Friday, September 25, 2009

Kerajaan Kudeta Perak Menunggu Masa Untuk Tumbang...

Bagaimana sebuah kerajaan hendak berfungsi andaikata persidangan yang dijalankan tak lebih seperti persidangan merebut ketua kampung dengan aksi ganas , aksi menggunakan polis , aksi halangan persidangan , sabotaj di dalam dewan memang sebijik persidangan ala merebut jawatan ketua kampung. Ianya memang amat memalukan bagaimana Setiausaha kerajaan negeri dipergunakan , institusi diraja di perkudakan , polis digunakan , SPR diperbodohkan ,menggubal undang-undang mengikut cita rasa sendiri. Namun semuanya itu dihalalkan demi ketuanan Melayu konon.
Apakah mereka ini betul-betul memperjuangkan ketuanan Melayu?
Apabila diperhatikan cara hidup sebahagian besar pemimpin UMNO , rata-ratanya bergaya hidupkan cara hidup barat , segelintir sahaja yang berjiwa Melayu , itupun orang-orang pencen. Lihat sahajalah anak-anak orang besar UMNO ini...dengan lagak bersosial dengan gadis dan wanita , terjebak masalah dadah , jenayah rempit dan sebagainya.
Berbalik perbincangan Kerajaan kudeta apabila tidak dirahmati rakyat maka banyaklah program yang dibuat secara kebetulannya langsung tiada sambutan...bukan rakyat bertindak merancang untuk boikot namun banyak program ada sahaja halangannya ...hujan le...ribut le...tak cukup korum le...tak tahu teman nak cakap lagi....
Apakah Allah sengaja membuat perkara sebegini untuk memberi ingatan kepada kita semua...wallahua'lam....
Semua perkara ini boleh diperbetul andai SPR mengosongkan tiga tempat DUN yang haram itu seterusnya membuat pilihanraya kecil...namun SPR seolah-olah membutakan mata...memekakkan telinga...hanya kerana habuan kecil dunia...buat kerajaan kudeta Perak , masa akan menentukan anda tumbang....

Thursday, September 24, 2009

Skandal PKFZ..Siapa Yang Bocor Rahsia...?

Mutakhir ini banyak perkara berlaku sehinggakan terbaru surat yang melibatkan perkara penting dalam keputusan penambahan perbelanjaan PKFZ telah dikategorikan dibawah akta Rahsia OSA. Musa Hassan akan bertindak individu yang menyebarkan surat tersebut yang dianggap rahsia kerajaan. Begitulah undang-undang negara apabila melibatkan kepentingan individu besar dan kerajaan ianya akan ditutup serapatnya dan dikategirikan sbagai rahsia.Persoalannya adakah dengan bebrbuat demikian ianya baik buat rakyat ataupun baik untuk menutup kelemahan pimpinan kerajaan? Apakah akan terjadi andai pimpinan Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan pula mempunyai skandal yang besar seperti PKFZ ini? Adakah pihak berkuasa polis bertindak serupa?
Kebiasannya polis akan bertindak mengikut tuannya, maka dalam kes ini siapa tuannya , Najib ke atau Muhyiddin atau siapa? Perlantikan Ketua Polis Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan diperakui oleh YDP Agong.Masalah timbul apabila skandal atau jenayah melibatkan orang-orang besar....yang mempunyai pengaruh kuat. Siapa yang akan membersihkan negara dari segala macam skandal andai tiada siapa berani mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan yang akan menyebabkan sesebuah negara runtuh? Apabila ada segelintir pihak yang mendedahkannya terus dipasung kedalam penjara?

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN..

SEMPENA BULAN YANG MULIA INI SAYA MERAKAMKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG AHLIFIKIR2 ,
YANG BAIK DAN MULIA ITU SEMUANYA MILIK ALLAH...
YANG BURUK ITU MILIK HAMBANYA...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
MAAF ZAHIR BATIN...
MUNGKIN KE UDARA SEPULUH HARI LAGI...INSYAALLAH..
BERCUTI...

