Friday, October 16, 2009

PAS Kalah di Bagan Pinang...Asam Garam Politik..Muhasabah Diri..

Kekalahan PAS di Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat Be End adalah lumrah politik pilihanraya. Mungkin ada faktor yang menjadikan UMNO lebih ke hadapan apabila sesuatu isu itu dikemukakan.Menuding jari kepada kepimpinan PAS , sesetengahnya merujuk kesan isu kuil dan tindakan Hassan Ali adalah suatu lontaran mudah untuk mencari alasan.
UMNO menggunakan taktik serangan propaganda dimulai isu calon orang tempatan , kemudian susulan pula rekaan Ketua Putera , Azeez dengan pendakwaan dipukul , seterusnya ugutan dan keganasan yang ditonjolkan ketika kempen dan sebagainya.
Apabila keganasan , ketakutan diketengahkan maka UMNO mempunyai reputasi lebih tinggi untuk menang , untuk rujukan kita lihat bagaimana media menggambarkan suatu ketika PRU 12 , tumpuan mereka ketika itu Trengganu , kekecohan berlaku dan kerajaan PAS tumbang di tangan UMNO kemudiannya.
Baru sebentar saya teringat isu yang dibawa PAS juga ada pengaruhnya , isu rasuah seolah-olah menyerang Isa Samad walaupun tidak terus kepada batang tubuhnya..maka
tema kempen pun harus diambilkira mengikut budaya lokaliti setempat. Kelantan , Trengganu berbeza Perak dan Negeri Sembilan. Budaya adat dan tatacara pemikiran pun berbeza maka ianya harus diambilkira.
PAS harus ingat tatkala keganasan dan kekecohan berlaku ditambah pula strategi pengundi pos dan juga propaganda media maka rakyat Bagan Pinang telah memilih calon popular mereka yang sudah terpalit kes rasuah menjadi wakil untuk mereka.Syabas kerana kebijaksanaan rakyat maka pelbagai masalah rakyat di Bagan Pinang tidak timbul lagi ekoran Tan Sri orang lema , bekas MB , maka segala peruntukan negeri mudah disampaikan kepada rakyat.

No comments:

National Geographic POD