Tuesday, November 3, 2009

Laporan Audit Negara...Bukti Mudah Ketirisan Wang Rakyat..Apa Jaminan Kerajaan Untuk Mengambil Tindakan Semua Penyeleweng...

Jabatan Audit Negara telahpun memberikan laporan tahunannya. Seperti selalu banyak perkara pelik berlaku. Suatu produk yang harga di pasaran sekitar 50 ringgit menjadi ratusan rinngit. Servis kereta yang dianggarkan puluhan ribu mencecah ratusan ribu..itulah cerita benar buat negaraku tercinta. Ketirisan dan penyelewengan yang dihadapan mata ..begitu sukar untuk diambil tindakan...mengapa perkara ini berlaku?
Adakah kerana ianya melibatkan kroni dan sahabat maka bukti dihadapan mata ...dengan bukti invoice syarikat pembekal namun perlu lagi jawatankuasa lain ditubuhkan...bukan terus SPRM mengambil tindakan.
Inilah yang menyebabkan kebocoran wang rakyat yang menjadi ikutan pihak pentadbir mengaut keuntungan setelah mempelajari teknik dan taktik mebuat sebut harga daripada pimpinan besar politik .Apa yang nyata rakyat rugi kerana setiap sen yang bocor membantutkan penerimaan kepada golongan yang berhak menikmati nikmat pembangunan negara.
Kerajaan tidak perlu membazir wang seperti mana Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat kes Linggam akhirnya disimpan dibuang begitu sahaja. Lebih baik dari awal lagi tiada siasatan dibuat.Jawatankuasa demi jawatankuasa kekadang dibuat hanya untuk menutup kepincangan tersebut bukan untuk menyelesaikan masalah.

No comments:

There was an error in this gadget