Wednesday, September 16, 2009

5 Tahanan ISA Dibebaskan...

Syabas 5 tahanan ISA dibebaskan setelah kempen desakan agresif yang melibatkan seluruh rakyat akhirnya berbaloi , namun masih lagi ada tahanan yang perlu dibebaskan . Akta ISA ini sebenarnya tidaklah perlu kerana Malaysia mempunyai banyak akta yang boleh mensabitkan seseorang yang melakukan jenayah.
Penahanan tanpa bicara adalah sesuatu yang zalim , yang ditangkap tidak bitunjukkan bukti kesalahan malah ianya hanya muslihat politik dan mainan pemimpin untuk kepentingan tertentu. Ramai kalangan anggota JI yang ditahan adalah disebabkan ekoran menunjukkan taat setia pemimpin terhadap Amerika. Pembebasan tahanan ISA ketika menghampiri PRK Bagan Pinang mempunyai hasrat dan strategi politik untuk Be End menghadapi Pakatan tidaklah dapat dipertikaikan. Namun ketelusan Pakatan menyelesaikan masalah rakyat merupakan aset paling penting untuk menghadapi Be End.

Friday, September 11, 2009

Hapus Undi Pos...Kita Demo Serentak Seluruh Negara di Pejabat SPR Negeri Masing-masing...

Untuk menghapuskan salah satu senjata ampuh Be End ...kita perlulah mengadakan demonstrasi besar-besaran serentak seluruh negara...kita berkumpul secara aman di hadapan Bangunan SPR Negeri ..pada suatu tarikh keramat yang akan mengubah lanskap politik negara. Ketika itu pasti calon Be End akan berfikir dua tiga kali sebelum bertarung dengan calon Pakatan Rakyat.
Demo ini perlulah disertai oleh semua parti politik Pakatan Rakyat..jika parti komponen Be End pun mahu apa salahnya kita undang sekali. Pastikan semua jagoan PAS, PKR , DAP dan NGO-NGO yang hebat seperti BERSIH perlu sama menyertainya. Ketika itu pasti SPR berfikir sekali lagi apabila melihat ribuan rakyat turun mendesak agar undi Pos di hapuskan....
Fikirkanlah sebelum terlambat demi untuk negara...

Mahkamah Putuskan Keputusan DUN Kekal...?





Inilah undang-undang ikut suka hati aku ...kononnya berdasarkan undang-undang. Keputusan menyingkirkan Sivakumar adalah betul..tetapi mesyuarat apa macam tu...belum apa-apa mikrofon disabotaj...Sivakumar diheret...apa punya undang-undang. Itulah perkara yang menyebabkan laporan daya saing ekonomi antarabangsa Malaysia menurun 25 anak tangga...kerana tiada lagi keselamatan...keselamatan hanyalah untuk puak-puak tertentu dan segelintir.
Seluruh dunia melihat adegan yang memalukan itu...namun Be End mengesahkan perjalanan dewan yang serupa macam orang gila. Speaker tidak dihormati walhal Speaker berkuasa mengherdik sesiapa sahaja termasuk pengawal keselamatan...tetapi disebabkan pengawal keselamatan bertuankan wang dan pangkat inilah natijahnya..negeri menjadi korup dan tidak berfungsi...rakyat tidak lagi merasa bersama pemimpin ...pemimpin Be End hanya menemui orang-orang mereka sahaja. Mereka adalah pemimpin kudeta...undang-undang terpakai apabila menyebelahi golongan ini, apabila tidak maka rampasan daqn keganasan digunakan...
Untuk rakyat Perak , bersabar dan bertawakkal kepada Allah , perbanyakkan solat Dhuha moga ada jalan keluar buat kita...
Rakyat Perak khususnya perlu memberikan kemenangan solid dan bergaya buat Pakatan Rakyat...kerana mereka lebih adil, lebih telus , lebih terbuka, lebih bermesyauarah , lebih saksama daripada kerajaan kudeta...Be End..Kita contohilah pimpinan Islam terdahulu...rakyat aman damai..kerajaan berhemah...pemimpin contoh dan zuhud...
Saudaraku ...lihat gambar diatas...DUN ini boleh pakai ke? Inikah DUN yang menjatuhkan Sivakumar dengan mengheret beliau keluar..menggunakan SB-SB...ohhhh 1Malaysia...taksama ke 1Israel?

