Wednesday, August 26, 2009

PAS Menang Tahniah...Buat Be End..fahami kehendak rakyat...

Tahniah PAS menang dengan majoriti 4551 , suatu angka yang tinggi kalau dibandingkan jentera kerajaan dan juga media nasional yang sering menyajikan propaganda yang memutarbelitkan fakta dan berita . Masih terlalu awal untuk meramalkan PRU 13 nanti Pakatan Rakyat dapat menguasai persekutuan. Sistem pentadbiran , SPRM , Polis masih lagi mempunyai minda yang menguntungkan Be End tidak disangkal lagi. Itu sahajalah harapan mereka untuk terus hidup dan terus hidup. Kalau kita masih ingat bagaimana FIS di Algeria yang memenangi pilihanraya secara demokrasi dapat ditundukkan dengan tindakan undang-undang kononnya. Itulah saki baki minda penjajah yang ada pada umat Islam.
Be End apabila menerima kekalahan ini hendaklah membuat perubahan yang lebih baik , berkesan dan ikhlas dalam segala tindakan. Apabila berlakunya kes seperti TBH , sepatutnya kerajaan perlu lebih cepat dan terbuka agar tiada sebab kerajaan dipersalahkan. INkues dan Suruhanjaya Diraja hanya menyiasat cara bagaimana SPRM bertindak ,itu sahaja. Apabila berlakunya kes seperti ini maka rakyat lebih cuak dan muak maka , protes terhadap kerajaan akan diteruskan. Mungkin pemimpin besar tidak sedar perkara ini..ataupun buat-buat tak sedar..Fahami kehendak rakyat , bukan kehendak sesuatu parti sahaja , itulah paling baik.
Maklumat mudah diperolehi maka rakyat akan menilai samada ianya benar ataupun salah.
Kerajaan sepatutnya memberikan contoh teladan baik dan bersungguh-sungguh memberi layanan kepada semua ummat tanpa mengira parti ataupun ideologi politk rakyat.

No comments:

There was an error in this gadget