Thursday, November 26, 2009

Husam Lebih Layak Untuk Kabinet Pakatan...?

Husam berhak menolak pengganti Nik Aziz , Ahmad Yaakub dilihat lebih sesuai dan cocok untuk jawatan itu andai Nik Aziz berundur. Pada firasat teman Husam lebih layak untuk menduduki Kabinet Pakatan Rakyat jika diizinkanNya untuk memerintah Malaysia.
Husam mempunyai sifat dan kelakuan serta kebijaksanaan untuk digunapakai memerintah Malaysia. Beliau lebih layak untuk itu jika dibandingkan jawatan Menteri Besar Kelantan...

Tuesday, November 24, 2009

Ariffahmi Dinasihati Letak Jawatan...? menyusul pula Nazir Dinasihati Letak Jawatan?

Apa bezanya Ariffahmi, CEO anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan dengan Nazir Razak , tokeh CIMB ?
Nik Aziz berani dan terbuka boleh meminta Ariffahmi meletak jawatan ...bagaimana Najib pula boleh ke suruh Nazir letak jawatan?
Ariffahmi mungkin disebabkan soal penajaan haji...Nazir pula memiliki saham jutaan ringgit?
Kita tunggu pula bagaimana Najib ingin membersihkan namanya atas segala kemelut isu saham CIMB itu?
Itulah perbezaan antara pimpinan Pakatan dengan Be End...pemimpin Pakatan berani berdepan masalah lalu diselesaikan secara hikmah...manakala Be End masing-masing mengelak dan memberi jawapan no comment....
Tuan-tuan lihatlah sendiri permainan duniawi ini....

Friday, November 20, 2009

Melayu Mati Tak Jadi Isu..India Mati..Cina Mati Riuh Sekampung..?

Kematian pemuda Melayu Perlis , Mohamad Taufik Noorzan , 21 tahun yang dikatakan mengamuk dan menyerang polis ditembak mati ...itulah yang menyayat hati..apabila anak yang dijagai..disusui..hingga besar akhirnya mati ditembak...polis.
Semudah itu polis menembak bahagian organ penting yang mengakibatkan kematian..persoalannya mengapa tidak ditembak di kaki atau peha dan sebagainya..?
Perkara ini memalukan berlaku di negara sendiri yang mengslogankan Ketuanan Melayu..mana ada ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu hanya milik orang-orang kaya dan mewah..bagi golongan miskin dan sederhana nyawa kamu tidak penting..
Ahli Parlimen Melayu tak kira parti mana perlu membawa isu ini untuk dikaji seterusnya Penubuhan Suruhanjaya DiRaja perlu menyiasat kematian ini agar ianya memberi keadilan semua pihak.
Ada yang menuduh polis tak ikut prosedur..ada yang menuduh mangsa ganas dan sebagainya..mana satu yang betul?
Kita menharapkan agar semua rakyat mendapat pembelaaan sewajarnya tak kira Melayu , Cina ataupun India..jangan bila kes Kugan yang disyaki pencuri kereta kita bising..kes Teoh mati kita huru hara ..bila kes peniaga kecil Melayu kita lembik macam tikus..soal lain saya tak tahu...kes ini perlu diketengahkan....

Thursday, November 19, 2009

Beza Pakatan Rakyat Dengan Be End...

Apabil melihatkan Ketua Pemuda MCA dan Ketua Wanita nya dipecat maka sudah diduga Be End memang parti yang apabila ketua tidak sependapat maka habislah tamat karier politiknya. Itulah yang terjadi sepertimana sejarah telah melakar kisah Anwar-Mahathir , Musa-Mahathir , Mahathir-Razaleigh . Kisah sedih ini belum lagi terjadi didalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menang dari segi moralnya mempunyai pemimpin yang meletakkan moral dan etika serta agama dihadapan , maka segala perjuangan adalah suci.
Manusia memang sentiasa membuat kesalahan tetapi janganlah jadi seperti Be End , ada kesalahan besar pun dipejam mata buat tak tau..tapi akhirnya diri sendiri yang rugi.Masyarakat antarabangsa tidak lagi memandang hebat Malaysia kerana penuh masalah yang terpendam. Kisah Altantuya dibunuh oleh polis , kisah PKFZ yang melibatkan bilion ringgit , kisah pengaturan hakim-hakim oleh King of Law / Linggam dan banyak lagi yang menyebabkan negara akan hancur. Tiada lagi pelabur asing yang suka menjejak kaki ke Malaysia , yang adapun menunggu nak cabut...apa le nak jadi Malaysia ni?
Dudulah rakyat Malaysia di bawah tempurung...namun jika rakyat Malaysia memberi Pakatan memerintah mungkin ada sedikit ruang untuk memperbaiki diri. Kita sudah kesuntuntukan masa..semakin lama semakin menjunam negara kita seperti kapal Titanic yang akan tenggelam tak lama lagi...

