Friday, October 30, 2009

Kebijaksanaan Berpolitik Amat Ditagih...

Berpolitik ini suatu seni yang pemainnya mestilah mempunyai kemahiran , kebijaksanaan dalam menghadapi pelbagai peristiwa dan boleh memikir masa depan. Kita sewajibnya menyelusuri sirah Rasul Muhammad S.A.W. dalam menghadapi banyak hal..Suatu ketika ada seorang perempuan mengaku berzina di hadapan Nabi namun dibiarkan...kali kedua perempuan itu datang begitu juga...sehinggalah kali ketiga barulah hal keputusan itu diselesaikan sebaik sahaja perempuan itu melahirkan anak...
Nabi juga dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah..nama beliau tidak ditambah perkataan Rasulullah , namun Nabi Muhammad menerimanya walaupun kalangan para sahabat membantah..
Lantaran itu kemelut PAS ini perlulah ditangani dengan bijaksana. Tuan Ibrahim Tuan Man yang diberikan amanah untuk mendisiplinkan mana yang tidak betul perlu mencari jalan terbaik dan berhikmah untuk masalah ini.Keputusan ini penting demi kesinambungan PAS sebagai wadah badan politik dakwah untuk menunjukkan teladan dan kebaikan Islam itu nanti. Kita lihat bagaimana cara berpolitik Erdogan di Turki yang dapat mempertahankan survival demi mengurangkan keburukan. Kaedah mengambil kurang buruk daripada buruk langsung adalah suatu kaedah yang masih relevan dalam menghadapi fitnah kongkongan media yang amat mencabar. Suatu keputusan putus qati' dalam Al Quran memang sesuatu yang hak , namun kaedah perlaksanaan dan juga kadar penerimaan masyarakat moden hari ini perlu diambilkira oleh pejuang Islam.

No comments:

There was an error in this gadget