Friday, September 25, 2009

Kerajaan Kudeta Perak Menunggu Masa Untuk Tumbang...

Bagaimana sebuah kerajaan hendak berfungsi andaikata persidangan yang dijalankan tak lebih seperti persidangan merebut ketua kampung dengan aksi ganas , aksi menggunakan polis , aksi halangan persidangan , sabotaj di dalam dewan memang sebijik persidangan ala merebut jawatan ketua kampung. Ianya memang amat memalukan bagaimana Setiausaha kerajaan negeri dipergunakan , institusi diraja di perkudakan , polis digunakan , SPR diperbodohkan ,menggubal undang-undang mengikut cita rasa sendiri. Namun semuanya itu dihalalkan demi ketuanan Melayu konon.
Apakah mereka ini betul-betul memperjuangkan ketuanan Melayu?
Apabila diperhatikan cara hidup sebahagian besar pemimpin UMNO , rata-ratanya bergaya hidupkan cara hidup barat , segelintir sahaja yang berjiwa Melayu , itupun orang-orang pencen. Lihat sahajalah anak-anak orang besar UMNO ini...dengan lagak bersosial dengan gadis dan wanita , terjebak masalah dadah , jenayah rempit dan sebagainya.
Berbalik perbincangan Kerajaan kudeta apabila tidak dirahmati rakyat maka banyaklah program yang dibuat secara kebetulannya langsung tiada sambutan...bukan rakyat bertindak merancang untuk boikot namun banyak program ada sahaja halangannya ...hujan le...ribut le...tak cukup korum le...tak tahu teman nak cakap lagi....
Apakah Allah sengaja membuat perkara sebegini untuk memberi ingatan kepada kita semua...wallahua'lam....
Semua perkara ini boleh diperbetul andai SPR mengosongkan tiga tempat DUN yang haram itu seterusnya membuat pilihanraya kecil...namun SPR seolah-olah membutakan mata...memekakkan telinga...hanya kerana habuan kecil dunia...buat kerajaan kudeta Perak , masa akan menentukan anda tumbang....

No comments:

There was an error in this gadget