Tuesday, November 17, 2009

Anwar Tak Pandai Ekonomi...Tun Dr Mahathir..

Tun cakap Anwar tak pandai ekonomi...yang Tun pi lantik dia masa dulu tu apa...? Tun ni kalau cakap ikut sedap mulut..tak guna akai...dulu dia cakap orang Melayu mudah lupa...sapa yang mudah lupa...? Tun ni eloknya pergilah buat rawatan takut-takut ada penyakit Alzhemeir...rasanya penyakit lupa lani...salah satu tandanya...walaupun TUn ni bekas doktor..tapi dah lama tinggai cuma dia ingat dia pakar ekonomi...setakat tak ambik IMF dia ingat dia pandai...la ni ekonomi merudum..FDI merosot salah Anwar ke?
Rasenya bukan Anwar Menteri Kewangan sekarang...mungkin Tun mudah lupa...biasale pepatah melayu "mengata orang awak yang lebih"...
Tun sebenarnya cuba menutup kelemahan diri sendiri namun rakyat dah tahu..penghormatan kita setakat respect kat orang lame je...

SPR Cari Helah..Lagi..Mana Tahu Ada Lubang?

SPR mencari helah ataupun ruang untuk menghalang pengosongan oleh Mahkamah Tinggi KL terhadap keputusan DUN Seputeh Dikosongkan. Inilah wajah sebenar yang ditonjolkan oleh Pengerusi SPR yang kononnya menjunjung keluhuran perlembagaan.
Sebenarnya tindakan mereka ini bodoh dan akan menyusahkan generasi akan datang..semua perkara pasti tertangguh dek selepas keputusan Mahkamah Tinggi maka tunggu pula Mahkamah Rayuan seterusnya bangang-bangang ini pergi merayu kepada Mahkamah Persekutuan..akhirnya kosnya semakin tinggi...
Rakyat bolehlah melihat lakonan watak-watak badut di negara kita ini.Akhirnya lakonan mereka ini akan lebih memudaratkan kedudukan negara kita dalam soal ketelusan..maka tuan-tuan tahulah apa akibatnya jangka masa panjang...
Itulah kebodohan penjawat awam yang kononnya demi negara akhirnya merosakkan negara itu sendiri bagaikan tikus membaiki labu....

Wednesday, November 11, 2009

Serangan Demi Serangan..Mungkin PRU 13 Sudah Hampir...?

Media haprak dan semua tunggangan mereka telah menyalak dan terus menyalak mencari kesilapan dan kealpaan Pakatan Rakyat. Ini adalah petanda bahawa sudah semakin hampir kita menghadapi pilihanraya PRU13. Mungkin sesedah sahaja MCA menyelesaikan masalah Be End mungkin akan mengisytiharkan pilihanraya , kemungkinan besar tahun 2010. Kes Perak yang berlarutan dan juga keadaan yang nampak gayanya berjaya mengharu birukan Pakatan Rakyat dengan perkara remeh temeh memungkinkan Be End yakin beroleh kemenangan pada pilihanraya 13 nanti.Pakatan Rakyat sepatutnya terus mengekalkan momentum serangan terhadap Be End shinggalah mereka tidak boleh bernafas lagi. Sekali kita memberi peluang maka tunggulah perancangan mereka yang amat licik dan jahat.
Bagaimana kita hendak menyerang? Sebenarnya banyak isu yang boleh digemblengkan oleh pakar-pakar propaganda dan intelek Pakatan Rakyat namun akibat merasakan Be End itu bersimpati dengan kita maka mereka mengambil peluang terhadap kita. Pakatan Rakyat perlu lebih fokus , asyik bercakaran dan membela diri maka lupalah kita tugas sebenar menghancurkan Be End.Awas Pakatan Rakyat , walaupun kau juga mempunyai masalah namun jika diberikan pilihan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Be End....

