Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang , Hidup Mati Be End...Pakatan..Optimis Kemenangan PRU 13

Bagan Pinang kini menanti proses penamaan calon seterusnya menyaksikan bakal dua gergasi NS, Zulkifley , Pesuruhjaya PAS NS dengan Isa Samad mantan Menteri dan juga Menteri Besar NS yang dahulu.
Kemenangan PAS bakal memberikan suatu keyakinan tinggi buat Pakatan Rakyat yang akan memerintah untuk kali pertama ketika PRU 13 nanti manakala kekalahan Be End petanda malapetaka dan kemusnahan yang sudah hampir.
Najib pasti tidak senang duduk andai tewas lagi di Bagan Pinang ataupun Muhyiddin terpaksa merencana sesuatu bersama kawanan yang lain untuk menyelamatkan Be End kononnya agar menyingkirkan Najib yang membawa liabiliti sejak dikaitkan dengan hantu Altantoyu. Mungkin Muhyiddin akan bersemangat untuk mengambil tompok pemerintahan dengan alasan Najib mengalami banyak kekalahan sejak PRU 12 , dua sahaja PRK yang bertuankan Pak Lah , yang lain bertuankan Najib.
Samalah kita menunggu pilihanraya kali ini , melihat kematangan orang nogori ataupun mereka masih lagi bertuhankan media palsu ataupun mendapat maklumat sebenar demi menyelamatkan negara yang sudah terpinggir di persada dunia. Segala macam indeks menunjukkan kemerosotan dengan indeks rasuahnya , indeks integritinya , indeks kemasukan pelabur asing cuma yang naik hanyalah indeks jenayah...Maaf kelewatan didalam memberi posting terbaru rentetan banyak kerja dan juga gangguan internet sejak kebelakangan ini...mungkin ada anasir yang cuba untuk menghalang maklumat sampai ke sasaran...

No comments:

There was an error in this gadget