Wednesday, November 11, 2009

Serangan Demi Serangan..Mungkin PRU 13 Sudah Hampir...?

Media haprak dan semua tunggangan mereka telah menyalak dan terus menyalak mencari kesilapan dan kealpaan Pakatan Rakyat. Ini adalah petanda bahawa sudah semakin hampir kita menghadapi pilihanraya PRU13. Mungkin sesedah sahaja MCA menyelesaikan masalah Be End mungkin akan mengisytiharkan pilihanraya , kemungkinan besar tahun 2010. Kes Perak yang berlarutan dan juga keadaan yang nampak gayanya berjaya mengharu birukan Pakatan Rakyat dengan perkara remeh temeh memungkinkan Be End yakin beroleh kemenangan pada pilihanraya 13 nanti.Pakatan Rakyat sepatutnya terus mengekalkan momentum serangan terhadap Be End shinggalah mereka tidak boleh bernafas lagi. Sekali kita memberi peluang maka tunggulah perancangan mereka yang amat licik dan jahat.
Bagaimana kita hendak menyerang? Sebenarnya banyak isu yang boleh digemblengkan oleh pakar-pakar propaganda dan intelek Pakatan Rakyat namun akibat merasakan Be End itu bersimpati dengan kita maka mereka mengambil peluang terhadap kita. Pakatan Rakyat perlu lebih fokus , asyik bercakaran dan membela diri maka lupalah kita tugas sebenar menghancurkan Be End.Awas Pakatan Rakyat , walaupun kau juga mempunyai masalah namun jika diberikan pilihan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Be End....

2 comments:

Anonymous said...

mungkin, d tpt aku baru2 ini semua ajk umno menghadiri kursus BTN. ??

baginda® said...

betul2 tempat aku pun same... kalau ada cance aku letak gambar surat tu kat blog

National Geographic POD