Thursday, October 29, 2009

Ujian Allah Tatkala Menang Lebih Sukar Dibandingkan Ketika Kalah...

Ujian Allah sering kali diberikan samada ketika kita susah ataupun senang. Buat insan yang biasa susah , tiba-tiba menjadi senang adakalanya dia sentiasa beringat , dan adakalanya dia lupa. Ukuran apakah untuk mengatakan seseorang itu lupa , seseorang itu sudah menjadi insan yang lain. Standard yang menjadi kayu ukur bagi masyarakat biasa berbeza standard nilai yang menjadi kayu ukur bagi Tuhan Pencipta Alam.
Inilah yang menjadikan modal bagi pihak musuh untuk mengharu birukan saf kepimpinan ditambah adu domba pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu ataupun untuk kelihatan bersama pimpinan.
Semua pihak perlu merujuk semua perkara berdasarkan Al Quran dan Sunnah dan Qias ulama' dan dapatlah kiranya kita muhasabah diri tentang matlamat perjuangan asal kita dijadikan Allah. Hujah Al Quran dan Hadis memberikan ruang dan peluang untuk kita bergerak melalui landasan masing-masing , namun yang paling penting untuk setiap ahli jamaah tahu bahawa matlamat terpenting adalah keredoaan Allah.
Ketika ini media amat berperanan penting dalam mengadu domba sesuatu berita , maka buat pejuang ikhlas dan istiqamah maka haruslah waspada sesuatu berita itu , selidikilah dahulu , kalau boleh dapatkanlah berita terus dari empunya diri.
Kelemahan kita yang sering mengambil mudah komunikasi ini diintai peluang oleh puak berkepentingan menghancurkan saf kepimpinan.
Bertaubatlah kita atas kesilapan dan kealpaan kita mengurus sedikit kemenangan ini , rujuklah pandangan ulama , rujuklah sesuatu perkara itu menerusi mesyuarah dengan sopan dan beradab.
Kalau sesuatu itu tidak jelas maka bersabarlah dan tunggulah ketikanya penmjelasan akan tiba.
PAS adalah suatu parti dakwah yang dicemburui musuh kerana ketaatan ahlinya yang memberi imfak dan tenaga wang ringgit ikhlas untuk perjuangan.Maka haruslah pimpinan berhati-hati seperti mana hadis pun ada memberitahu tatkala datang suatu berita maka selidikilah kebenarannya. Nabi Muhammad juga tidak terlepas daripada kerenah yang berlaku sekarang ini.Paling penting rujukilah perlembagaan Parti Al Quran dan Hadis Rasul S.A.W.
Saya bukanlah ahli parti yang amat aktif mahupun cergas namun sayangkan suatu jamaah
PAS sebagai wadah dakwah dalam mempertahankan kesucian Islam....

No comments:

There was an error in this gadget