat sedikit dibendung...?

Antaranya:

Kerajaan perlu segerakan vaksin yang sedia ada seperti Tamiflu diberikan percuma untuk rakyat.Anggaplah ia sebagai bonus untuk rakyat...

jika ada kakitangan yang disah meninggal..kerajaan perlu beri notis penutupan premis tempat bekerja..selama seminggu..dan perlu dibersihkan mengikut piawaian tersendiri..

Perhimpunan besar perlu ditangguhkan...
Sambutan Sure Heboh, JomHeboh, Suarasa, dan seumpamanya perlu dihentikan..

Pesakit berisiko tinggi digalakkan duduk dirumah...jika keluar pastikan bertopeng...

Sempadan negara diketatkan, sesiapa ada tanda-tanda perlu dikuarantin..

Peruntukan segera perlu dikeluarkan agak semua tindakan ini dapat dilakukan dengan segera...

Friday, August 7, 2009

H1N1 ....Dugaan Allah Untuk Ketuanan Melayu...

Apabila kita lantang memperkatakan ketuanan Melayu....maka cuba kita fikirkan setakat ini tiada lagi mangsa yang berbangsa selain Melayu...menjadi mangsa H1N1...semuanya itu makhluk Allah..apabila jadi maka jadilah...cuba tuan-tuan...puan-puan fikirkan sejenak...mengapa sehingga kini semua mangsa adalah Melayu...walhal bangsa Melayu antara yang pembersih....

Ketua Pemuda DAP PuXX.. Anak HaXXX... ...Pergi Jahanam...

Ketua Pemuda DAP...merangkap ahli Parlimen Rasah menggasak pendakwah terkenal Dr Ridhuan Tee dengan kenyataan yang mengguris hati umat Islam....pergi jahanam kau ahli parlimen DAP...tunggu PRU 13 nanti jangan diundi setan tu.....

Tuesday, August 4, 2009

Kerajaan Benarkan Demo...Jangan Dok Caya Lidah Bercabang...

Kerajaan menyatakan akan memberi kebenaran untuk demo di stadium ke...dan mana-mana tempat yang difikirkan sesuai...Kome semua percaya...ke..dengan lidah tak bertulang tu...contohnye..masa Timbalan Menteri Kesihatan...Dr Abdul Latif pergi ke Bota...punyala dia janji nak buat Pusat Kesihatan beso kira-kira 4 juta sampai la ni habuk....rumput ada la...ini bukan fitnah cerita benar....
Banyak lagi insiden serupa itu berlaku...rakyat diperbodohkan...kalau boleh depa bagi demo pun mesti syaratnya ...tak leh komen gomen....takleh komen kerajaan...dasar kerajaan..dll...lastly tak payahle...
Rakyat hari ini perlu disedarkan...hanya kemenangan solid sahaja boleh mengubah segalanya...

Monday, August 3, 2009

Pesanan Buat Rakyat Malaysia....



Untuk sekelian rakyat Malaysia...lihatlah apa kerajaan Malaysia bertindak ke atas kamu semua....dari untuk Permatang Pasir jangan undi BN...undi BN akibatnya cukup banyak....
Buat orang Melayu..lihat bagaimana polis mengkasari peserta himpunan Mansuh ISA...untuk orang Cina ...kamu lihat bagaimana pihak SPRM mempermainkan saudar kamu Teoh Beng Hock...untuk India ...kamu lihat mana perginya pembunuh Kugan tempohari...
Semua kaum dan rakyat menerima bahana akibat kekejaman , kerakusan BN untuk memerintah Malaysia...dari itu setkan minda hancurkanlah mereka di Permatang Pasir...biar mereka mati memikirkan kaedah dan cara apa lagi mahu menghidupkan tubuh mereka yang beransur-ansur menghampiri kematian....

National Geographic POD