Tuesday, August 11, 2009

PAS Terpinggir Dalam Pakatan ?

Apakah suara PAS tidak dapat membawa apa-apa perubahan..untuk pengetahuan ummat, PAS merupakan suatu badan politik yang mempunyai asas perjuangan berteraskan Al Quran dan menjadikan sunnah sebagai kaedah dakwahnya.
Tugas UMNO jelas, memang kalau boleh biarlah Pakatan terkubur namun rakyat keseluruhannya...sudah dapat memahami kerenah dan politik media yang jelas menjadi tunggangan BN. Adanya Pakatan , UMNO sedikit sedar diri ...bahawa rakyat tidak lagi bodoh seperti dulu. Kini rakyat dilayan lebih baik daripada dulu..UMNO perlu menjadi yang asal seperti dulu ....berkhidmat untuk rakyat bukan mendapat jawatan tiket untuk berumah besar seperti Khir Toyo...
jadilah seperti Nik Aziz..walaupun memegang jawatan berbelas tahun namun rasuah jauh sekali...Suara PAS kini dapat juga didengari dibandingkan jika kita bersama UMNO...kerana UMNO sudah lama bergelumang dengan fahaman nasionalis tebal maka agak sukar mereka menerima pakai cakap PAS kecuali adanya agenda tersembunyi...
Zaman Nabi Muhammad dulu pun , beliau berdakwah bukan kerana pangkat atau habuan duniawi..
UMNO jika ikhlas dahulu lagi sudah settlekan kes arak yang besar pasaranya dijual di negara ini. Banyak lagi negeri dibawah pemerintahan BN yang perlu duIslamkan namun tida apa-apa tindakan. Itulah UMNO , mempolitikkan isu bukan ikhlas cuma untuk pengaruh namun PAS membuatnya lebih ikhlas dan tulus .

1 comment:

Jomulo said...

salam..
kawan sokong jika PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana PAS sememangnya tidak sebulu dengan DAP terutamanya.Sekarang ini kita dapat lihat bahawa DAP semakin lantang menghina Islam dan PAS sepatutnya perlu ikhlas menentang DAP walaupun mereka sebumbung.Jika PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi seperti dahulu adalah lebih baik.Pada situasi sekarang ini adalah lebih baik lagi jika PAS dan UMNO bersatu suara menentang sekeras-kerasnya penghinaan ke atas Islam yang telah dibuat oleh wakil-wakil rakyat DAP kerana UMNO dan PAS adalah orang Islam dan sepatutnya dalam hal ini ideologi politik perlu diketepikan.

National Geographic POD