Friday, November 6, 2009

Kritikan Prof Aziz Bari..Bukan Semesti Mewakili Semua Bukan Melayu...

Prof Aziz Bari memang dikenali lebih condong kepada Pakatan Rakyat namun penulisan beliau akhir-akhir ini mencetuskan kegemparan seketika buat pendokong Pakatan Rakyat.
PAS mempunyai ahlinya yang matang berfikir dan berpolitik maka keputusannya akan nanti diberikan setelah siasatan Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Kebebasan untuk menulis memang suatu yang dihargai dan kita sepatutnya menghormati tulisan beliau ( Prof Aziz Bari ) tetapi segala keputusan penyingkiran sesiapapun mestilah melalui prosedur yang telah ditetapkan parti. Salahlaku pemimpin akan diteliti samada benar ataupun tidak , kita hendaklah bersabar terhadap kritikan tersebut walaupun agak pahit mendengarnya. Pandangan Prof tidak semestinya benar belaka , penglihatan beliau hanya ketika Bagan Pinang kecundang bukanlah sesuatu yang tepat untuk mengatakan swing bukan Melayu kembali kepada Be End.
Be End mempunyai seribu kesalahan yang tidak dapat ditutup , kemenangan mereka di Bagan Pinang adalah kerana strategi pemasaran dan juga keterbatasan maklumat sampai ke akar umbi. Pengundi di sana juga kurang celik IT , politik bukanlah sesuatu yang penting di sana. Oleh itu meletakkan kesalahan kepada Presiden adalah sesuatu yang kurang tepat namun keseragaman pimpinan PAS seiring visi dan matlamat Pakatan Rakyat perlu diusahakan.

No comments:

There was an error in this gadget