Friday, November 20, 2009

Melayu Mati Tak Jadi Isu..India Mati..Cina Mati Riuh Sekampung..?

Kematian pemuda Melayu Perlis , Mohamad Taufik Noorzan , 21 tahun yang dikatakan mengamuk dan menyerang polis ditembak mati ...itulah yang menyayat hati..apabila anak yang dijagai..disusui..hingga besar akhirnya mati ditembak...polis.
Semudah itu polis menembak bahagian organ penting yang mengakibatkan kematian..persoalannya mengapa tidak ditembak di kaki atau peha dan sebagainya..?
Perkara ini memalukan berlaku di negara sendiri yang mengslogankan Ketuanan Melayu..mana ada ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu hanya milik orang-orang kaya dan mewah..bagi golongan miskin dan sederhana nyawa kamu tidak penting..
Ahli Parlimen Melayu tak kira parti mana perlu membawa isu ini untuk dikaji seterusnya Penubuhan Suruhanjaya DiRaja perlu menyiasat kematian ini agar ianya memberi keadilan semua pihak.
Ada yang menuduh polis tak ikut prosedur..ada yang menuduh mangsa ganas dan sebagainya..mana satu yang betul?
Kita menharapkan agar semua rakyat mendapat pembelaaan sewajarnya tak kira Melayu , Cina ataupun India..jangan bila kes Kugan yang disyaki pencuri kereta kita bising..kes Teoh mati kita huru hara ..bila kes peniaga kecil Melayu kita lembik macam tikus..soal lain saya tak tahu...kes ini perlu diketengahkan....

2 comments:

baginda® said...

siapa yg mati? kenapa tiada sebarang berita atau sy terlepas berita ni?

azhar said...

Dia seorang pemuda Melayu...berniaga di Perlis...berita dalam Berita Harian..minggu lepas...

There was an error in this gadget