Tuesday, September 1, 2009

Minyak Mentah Dunia Sekitar USD72 SeTong...Mengapa Minyak Naik...? Supaya Rakyat Naik Minyak?

Apabila minyak yang penting sebagai sumber tenaga naik maka barangan lain pastilah juga turut menaik. Bagaimana lori yang mengangkut barangan dapat menyerap harga minyak pastilah barangan dihantar dinaikkan kadar bayaran pengangkutan. Kerajaan menjangkakan kenaikan harga minyak itu nampak sedikit namun ianya pasti membangkitkan amarah rakyat terhadap kerajaan...
Kerajaan tidak memberikan topeng muka secara percuma , hanya membiarkan rakyat berusaha sendiri mendapatkan dari pihak swasta..mana perginya tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat ?
Kerajaan hanya bising mempersoalkan kesetiaan rakyat hanya berdasarkan kibaran bendera tetapi kerajaan lupa tanggungjawab mereka dalam memperhalusi kebocoran wang rakyat berbilion melalui skandal PKFZ...bilion itu sikit?..
Kerajaan memperbesar kes pemberian lembu oleh Menteri Besar Selangor yang dianggar ratusan ribu..dalam masa sama menyimpan faik kes Khir Toyo yang melibatkan jutaan wang rakyat yang bocor akibat kerasukan pemimpin mencari kekayaan melalui kuasa.
Kerajaan ingat rakyat bodoh?...
Sesungguhnya rakyat sengaja perbodohkan diri ...namun bila tiba pilihanraya hangpa tahula...

No comments:

There was an error in this gadget