Saturday, September 5, 2009

Kerusi Bagan Pinang Kosong Pula...

Bagan Pinang mempunyai seramai 14,192 pengundi berdaftar untuk tahun 2008..dimana 64% Melayu , 10.8 % Cina dan 24 % India. Ianya kubu UMNO sejak dahu kala lagi. Namun perkembangan terbaru kali ini pasti memberikan tentangan sengit kepada UMNO untuk mengekalkan kerusi tersebut. Adanya undi pos memberikan kelebihan buat UMNO untuk menegekalkan kedudukan.
Tahun 2008 , calon UMNO mendapat 6430 undi , calon PAS 4097 dimana majoriti undi 2333..
Berdasarkan kedudukan kaum ini berkemungkinan calon PAS mempunyai peluang andai ada sekiranya perpecahan kalangan pengundi UMNO sendiri tambahan pula calon PAS mempunyai ketokohan di kalangan masyarakat setempat.
Kemenangan kerusi ini penting buat UMNO dan PAS , kemenangan PAS memberikan signal rakyat berbilang kaum sudah bebas minda mereka daripada tanggapan PAS itu ektremis.
Kemenangan UMNO memberikan bonus hari raya kepada mereka untuk memperbaiki masalah yang ada.
Realitinya ...MCA mempunyai masalah besar , isu Beng Hock tidak memuaskan hati, kes Kg Buah Pala pula masih tergantung...maka semuanya itu adalah liabiliti buat UMNO...Pakatan tiada langsung masalah besar...kemungkinan PAS akan buat kejutan..

No comments:

National Geographic POD