Wednesday, December 30, 2009

Kehilangan Enjin..Menteri Sebelum Ini Tak Tahu?

Kehilangan enjin jet pejuang negara yang berlaku kira-kira 3 tahun dahulu baru dikesan oleh Menteri Pertahanan , Zahid Hamidi baru-baru ini. Beginilah rupanya penyelewengan yang berlaku di negara kita , Malaysia. Peristiwa sebeginilah yang menyebabkan kejatuhan merit negara kita di mata dunia. Namun persoalannya mengapa ianya ditimbulkan sekarang?
Ini adalah helah pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan dan perencanaan yang lebih besar tatkala pendedahan Bala mengenai kes Altantuya yang menjadi isu lebih penting. Pendedahan isu enjin sekitar ratusan juta dianggap lebih berbaloi jika dibandingkan tampuk kekuasaan yang boleh memberi impak yang lebih besar. Kini skandal PFKZ dan Altantuya sudah dapat dikendurkan dengan pendedahan isu enjin ini.

Tuesday, December 22, 2009

Dengar Cerita ...Ada Yang Runtuh...di Trengganu...Bestari...

Malaysia , negara yang terkenal dengan runtuh....dinding runtuh...di Perak.., jambatan runtuh juga di Perak , bangunan runtuh di Perak juga , stadium runtuh..di Trengganu ,
durian runtuh...ketika jualan penghujung tahun...banyak yang runtuh..tapi rakyat Malaysia ni kira bersopan -santun...atas kesantunan itulah habih dikorjekan oleh orang-orang atas....pemimpin politik le...ketuanan Melayulah...ketuanan Islam Melayu konon...tapi bila bertindak lebih daripada Amerika atau Zionis..fikirlah rakyatku sampai bila?
sampai semuanya dah tergadai...ini kesilapan kita memilih pemimpin korup...bila pemimpin korup maka ...anak buah pun ikut korup jugak...sebab depa cakap...bos lagi banyak makan...aku sikit je...kalau aku kena ...bos pun akan kena jugak....
Politik sebanarnya memberi ruang buat rakyat menentukan tindak tanduk pemerintah...maka ayuh ramai-ramai kita ubah...tunggu PRU13 nanti kita pukui habih...baru lega sikit...banyak lagi korje lepah tu...kakitangan kerajaan pun kena basuh jugak...yelah pemikiran depa masih takat lama...masih sayang kat Be End...yang atas je...yang bawah dah tau...tau tak peeee.........

Friday, December 18, 2009

Soal GST...Kalau Bantahan Rakyat Tak Didengari...Kerajaan Bagi Rakyat Demo Lagi...?

Kerajaan Malaysia kini diibaratkan seperti 'anjing menyalak bukit' memberi layanan kepada rakyat Malaysia. GST , cukai yang akan dikenakan kepada barangan terpilih pastinya akan menyebabkan harga barangan naik. Seterusnya ianya menyebabkan bajet keperluan hidup meningkat. Ini akan membebankan rakyat , setiap sen yang dicari akan menampung cukai GST tersebut.Andai ini berlaku rakyat mahu tidak mahu akan mencari pihak yang akan memperjuangkan nasib mereka. Rakyat pastinya akan menyokong gerakan antiGST andai Pakatan Rakyat mengambil isu ini sebagai isu penting buat rakyat. Wang rakyat yang dibazirkan melalui projek kerajaan yang terlebih nilai yang memberi keuntungan kepada kronilah yang menyebabkan wang negara bocor. Perasuah dan pemakan rasuah tidak digembur sebaliknya rakyat yang dikenakan pelbagai cukai kononnya untuk pembangunan negara. Inilah slogan yang menyatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanyalah slogan biasa pemimpin baru yang ingin memukau rakyat walhal kosong semata-mata. GST perlu ditolak oleh rakyat atau negara makin lama menuju kehancuran...

Thursday, December 17, 2009

SPRM Siasat Pemberian Lot Tanah di Gopeng?

SPRM sememangnya jelas merupakan alat pemerintah nasional untuk menaikkan nama individu yang sedang mengalami kemerosotan nilai di pasaran antarabangsa. Semua rakyat kenal dan tahu siapa yang dimaksudkan...
Tindakan SPRM lebih bersifat politik dan sememangnya ianya bermotifkan politik. Mengkambinghitamkan seseorang untuk menutup banyak kesalahan beliau ketika ini merupakan tindakan yang sudah dapat dibaca oleh rakyat sekelian. Zambry hanyalah pemimpin kudeta yang mengikut arahan bosnya dalam rampasan kuasa dekad ini , namun beliau memang bukanlah orang pilihan Najib. Dalam hal ini tindakan SPRM ingin cuba menyiasat kes pemberian lot tanah untuk orang miskin di Gopeng yang telah disalahguna untuk kepentingan kroni politik adalah tindakan untuk menggantikan Zambry dengan orang yang lebih hampir dan rapat dengan Najib. Najib tidak akan dipersalahkan kerana ini adalah tanggungjawab SPRM kononnya untuk membenteras rasuah.Akhirnya Zambry akan menjadi bekas Menteri Besar sahaja. Ketika itu barulah beliau meyakini bahawa beliau hanyalah alat semata-mata. SPRM tidak akan bertindak melainkan keuntungan buat Be End selamanya...

