Friday, October 30, 2009

Kebijaksanaan Berpolitik Amat Ditagih...

Berpolitik ini suatu seni yang pemainnya mestilah mempunyai kemahiran , kebijaksanaan dalam menghadapi pelbagai peristiwa dan boleh memikir masa depan. Kita sewajibnya menyelusuri sirah Rasul Muhammad S.A.W. dalam menghadapi banyak hal..Suatu ketika ada seorang perempuan mengaku berzina di hadapan Nabi namun dibiarkan...kali kedua perempuan itu datang begitu juga...sehinggalah kali ketiga barulah hal keputusan itu diselesaikan sebaik sahaja perempuan itu melahirkan anak...
Nabi juga dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah..nama beliau tidak ditambah perkataan Rasulullah , namun Nabi Muhammad menerimanya walaupun kalangan para sahabat membantah..
Lantaran itu kemelut PAS ini perlulah ditangani dengan bijaksana. Tuan Ibrahim Tuan Man yang diberikan amanah untuk mendisiplinkan mana yang tidak betul perlu mencari jalan terbaik dan berhikmah untuk masalah ini.Keputusan ini penting demi kesinambungan PAS sebagai wadah badan politik dakwah untuk menunjukkan teladan dan kebaikan Islam itu nanti. Kita lihat bagaimana cara berpolitik Erdogan di Turki yang dapat mempertahankan survival demi mengurangkan keburukan. Kaedah mengambil kurang buruk daripada buruk langsung adalah suatu kaedah yang masih relevan dalam menghadapi fitnah kongkongan media yang amat mencabar. Suatu keputusan putus qati' dalam Al Quran memang sesuatu yang hak , namun kaedah perlaksanaan dan juga kadar penerimaan masyarakat moden hari ini perlu diambilkira oleh pejuang Islam.

Thursday, October 29, 2009

Ujian Allah Tatkala Menang Lebih Sukar Dibandingkan Ketika Kalah...

Ujian Allah sering kali diberikan samada ketika kita susah ataupun senang. Buat insan yang biasa susah , tiba-tiba menjadi senang adakalanya dia sentiasa beringat , dan adakalanya dia lupa. Ukuran apakah untuk mengatakan seseorang itu lupa , seseorang itu sudah menjadi insan yang lain. Standard yang menjadi kayu ukur bagi masyarakat biasa berbeza standard nilai yang menjadi kayu ukur bagi Tuhan Pencipta Alam.
Inilah yang menjadikan modal bagi pihak musuh untuk mengharu birukan saf kepimpinan ditambah adu domba pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu ataupun untuk kelihatan bersama pimpinan.
Semua pihak perlu merujuk semua perkara berdasarkan Al Quran dan Sunnah dan Qias ulama' dan dapatlah kiranya kita muhasabah diri tentang matlamat perjuangan asal kita dijadikan Allah. Hujah Al Quran dan Hadis memberikan ruang dan peluang untuk kita bergerak melalui landasan masing-masing , namun yang paling penting untuk setiap ahli jamaah tahu bahawa matlamat terpenting adalah keredoaan Allah.
Ketika ini media amat berperanan penting dalam mengadu domba sesuatu berita , maka buat pejuang ikhlas dan istiqamah maka haruslah waspada sesuatu berita itu , selidikilah dahulu , kalau boleh dapatkanlah berita terus dari empunya diri.
Kelemahan kita yang sering mengambil mudah komunikasi ini diintai peluang oleh puak berkepentingan menghancurkan saf kepimpinan.
Bertaubatlah kita atas kesilapan dan kealpaan kita mengurus sedikit kemenangan ini , rujuklah pandangan ulama , rujuklah sesuatu perkara itu menerusi mesyuarah dengan sopan dan beradab.
Kalau sesuatu itu tidak jelas maka bersabarlah dan tunggulah ketikanya penmjelasan akan tiba.
PAS adalah suatu parti dakwah yang dicemburui musuh kerana ketaatan ahlinya yang memberi imfak dan tenaga wang ringgit ikhlas untuk perjuangan.Maka haruslah pimpinan berhati-hati seperti mana hadis pun ada memberitahu tatkala datang suatu berita maka selidikilah kebenarannya. Nabi Muhammad juga tidak terlepas daripada kerenah yang berlaku sekarang ini.Paling penting rujukilah perlembagaan Parti Al Quran dan Hadis Rasul S.A.W.
Saya bukanlah ahli parti yang amat aktif mahupun cergas namun sayangkan suatu jamaah
PAS sebagai wadah dakwah dalam mempertahankan kesucian Islam....

