Thursday, August 27, 2009

DUN Kota Siputeh & Lunas...SPR ?

Mengikut undang-undang sedia ada , DUN Siputeh dan Lunas seharusnya dikosongkan, namun biasala apabila kena kat diri sendiri maka bermesyuaratlah segala makhluk-makhluk SPR mencari kelemahan undang-undang agar ditiadakan pilihanraya, kukuh ataupun tidak mereka sedang mencari...mencari...mencari...?
SPR tidak boleh berdolak dalih lagi dalam isu ini...sekiranya mereka masih bersikap seperti dulu...maka janganlah dimarahkan rakyat andai rakyat merasakan bahawa SPR tidaklah bebas membuat sebarang keputusannya...atas sikap demekianlah ianya bukan hanya memburukkan keadaan malah Kerajaan Pusat jugalah yang menerima kesannya.

Kelemahan ketara pemimpin Be End ialah apabila sesuatu kekalahan berlaku , mereka membuat penafsiran yang menjurus kepada rakyat termakan fitnah pembangkang. Maka apabila ianya diwar-warkan oleh media mereka imej Be End akan menjadi semakin buruk.
Harapnya pemimpin Be End janganlah mendahului bidang-bidang tugas profesional seperti SPRM , Polis , SPR , KDN dan seumpamanya. Menteri sesuatu jabatan itu memang berkuasa tapi perlulah merujuk kepada badan itu sendiri, janganlah kita mendahului sesuatu yang tak pasti.

SPR jika ingin dilihat bersih dan telus wajar mengadakan pilihanraya walaupun bahananya mungkin pahit namun usaha kearah ketelusan itu dapat menawarkan sedikit keburukan yang telah lama ada.

No comments:

National Geographic POD