Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang...Pengundi Awam Perlu Undi PAS...

Melihatkan keadaan di Bagan Pinang yang sudahpun menjadi tegang ekoran tindakan provokasi penyokong UMNO sepatutnya menjadi iktibar buat seluruh rakyat..apabila politik itu menguasai polis dan tentera maka akan hancurlah segala sistem yang ada jika penguatkuasaan tidak dilakukan.
Bayangkan kekecohan berlaku dan apabila anda menelefon polis langsung tiada jawapan dan ketika polis dipanggil beliau mengatakan tidak tahu selok belok kawasan. Itukah yang kita semua mahukan? Rakyat perlu berfikiran rasional dan waras mengapa UMNO perlu ditolak...kerana semakin mereka berkuasa maka semakin kuatlah jenayah yang dilakukan boleh terlepas begitu sahaja.
Janganlah pula pihak tentera negara kita mempunyai mentaliti seperti ini kerana kelak rosak dan binasalah negara kita.Buat pengundi di Bagan Pinang , bersabarlah jangan ikutkan perasaan , jika anda dikasari atau diapa-apakan buatlah laporan polis..laporan perlu dibuat walaupun mungkin tiada tindakan , ianya lebih kepada soal keselamatan...
Jangan ragu dan sangsi calon PAS lebih beramanah , lebih berintegriti , dan lebih baik untuk kamu semua. Bagan Pinang akan menjadi sejarah titik mula kejatuhan empayar Be End..semua rakyat menunggu anjakan pemikiran oleh seluruh warga Bagan Pinang agar sama-sama merealisasikan hasrat rakyat agar negara diterajui oleh pimpinan lebih baik , lebih bersih , lebih amanah selaras slogan Tuin Mahathir suatu ketika dulu Bersih , Cekap , Amanah.
Undilah PAS..PAS untuk semua...

No comments:

National Geographic POD