Wednesday, October 28, 2009

Sidang DUN Perak Oleh Kerajaan Haram Bersejarah...Sidang DUN Taik Kucing...ADUN PR Dihalang...

Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman , memperbodoh polis yang sanggup diperbodohkan...sehingga menghalang ADUN Pakatan Rakyat dari memasuki dewan...Speaker Sivakumar pun dihalang juga...inilah sejarah DUN Taik Kucing Perak yang menyebabkan seluruh pelabur asing memahami dan tiada lagi hasrat untuk melabur di negeri Taik Kucing. Bahkan ramai pelabur yang sudah melabur pasti akan rasa menyesal melabur di negeri Taik Kucing ini yang menggunakan undang-undang sendiri...
Perak di zaman Zambry Al Ghandi ini perlu menukar namanya
PERAK TAHI KUCING...

Demokrasi Hanyalah Laungan..Walhal Negara Ini Negara Mahkamah ...Negara Polis..


Satu lagi sejarah dicatat ...rakyat sekelian dilarang berjalan-jalan sekitar 50 meter ..sekiranya berbuat demikian maka tahulah akibatnya...Inilah negaraku yang tercinta , mahkamah telah mengeluarkan notis yang menghadkan pergerakan kelompok rakyat bebas untuk ke mana sahaja.Inilah percaturan undang-undang yang kononnya mengawal rakyat agar tidak membuat huru-hara. Sebenarnya polis tahu siapa yang akan membuat huru-hara , maka tangkaplah mereka itu..senang sahaja.Bagi mereka yang ingin merasai kenikmatan negara demokrasi seharusnya tidak dihalang untuk pergi ke mana sahaja.Negara ini telah menggunakan kuasa mahkamah untuk menghadkan pergerakan rakyat. Inilah pencabulan undang-undang secara terhormat...Sepatutnya polis mengawal rakyat yang pergi ke mana sahaja dan mengawal agar tiada sebarang masalah , namun mereka pula yang membuat hukum sendiri...

Tuesday, October 27, 2009

Isu Kemelut PAS Menenggelamkan Banyak Isu Besar

Perkara utama yang berlaku setelah media menggempur isu tertentu banyak sekali isu besar dilupakan pihak berbalah yang lebih memikirkan hujah untuk mempertahankan diri. Antara isu utama....
Bagaimana kes rasuah bekas exco Perak , saksi utama boleh mengatakan tiada rasuah diambil oleh tertuduh walhal sebelum ini dalam laporan SPRM mereka tertuduh telah mengambil rasuah...
Beng Hock pula dikhuatiri membunuh diri 20 % manakala dibunuh pula 80 % menurut pakar patologi Thailand yang telah menguruskan kes seumpama 10,000 kes.
Isu wang negara berpuluh bilion lesap didalangi oleh semua pihak berkepentingan MCA , UmNO dan sahabat kroni....melalui skandal PKFZ....
Bagaimana pula isu stadium runtuh...tutup saja ceritanya...
Khir Toyo pula lega rumahnya yang hampir 20 juta itu tidak pula dikenakan tindakan oleh SPRM walhal mendiang Beng Hock hanya sebagai saksi boleh mati hanya disebabkan RM2,400 ringgit sahaja....
Banyak isu tenggelam akibat perbalahan , percakaran yang dimainkan oleh musuh sehingga kita semua terperangkap mainan mereka...

Saturday, October 24, 2009

Pencacai SPRM Imran Tukar Keterangan...


Rakyat Perak seluruhnya bolehlah melihat adegan terbaru situasi kehakiman negara yang hina.
Suatu ketika loporan SPRM mengatakan Jamaluddin dan Osman Jailu menerima rasuah wang dan seks..siap dengan videonya sekali....
Tetapi kini Imran , broker SPRM boleh mengatakan tiada rasuah diberi...
Itulah kehakiman yang diperbodohkan...polis pun bolh nganga sajalah...Piagam pelanggan polis...terletak di semua balai mengatakan laporan palsu boleh dikenakan tindakan..
Oleh itu ambil tindakan terhadap pencacai Imran ini...memberikan imej buruk kepada kehakiman negara...Gani Patail tido ke...? Musa Hassan lelap ke? masa kes Anwar ...kes ISA orang nak letupkan pun sudah tahu konon ...ini depan mata ...dalam mahkamah lagi...buat tak tau.....tunggulah kome semua ni kena bahananya...Allah Maha Kuasa....suatu hari kome akan merasai kudratNya....
Osman dan Jamaludin ni pun boleh duduk semeja dengan Mufti Perak...subahat tu...mana letaknya ilmu awak...ulama...pergi taubat nasuha la...atau buat tak tau...janji masuk wang Exco.....