Friday, November 6, 2009

Kritikan Prof Aziz Bari..Bukan Semesti Mewakili Semua Bukan Melayu...

Prof Aziz Bari memang dikenali lebih condong kepada Pakatan Rakyat namun penulisan beliau akhir-akhir ini mencetuskan kegemparan seketika buat pendokong Pakatan Rakyat.
PAS mempunyai ahlinya yang matang berfikir dan berpolitik maka keputusannya akan nanti diberikan setelah siasatan Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Kebebasan untuk menulis memang suatu yang dihargai dan kita sepatutnya menghormati tulisan beliau ( Prof Aziz Bari ) tetapi segala keputusan penyingkiran sesiapapun mestilah melalui prosedur yang telah ditetapkan parti. Salahlaku pemimpin akan diteliti samada benar ataupun tidak , kita hendaklah bersabar terhadap kritikan tersebut walaupun agak pahit mendengarnya. Pandangan Prof tidak semestinya benar belaka , penglihatan beliau hanya ketika Bagan Pinang kecundang bukanlah sesuatu yang tepat untuk mengatakan swing bukan Melayu kembali kepada Be End.
Be End mempunyai seribu kesalahan yang tidak dapat ditutup , kemenangan mereka di Bagan Pinang adalah kerana strategi pemasaran dan juga keterbatasan maklumat sampai ke akar umbi. Pengundi di sana juga kurang celik IT , politik bukanlah sesuatu yang penting di sana. Oleh itu meletakkan kesalahan kepada Presiden adalah sesuatu yang kurang tepat namun keseragaman pimpinan PAS seiring visi dan matlamat Pakatan Rakyat perlu diusahakan.

Thursday, November 5, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan..Mahkamah Tertinggi Negara..Implikasi Besar Untuk Negara..

Implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan , mahkamah tertinggi negara amat penting dan ianya menjadi rujukan sejauh mana ketelusan dan integritinya negara Malaysia. Keputusan yang akan keluar nanti bakal memberi imej samada negara ini staraf Great Britain ataupun Myanmar. Kita sudah tidak ada pilihan lagi. Segala penentuan ini ditentukan oleh 5 hakim Persekutan yang akan mengira semua segi sebagai pertimbangan untuk mendapatkan keputusan.
Andai masyarakat dunia memandang keputusan itu buruk maka hasilnya akan dapatlah kita menerimanya setahun dua lagi. Keputusan buruk buat mereka maka pelabur asing mencicit bertempiaran lagi takut hasil mereka dirompak mudah suatu hari nanti.Jika keputusan pada mereka baik maka berduyun-duyunlah pelabur asing ingin melabur kerana pada mereka Malaysia negara telus , berpegang pada janji perjanjian perniagaan.

Siapa MB Perak Yang Sah...?

Baru tahu hari ini menentukan siapa MB Perak yang sah ..bukan apa dah tak kuasa nak mendengarnya ..almaklumlah..sisstem kehakiman negara ini ..dah sebaris dengan kedai kopi..sekejap bagi keputusan ...kemudian halang semula keputusan itu...perkara ini dah terjadi tempohari semasa Mahkamah Tinggi telahpun memutus YAB.Haji Nizar adalah MB Perak yang sah...besoknya keputusan itu dihalang pula dari kuatkuasa..maka inilah kehakiman gula-gula hack ...ngabih duit pembayar cukai...tapi ye lah Pakatan Rakyat dan rakyat Perak betui-betui sabo gile...kalau zaman Tok Gajah ke...zaman Tok Janggut ke...habis dema ni putus kepala...kepala lutut...

Tuesday, November 3, 2009

Laporan Audit Negara...Bukti Mudah Ketirisan Wang Rakyat..Apa Jaminan Kerajaan Untuk Mengambil Tindakan Semua Penyeleweng...

