Thursday, September 24, 2009

Skandal PKFZ..Siapa Yang Bocor Rahsia...?

Mutakhir ini banyak perkara berlaku sehinggakan terbaru surat yang melibatkan perkara penting dalam keputusan penambahan perbelanjaan PKFZ telah dikategorikan dibawah akta Rahsia OSA. Musa Hassan akan bertindak individu yang menyebarkan surat tersebut yang dianggap rahsia kerajaan. Begitulah undang-undang negara apabila melibatkan kepentingan individu besar dan kerajaan ianya akan ditutup serapatnya dan dikategirikan sbagai rahsia.Persoalannya adakah dengan bebrbuat demikian ianya baik buat rakyat ataupun baik untuk menutup kelemahan pimpinan kerajaan? Apakah akan terjadi andai pimpinan Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan pula mempunyai skandal yang besar seperti PKFZ ini? Adakah pihak berkuasa polis bertindak serupa?
Kebiasannya polis akan bertindak mengikut tuannya, maka dalam kes ini siapa tuannya , Najib ke atau Muhyiddin atau siapa? Perlantikan Ketua Polis Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan diperakui oleh YDP Agong.Masalah timbul apabila skandal atau jenayah melibatkan orang-orang besar....yang mempunyai pengaruh kuat. Siapa yang akan membersihkan negara dari segala macam skandal andai tiada siapa berani mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan yang akan menyebabkan sesebuah negara runtuh? Apabila ada segelintir pihak yang mendedahkannya terus dipasung kedalam penjara?

No comments:

There was an error in this gadget