Thursday, October 22, 2009

Kesan Pandangan Pakar Patologi Thailand..Memalukan Malaysia ?

Perlulah kita rakyat Malaysia seluruhnya mengkaji sistem pendidikan kita bilamana pakar patologi Thailand berupaya mencari sesuatu kesan dan kecederaan pada tubuh Teoh manakala pakar Malaysia menyatakan bahawa Teoh membunuh diri...kah...kah...kah..
Aku ingat memang sistem pendidikan Malaysia melahirkan pakar-pakar yang boleh dibeli , boleh diugut , boleh segalanya...
Rentetan penemuan baru ini amat memalukan dan menjatuhkan lagi indeks ketelusan di mata dunia negaraku Malaysia...apa boleh buat...rakyat nak macamni...bila pilihanraya baru tabur janji dah kelabu mata...inilah akibatnya...
Wahai rakyatku ...kesan penemuan ini sebenarnya amat besar..persepsi yang timbul...banyak pakar di negara ini... boleh kaou tim...bila berlaku sesuatu...maka dimana letaknya profesionalisme sesuatu bidang itu...?
Mungkin wang ? perut? pangkat ? tanah? vacation? dato? free? semua free?
fikirkanlah....

Wednesday, October 21, 2009

Bubar DUN Perak? Be End Confident Menang...?

Diberitakan tanda-tanda awal menuju kepada pembubaran DUN Perak telahpun kelihatan namun Be End semestinya akan membubarkan DUN andai keputusan Mahkamah Persekutuan tidak dapat lagi dikawal. Bubar DUN adalah lebih bermaruah jika dibandingkan keluar keputusan memihak Nizar. Persoalannya adakah Be End , hanya menang sekali di Bagan Pinang maka semangat tinggi mereka terus ingin membubarkan DUN ataupun ianya terpaksa dilakukan demi maruah?
Rakyat Perak sememangnya menunggu pembubaran DUN untuk memastikan terkuburnya Be End walaupun kelihatannya Pakatan seperti underdog selepas Bagan Pinang. Bagan Pinang bukanlah boleh dijadikan kayu ukur seperti Perak , sebuah negeri lebih baik dari NS dan mempunyai latar belakang penduduk yang lebih celik maklumat.
Be End jangan memandang rendah keupayaan Pakatan Rakyat , mungkin kali ini Pakatan akan menang dengan lebih bergaya. Nantikanlah 28 October ini samada Zambry ada berani ataupun tidak?

Friday, October 16, 2009

PAS Kalah di Bagan Pinang...Asam Garam Politik..Muhasabah Diri..

Kekalahan PAS di Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat Be End adalah lumrah politik pilihanraya. Mungkin ada faktor yang menjadikan UMNO lebih ke hadapan apabila sesuatu isu itu dikemukakan.Menuding jari kepada kepimpinan PAS , sesetengahnya merujuk kesan isu kuil dan tindakan Hassan Ali adalah suatu lontaran mudah untuk mencari alasan.
UMNO menggunakan taktik serangan propaganda dimulai isu calon orang tempatan , kemudian susulan pula rekaan Ketua Putera , Azeez dengan pendakwaan dipukul , seterusnya ugutan dan keganasan yang ditonjolkan ketika kempen dan sebagainya.
Apabila keganasan , ketakutan diketengahkan maka UMNO mempunyai reputasi lebih tinggi untuk menang , untuk rujukan kita lihat bagaimana media menggambarkan suatu ketika PRU 12 , tumpuan mereka ketika itu Trengganu , kekecohan berlaku dan kerajaan PAS tumbang di tangan UMNO kemudiannya.
Baru sebentar saya teringat isu yang dibawa PAS juga ada pengaruhnya , isu rasuah seolah-olah menyerang Isa Samad walaupun tidak terus kepada batang tubuhnya..maka
tema kempen pun harus diambilkira mengikut budaya lokaliti setempat. Kelantan , Trengganu berbeza Perak dan Negeri Sembilan. Budaya adat dan tatacara pemikiran pun berbeza maka ianya harus diambilkira.
PAS harus ingat tatkala keganasan dan kekecohan berlaku ditambah pula strategi pengundi pos dan juga propaganda media maka rakyat Bagan Pinang telah memilih calon popular mereka yang sudah terpalit kes rasuah menjadi wakil untuk mereka.Syabas kerana kebijaksanaan rakyat maka pelbagai masalah rakyat di Bagan Pinang tidak timbul lagi ekoran Tan Sri orang lema , bekas MB , maka segala peruntukan negeri mudah disampaikan kepada rakyat.