Jabatan Audit Negara telahpun memberikan laporan tahunannya. Seperti selalu banyak perkara pelik berlaku. Suatu produk yang harga di pasaran sekitar 50 ringgit menjadi ratusan rinngit. Servis kereta yang dianggarkan puluhan ribu mencecah ratusan ribu..itulah cerita benar buat negaraku tercinta. Ketirisan dan penyelewengan yang dihadapan mata ..begitu sukar untuk diambil tindakan...mengapa perkara ini berlaku?
Adakah kerana ianya melibatkan kroni dan sahabat maka bukti dihadapan mata ...dengan bukti invoice syarikat pembekal namun perlu lagi jawatankuasa lain ditubuhkan...bukan terus SPRM mengambil tindakan.
Inilah yang menyebabkan kebocoran wang rakyat yang menjadi ikutan pihak pentadbir mengaut keuntungan setelah mempelajari teknik dan taktik mebuat sebut harga daripada pimpinan besar politik .Apa yang nyata rakyat rugi kerana setiap sen yang bocor membantutkan penerimaan kepada golongan yang berhak menikmati nikmat pembangunan negara.
Kerajaan tidak perlu membazir wang seperti mana Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat kes Linggam akhirnya disimpan dibuang begitu sahaja. Lebih baik dari awal lagi tiada siasatan dibuat.Jawatankuasa demi jawatankuasa kekadang dibuat hanya untuk menutup kepincangan tersebut bukan untuk menyelesaikan masalah.

Monday, November 2, 2009

Isu Penangkapan Dr Asri..JAIS Diperkudakan..Ada Percaturan Sulit...

Penangkapan oleh JAIS akan Dr Asri kemungkinan besar siri konspirasi pihak tertentu untuk membusukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa Datuk Hassan Ali adalah exco agama Selangor..maka proses melagakan kedu-dua penyokong puak ini akan berlaku.Yang akan mendapatlkan labanya tahu sajalah...Kita lihat sejauh mana isu ini menggugat pemikiran rakyat Malaysia.
Semua isu ini timbul disebabkan perancangan pihak tertentu mengalihkan pandangan pihak rakyat yang prihatin kepada agama agar bermain-main sekitar isu ini dan memberikan gambaran negetif kepada ulama.
Banyak perkara pelik timbul kesemuanya ada perancangan jahat pihak tertentu untuk menutup pekung kelemahan mereka sendiri.

Krisis Perak..Negeri Menjadi Rebutan...

Negeri Perak amat unik , dengan komposisi penduduknya Melayu , Cina dan India menggambarkan keseluruhan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Peratusan kaumnya memang menggambarkan keseluruhan Malaysia. Semua masyarakat tanpa mengira kaum dapat hidup aman sentosa. Namun kemenangan Pakatan Rakyat , ditambah pula negeri dipimpin oleh Hj Nizar amat menakutkan Be End kerana ketokohan beliau melangkaui batas sempadan perkauman.Hj Nizar memang berkebolehan mempraktis ajaran Islam dalam pentadbiran sudahpun terserlah walaupun saat bahgia itu tak sempat lagi dinikmati akibat perompak terhormat yang tidak tahu malu itu. Islam tidak meminggirkan sesiapapun tanpa mengira bangsa dan agama. Semuanya merasai kenikmatan berada dibawah kepimpinan Hj Nizar.Be End memang inginkan Perak dikuasai semula tak kira bagaimana sekalipun kerana memberikan umur panjang kepada Pakatan Rakyat dibawah pemimpin PAS memberikan kelebihan dan pengaruh PAS di mata bukan Islam. Itulah yang paling ditakuti oelh Be End. Mereka takut andai pemimpin PAS , Hj Nizar dapat merealisasikan ajaran Islam tanpa bantahan daripada bukan Islam maka penamatlah umur Be End itu.Hj NIzar adalah permata yang tumbuh di negeri Perak yang bakal menjadi pemimpin besar suatu hari nanti dan Islam itu diterima sebagai ajaran yang amat adil , saksama untuk seluruh manusia...
There was an error in this gadget