Monday, November 2, 2009

Krisis Perak..Negeri Menjadi Rebutan...

Negeri Perak amat unik , dengan komposisi penduduknya Melayu , Cina dan India menggambarkan keseluruhan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Peratusan kaumnya memang menggambarkan keseluruhan Malaysia. Semua masyarakat tanpa mengira kaum dapat hidup aman sentosa. Namun kemenangan Pakatan Rakyat , ditambah pula negeri dipimpin oleh Hj Nizar amat menakutkan Be End kerana ketokohan beliau melangkaui batas sempadan perkauman.Hj Nizar memang berkebolehan mempraktis ajaran Islam dalam pentadbiran sudahpun terserlah walaupun saat bahgia itu tak sempat lagi dinikmati akibat perompak terhormat yang tidak tahu malu itu. Islam tidak meminggirkan sesiapapun tanpa mengira bangsa dan agama. Semuanya merasai kenikmatan berada dibawah kepimpinan Hj Nizar.Be End memang inginkan Perak dikuasai semula tak kira bagaimana sekalipun kerana memberikan umur panjang kepada Pakatan Rakyat dibawah pemimpin PAS memberikan kelebihan dan pengaruh PAS di mata bukan Islam. Itulah yang paling ditakuti oelh Be End. Mereka takut andai pemimpin PAS , Hj Nizar dapat merealisasikan ajaran Islam tanpa bantahan daripada bukan Islam maka penamatlah umur Be End itu.Hj NIzar adalah permata yang tumbuh di negeri Perak yang bakal menjadi pemimpin besar suatu hari nanti dan Islam itu diterima sebagai ajaran yang amat adil , saksama untuk seluruh manusia...

No comments:

There was an error in this gadget