Saturday, October 10, 2009

Azeez Ketua Putera Dipukul Angin Sepoi Sehingga Masuk Wad..

Azzez ni , Ketua Putera UMNO mendakwa dipukul oleh lapan atau sembilan orang PAS..inilah yang dikatakan apabila datang seorang dari kamu membawa suatu berita maka selidiklah dulu. Kalaulah media nasional pun boleh besarkan cerita sebegini lamaklumlah takkan laku lagilah suratkhabar tu...Polis pun janganlah diperbodohkan oleh orang bergelar Dato ni...kalau polis pun buat-buat bodo kamu sendiri tanggung akibatnya kamu tiada lagi dihormati oleh orang awam...kebikansanaan polis akan menyebabkan mereka dihormati...bukan dicemuh..
Azzez ni kalau diikutkan undang-undang boleh dikenakan tindakan akibat laporan palsu..dan faham sajalah...
Apapun syabas Pakatan Rakyat kali ini , anda dapat mengawal sentimen , provokasi , pertarungan media dan sebagainya mudah-mudahan seluruh rakyat baik pengundi awam ataupun pos di beri Allah kelapangan jiwa , agar mengundi Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik daripada Be End.
Tiada manusia sesungguhnya yang tiada kesalahan namun apabila perbandingan Pakatan Rakyat dengan Be End anda semua harus faham calon Pakatan Rakyat lebih baik...
Selamat mengundi Pakatan Rakyat...

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang...Pengundi Awam Perlu Undi PAS...

Melihatkan keadaan di Bagan Pinang yang sudahpun menjadi tegang ekoran tindakan provokasi penyokong UMNO sepatutnya menjadi iktibar buat seluruh rakyat..apabila politik itu menguasai polis dan tentera maka akan hancurlah segala sistem yang ada jika penguatkuasaan tidak dilakukan.
Bayangkan kekecohan berlaku dan apabila anda menelefon polis langsung tiada jawapan dan ketika polis dipanggil beliau mengatakan tidak tahu selok belok kawasan. Itukah yang kita semua mahukan? Rakyat perlu berfikiran rasional dan waras mengapa UMNO perlu ditolak...kerana semakin mereka berkuasa maka semakin kuatlah jenayah yang dilakukan boleh terlepas begitu sahaja.
Janganlah pula pihak tentera negara kita mempunyai mentaliti seperti ini kerana kelak rosak dan binasalah negara kita.Buat pengundi di Bagan Pinang , bersabarlah jangan ikutkan perasaan , jika anda dikasari atau diapa-apakan buatlah laporan polis..laporan perlu dibuat walaupun mungkin tiada tindakan , ianya lebih kepada soal keselamatan...
Jangan ragu dan sangsi calon PAS lebih beramanah , lebih berintegriti , dan lebih baik untuk kamu semua. Bagan Pinang akan menjadi sejarah titik mula kejatuhan empayar Be End..semua rakyat menunggu anjakan pemikiran oleh seluruh warga Bagan Pinang agar sama-sama merealisasikan hasrat rakyat agar negara diterajui oleh pimpinan lebih baik , lebih bersih , lebih amanah selaras slogan Tuin Mahathir suatu ketika dulu Bersih , Cekap , Amanah.
Undilah PAS..PAS untuk semua...

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang ...Melihat Sejauh Mana Kebijaksanaan Pengundi Pos..

Walaupun di atas kertas nampak Be End lebih selesa untuk memenangi pilihanraya kecil namun tidak mustahil PAS memberi kejutan dan akibatnya UMNO malu besar dan mengharu birukan lagi kem mereka. MCA dan MIC yang bergolak menyebabkan rakyat sudah putus harap kepada parti Be End yang ratanya mempunyai pemimpin yang mementingkan kroni dan rakan , lebih diutamakan bukan menurut slogan pencapaian diutakan , rakyat didahulukan.
Pemilihan Isa Samad membuktikan bahawa kelantangan Be End untuk menghapuskan amalan serta benci rasuah adalah retorik semata-mata. Ianya tak lebih mengeluarkan air liur tanpa suatu tindakan yang konstruktif. Ianya sekadar cakap tak serupa bikin.
Be End seperti ketandusan pemimpin pelapis yang akan membawa perjuangan mereka ke tahap lebih tinggi.
Pakatan Rakyat walaupun adanya percanggahan sesama mereka namun bukanlah sesuatu yang besar , mana boleh semua pemimpin mempunyai satu pandangan sahaja. Saidina Ali sendiripun mempunyai pandangan berbeza antara beliau dengan Saidina Umar bahkan dengan Saidina Abu Bakar.
Undilah Pakatan Rakyat....rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan..

