Thursday, November 19, 2009

Beza Pakatan Rakyat Dengan Be End...

Apabil melihatkan Ketua Pemuda MCA dan Ketua Wanita nya dipecat maka sudah diduga Be End memang parti yang apabila ketua tidak sependapat maka habislah tamat karier politiknya. Itulah yang terjadi sepertimana sejarah telah melakar kisah Anwar-Mahathir , Musa-Mahathir , Mahathir-Razaleigh . Kisah sedih ini belum lagi terjadi didalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menang dari segi moralnya mempunyai pemimpin yang meletakkan moral dan etika serta agama dihadapan , maka segala perjuangan adalah suci.
Manusia memang sentiasa membuat kesalahan tetapi janganlah jadi seperti Be End , ada kesalahan besar pun dipejam mata buat tak tau..tapi akhirnya diri sendiri yang rugi.Masyarakat antarabangsa tidak lagi memandang hebat Malaysia kerana penuh masalah yang terpendam. Kisah Altantuya dibunuh oleh polis , kisah PKFZ yang melibatkan bilion ringgit , kisah pengaturan hakim-hakim oleh King of Law / Linggam dan banyak lagi yang menyebabkan negara akan hancur. Tiada lagi pelabur asing yang suka menjejak kaki ke Malaysia , yang adapun menunggu nak cabut...apa le nak jadi Malaysia ni?
Dudulah rakyat Malaysia di bawah tempurung...namun jika rakyat Malaysia memberi Pakatan memerintah mungkin ada sedikit ruang untuk memperbaiki diri. Kita sudah kesuntuntukan masa..semakin lama semakin menjunam negara kita seperti kapal Titanic yang akan tenggelam tak lama lagi...

No comments:

There was an error in this gadget