Wednesday, September 9, 2009

Kes Kepala Lembu...Jambatan Manek Urai...Ikhlas Ke?


Pencetus kes kepala lembu dihadapkan ke mahkamah ...apa cerita selanjutnya...mungkin semua orang boleh agak skrip ni...tengok kes rasuah Osman Jailu...rasuah Jamaluddin...ape cerita...tangguh...tangguh...tangguh...ini semua Be End punya kerja ...menangguh...menangguh....menangguk air keruh....
Jadi cerita baru ni jangan harap rakyat nak percaya...gomen bohong....gomen bohong...
Sekarang kononnya jambatan Manek Urai dilulus juta-juta...caya ke...tak tau la...depa ni memang kita kenai dah...era baru pimpinan Najib melakukan pelbagai pembaharuan ...mahkamah sudah tidak boleh dipercayai...hukuman yang dijatuh jika mempunyai kepentingan pemerintah pasti keputusan condong ...keputusan bukan lagi gambaran keadilan dan intelektualisme namun...
buat rakyat undilah Pakatan Rakyat...seburuk -buruk Pakatan ia lebih baik dari Be End...itu hakikatnya...

Tuesday, September 8, 2009

Bila Agaknya Be End Hendak Menjadi Jantan...?

Terkenang aku ketika mula bekerja di Taiping , pekan yang indah dan tenang , bila balik kerja singgah ke Taman Tasik maka hilanglah segala penat..suasana malamnya bila berjalan-jalan bolehlah berjumpa pondan-pondan..disitulah kenal istilah pondan...
Maka andai Be End ingin bergelar jantan ...bukan pondan maka teluslah dalam pilihanraya ini.....biarlah undi pos diundi oleh individu itu sendiri...sampai bila kita hendak menipu diri sendiri...
Rakyat tahu taktik dan teknik Be End boleh menang...undi pos adalah salah satu senjatanya selain hantu-hantu yang berkeliaran menunggu mangsanya....

Monday, September 7, 2009

Be End Menang Mudah ...Undi Pos 5000....Milik Be End

Bagan Pinang memang tempat yang dijangkakan sukar akibat undi pos tentera yang melangkaui 5000 undi. Untuk mendapatkan undi tentera yang mana identiti mereka boleh dikenalpasti memang sukar. Namun Pakatan Rakyat jangan menyerah mudah...bukanlah anak jantan namanya kerana Pakatan tiada pernah ada namanya melainkan setelah diizinkan Allah pada pilihanraya umum ke 12. Pakatan mesti meletakkan calunnya untuk menentang Be End bersungguh-sungguh...rakyat mendoakan agar para tentera kita diberikan kekuatan jiwa dan tenang bulat hati memenangkan calon Pakatan.
Doa dan usaha semua pihak amat penting agar momentun dan signal ini sampai ke lubuk hati semua pemimpin Be End supaya gentar mereka dengan ketentuan Allah itu.
Saya menyokong tindakan untuk melawan...lawan tetap lawan...slogan Dato Ser Anwar Ibrahim sehingga kini....

Saturday, September 5, 2009

Kerusi Bagan Pinang Kosong Pula...

