Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan...Rakyat Malaysia Boikot Tidak Kibarkan bendera?

Selamat ulangtahun ke 52 Hari Kemerdekaan Tanah Melayu , kerana hari ini adalah hari bebas dari penjajah secara fizikalnya buat Tanah Semenanjung.Apabila diperhatikan sekeliling kita, teramat sedikit yang memasng bendera memberi penghormatan kepada hari ini...Mengapa ianya berlaku sedemikian..apakah rakyat ingin kembali tidak merdeka dan lebih senang duduk dibawah bendera Union Jack?
Persoalan ini amat menarik untuk dikaji...
Rakyat Malaysia tidak berasa bangga dengan hari kemerdekaan kerana pada mereka ianya mungkin hampir sama dengan tidak merdeka..
Setiap hari ada saja berita jenayah bunuh yang amat kejam...kerajaan tidak mampu mengawal lagi penjenayah yang berleluasa , bahkan dalam hal tertentu penjenayah dilepaskan...berikutan dugaan rasuah...bukan semua begitu..namun yang sedikit itu juga akan mencacatkan kemegahan negara...rakyat tidak lagi merdeka...
Bila rakyat ingin melepaskan tekanan di jiwa untuk menyatakan sesuatu bantahan secara aman , pelbagai alasan diberikan...walhal mereka takut kerajaan yang ada dijatuhkan kerana apabila kerajaan yang ada dijatuhkan mka...kegiatan mereka yang songsang pasti terbongkar..semua oarang tahu pegawai besar PDRM...banyak mempunyai harta yang banyak disembunyikan atas nama-nama lain...di atas kertas mereka terlepas tapi yang mengguna adalah mereka-mereka...
Medekakah kita jika berlakunya perkara diatas?
Rakyat apabila diberikan pendidikan sempurna, suatu ketika kerajaan memarahi pelajar yang menentang polisi yang tidak baik...rakyat dengan semangat patriotiknya tidak mengizinkan berlakunya pembaziran..namun kerajaan menyatakan bahawa siapa yang menentang maka pembangkanglah ia...begitu mudah perkataan itu dikatakan...walhal rakyat atau pelajar yang inginkan kejernihanlah mempunyai patriotisme yang tinggi...
contohnya beratus juta wang dileburkan untuk projek jambatan bengkok dibatalkan...jika perancangan molek maka wang itu boleh disalur sebagai biasiswa percuma...
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52...

No comments:

There was an error in this gadget