Monday, October 5, 2009

Azeez mendakwa DiTumbuk Dan Dipukul..

Lucu benar melihat telatah gurkha-gurkha UMNO , bila sudah tiada isu lalu mencipta segala apa jua tak kita betul atau salah asalkan mereka menang. Inilah sikap yang paling tidak disukai oleh ramai orang termasuklah ahli UMNO sendiri.
Bila mereka , UMNO tiada modal maka beginilah sikap mereka. Menghalalkan apa jua cara asalkan matlamat dicapai.
Kebanyakan pemimpin jenis ini cuba menonjolkan diri kepada parti kononnya aku memberi sedikit sumbangan , maka lihatlah apa yang aku kerjakan. Namun mereka tidak menyedari sesungguhnya perbuatan mereka itu lebih mempercepatkan busuknya parti mereka.

Friday, October 2, 2009

Tiada Pilihana Buat Rakyat Be End ataupun Pakatan?

Dalam persaingan politik tanahair Malaysia , rakyat Malaysia khususnya tidak mempunyai pilihan lain samada Pakatan Rakyat yang baru sahaja ditubuhkan dan juga Be End yang mengjangkau setengah abad. Selama setengah abad sebelum ini Be End telahpun diberikan peluang yang banyak untuk menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat namun banyak sekali tindakan yang mengecewakan buat seluruh rakyat berbilang kaum tak kira Melayu , Cina dan India.Be End perlu bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah parti yang berpegang kepada janji, parti yang berintegriti, parti yang tidak mengamalkan politik perkauman , parti yang telus , parti yang menolak golongan yang tidak bermoral , parti yang tidak suka rasuah , parti yang tidak berkompromi dengan keruntuhan moral dan akhlak, dan sebagainya.
Pakatan Rakyat yang tidak memerintah Malaysia masih lagi mempunyai rekod bersih yang diimpikan seluruh rakyat Malaysia.Kes Kampung Buah Pala adalah liabiliti tersimpan , terpendam yang dipendam oleh Be End sejak sekian lama , namun apabila Pakatan cuba meleraikannya maka ianya diputarbelit oleh media haprak.
Kes kepala lembu pula berkaitan kes kuil diroboh juga adalah kes tertunggak Be End yang sering lari dari masalah , namun Pakatan berani bertindak menyelesaikan sedikit demi sedikit. Itulah kekuatan dan keikhlasan Pakatan Rakyat untuk rakyat. Andai Be End memertintah Selangor pasti kes itu terpencil lagi , dan untuk mereka masuk media amatlah malang . Itu rakyat perlu sedar.Itulah yang kita semua benci politik kepura-puraan yang dimainkan oleh media haprak negara.

Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang , Hidup Mati Be End...Pakatan..Optimis Kemenangan PRU 13

Bagan Pinang kini menanti proses penamaan calon seterusnya menyaksikan bakal dua gergasi NS, Zulkifley , Pesuruhjaya PAS NS dengan Isa Samad mantan Menteri dan juga Menteri Besar NS yang dahulu.
Kemenangan PAS bakal memberikan suatu keyakinan tinggi buat Pakatan Rakyat yang akan memerintah untuk kali pertama ketika PRU 13 nanti manakala kekalahan Be End petanda malapetaka dan kemusnahan yang sudah hampir.
Najib pasti tidak senang duduk andai tewas lagi di Bagan Pinang ataupun Muhyiddin terpaksa merencana sesuatu bersama kawanan yang lain untuk menyelamatkan Be End kononnya agar menyingkirkan Najib yang membawa liabiliti sejak dikaitkan dengan hantu Altantoyu. Mungkin Muhyiddin akan bersemangat untuk mengambil tompok pemerintahan dengan alasan Najib mengalami banyak kekalahan sejak PRU 12 , dua sahaja PRK yang bertuankan Pak Lah , yang lain bertuankan Najib.
Samalah kita menunggu pilihanraya kali ini , melihat kematangan orang nogori ataupun mereka masih lagi bertuhankan media palsu ataupun mendapat maklumat sebenar demi menyelamatkan negara yang sudah terpinggir di persada dunia. Segala macam indeks menunjukkan kemerosotan dengan indeks rasuahnya , indeks integritinya , indeks kemasukan pelabur asing cuma yang naik hanyalah indeks jenayah...Maaf kelewatan didalam memberi posting terbaru rentetan banyak kerja dan juga gangguan internet sejak kebelakangan ini...mungkin ada anasir yang cuba untuk menghalang maklumat sampai ke sasaran...

National Geographic POD