Bagan Pinang mempunyai seramai 14,192 pengundi berdaftar untuk tahun 2008..dimana 64% Melayu , 10.8 % Cina dan 24 % India. Ianya kubu UMNO sejak dahu kala lagi. Namun perkembangan terbaru kali ini pasti memberikan tentangan sengit kepada UMNO untuk mengekalkan kerusi tersebut. Adanya undi pos memberikan kelebihan buat UMNO untuk menegekalkan kedudukan.
Tahun 2008 , calon UMNO mendapat 6430 undi , calon PAS 4097 dimana majoriti undi 2333..
Berdasarkan kedudukan kaum ini berkemungkinan calon PAS mempunyai peluang andai ada sekiranya perpecahan kalangan pengundi UMNO sendiri tambahan pula calon PAS mempunyai ketokohan di kalangan masyarakat setempat.
Kemenangan kerusi ini penting buat UMNO dan PAS , kemenangan PAS memberikan signal rakyat berbilang kaum sudah bebas minda mereka daripada tanggapan PAS itu ektremis.
Kemenangan UMNO memberikan bonus hari raya kepada mereka untuk memperbaiki masalah yang ada.
Realitinya ...MCA mempunyai masalah besar , isu Beng Hock tidak memuaskan hati, kes Kg Buah Pala pula masih tergantung...maka semuanya itu adalah liabiliti buat UMNO...Pakatan tiada langsung masalah besar...kemungkinan PAS akan buat kejutan..

Thursday, September 3, 2009

Ketakutan Menyelubungi Be End....SPR Bijak...Tapi...Akibatnya...Lagi Parah..

Keputusan SPR menolak permohonan Speaker Kedah agar mengosongkan kerusi Siputeh dengan alasan masalah teknikal , manakala Speaker Kedah juga mengosongkan kerusi dengan alasan teknikal juga...Sikap SPR ini bakal menambahkan koleksi ketidaktelusan didalam membuat keputusan yang sepatutnya adil dan saksama...
Rakyat kini faham dan jelas isyarat yang ditunjukkan SPR...ya rakyat akan kuburkan Be End dengan kemenangan solid untuk menerajui negara sedikit masa lagi...Keputusan SPR itu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat..walhal belumpun pilihanraya Be End sudah ketakutan...berani kerana benar takut kerana salah...

Jelas situasi sekarang banyak keputusan SPR memberikan gambaran negetif kepada rakyat yang inginkan ketelusan dan kejujuran. SPR tidak pernah dan tidak sama sekali belajar dari kesilapan kerana mengikut telunjuk tuannya....

Tuesday, September 1, 2009

Minyak Mentah Dunia Sekitar USD72 SeTong...Mengapa Minyak Naik...? Supaya Rakyat Naik Minyak?

Apabila minyak yang penting sebagai sumber tenaga naik maka barangan lain pastilah juga turut menaik. Bagaimana lori yang mengangkut barangan dapat menyerap harga minyak pastilah barangan dihantar dinaikkan kadar bayaran pengangkutan. Kerajaan menjangkakan kenaikan harga minyak itu nampak sedikit namun ianya pasti membangkitkan amarah rakyat terhadap kerajaan...
Kerajaan tidak memberikan topeng muka secara percuma , hanya membiarkan rakyat berusaha sendiri mendapatkan dari pihak swasta..mana perginya tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat ?
Kerajaan hanya bising mempersoalkan kesetiaan rakyat hanya berdasarkan kibaran bendera tetapi kerajaan lupa tanggungjawab mereka dalam memperhalusi kebocoran wang rakyat berbilion melalui skandal PKFZ...bilion itu sikit?..
Kerajaan memperbesar kes pemberian lembu oleh Menteri Besar Selangor yang dianggar ratusan ribu..dalam masa sama menyimpan faik kes Khir Toyo yang melibatkan jutaan wang rakyat yang bocor akibat kerasukan pemimpin mencari kekayaan melalui kuasa.
Kerajaan ingat rakyat bodoh?...
Sesungguhnya rakyat sengaja perbodohkan diri ...namun bila tiba pilihanraya hangpa tahula...

National Geographic POD