Thursday, August 27, 2009

Mana Lebih Parah Skandal Seks Atau Skandal PKFZ...?

Chua Soi Lek telah menjadi sejarah dipecat dari MCA ekoran skandal seks yang dikira memalukan Be End . Apakah skandal PKFZ yang melibatkan berbilion wang rakyat lesap tidak memalukan Be End ? Skandal video seks ini hanya akan menjadi mudharat sekirtanya penyebaran video ini mempengaruhi muda-mudi lalu terjerumus ke lembah maksiat manakala skandal berbilion wang rakyat menjurus kepada ketidakpercayaan pihak asing untuk melabur dalam negara berikutan terlalu banyak kerenah dan skandal. Ekoran negara mengalami penurunan kemasukan pelabur asing jangka panjang andai Be End masih memerintah...rakyat pula menanggung beban hutang negara yang tinggi akhirnya kemudahan yang sepatutnya dinikmati rakyat menjadi suatu perkhidmatan yang perlu ditanggung sendiri. Kerajaan lari dari tanggungjawab menjaga hal ehwal masalah hidup rakyat.
Segala perkhidmatan yang diterima rakyat semuanya perlu dibayar.
Apakah penilaian majlis disiplin MCA dalam memecat Chua ataupun terdapat tangan ghaib yang mengarah agar suatu isu dicipta untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang lebih besar seperti isu PKFZ ini?
Buat rakyat isu PKFZ lebih tinggi prioritinya dalam desakan terhadap kerajaan agar membongkar pesalahnya daripada melihat adegan seks Chua dalam videonya. Kerajaan tidak boleh lagi menutup bangkai gajah yang sudah membusung..ianya terpaksa dileraikan bak kata pepatah " ditelan mati mak diluah mati bapak "
Semoga kerajaan dapat memecah kebuntuan ini?

No comments:

There was an error in this gadget