Wednesday, December 16, 2009

Ramai MP Tidak Hadir...Membazir Wang Rakyat...

Ketidak hadiran ramai Ahli Parlimen ketika usul bajet kewangan diluluskan baru-baru ini amatlah mengecewakan. Sidang Parlimen bukanlah lama sangat namun mereka boleh tidak hadir.Mereka ini perlulah ditolak oleh rakyat melainkan ada sebab munasabah yang menyebabkan ketidakhadiran mereka. Elaun mereka ribu-ribu ...semuanya cukai pendapatan dan hasil wang negara...mereka ini pengkhianat rakyat....

Saturday, December 5, 2009

Akhirnya Che Det Mengaku Jua...UMNO Busuk Hingga Ke Usus...Shit....

Karya SHIT oleh Prof Shahnon Ahmad , Sasterawan Negara era 90an akhirnya diterima oleh Che Det , Tun Mahathir ketika beliau sudah tiada kuasa lagi. Pengakuan ikhlas ini andai ketika beliau memerintah dulu...pasti ada sedikit perubahan buat UMNO , mungkin namun ianya bak kata pepatah " nasi sudah menjadi bubur"...salah aku jua dulu ...hal kecik akhirnya aku tendang Anwar...sejak itu pelbagai bala menimpa dek sumpahan Anwar...Malaysia tidak aman lagi...banyak sangat korupsi..menyesal tak berguna..andai Anwar diberikan penghormatan dulu...diberikan menjadi PM...mungkin hajat Pakatan Rakyat tidak dapat muncul di khalayak...itulah QugratNya menentukan..kita insan rancanglah sehabat hebat rancangan namun akhirnya Allah jualah Yang Maha Hebat RancanganNya...
SHIT mengesahkan busuknya taik dari usus sehinggalah keluar...wow...mengaku kalah jua Che Det...bukan mudah panglima berantai ini mengaku kalah...yang pasti janganlah dihina pandangan khalayak...teliti dahulu mungkin ada betul...mungkin ada silap...semua manusia pasti ada melakukan kesilapan. Yang terbaik jika silap undur tindakan...jika tak baik minta maaflah..tiada satu kerugian jika kita memohon maaf...itulah terbaik...janganlah menurut ego ketika menjadi pemimpin...ego itu baik namun kadang-kadang syaitan yang menjadi teman...

Wednesday, December 2, 2009

Kemelut Kickdefella Vs ArifFahmi...Isu Perlu Segera Diselesaikan

Ketika Pak Lah diserang oleh persepsi kerajaan anak beranak ...maka TGNA juga tidak terlepas dari isu ini ketika Ariffahmi menjadi CEO anak syarikat negeri Kelantan. Memang untuk klalayak ramai tidak begitu memahami isu sebenarnya namun , lantikan anak menantu dalam sesuatu organisasi pasti membawa buat mulut khalayak. Seharusnya pimpinan memikirkan baik buruk dan badai gelora yang akan menimpa andai lantikan tertentu dibuat walaupun pada dasarnya seseorang individu itu layak. Itulah yang terjadi ketika Saidina Osman Affan R.A. yang melantik ramai kalangan keluarga menjadi orang besar pimpinan negara. Kita juga harus akur bagaimana perencanaan Allah , Nabi Muhammad tiada memiliki anak lelaki yang hidup membesar yang menjadi lelaki dewasa. Kesemuanya wafat ketika usia masih kecil , pastilah ada rahsia Allah menjadikannya begitu.
Begitu juga kita lihat tatkala Tun Mahathir tidak memberikan lampu hijau pada mana-mana pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada anak beranak beliau peluang politik menjadi Pak Menteri dan sebagainya , yang kedengaran adalah ramai anak Tun ahli perniagaan. Ini memberi sedikit kelebihan pada Tun sehinggalah dapat bertahan sekitar 22 tahun . Tidak dinafikan sebagai anak PM pastilah ruang dan peluang perniagaan lebih mudah dan besar dapat dicapai. PAS perlu redo apa musibah yang melanda , sabar dalam ketentuanNya yang mana sekarang PAS terkebelakang sedikit dek serangan dan kelemahan yang wujud dalam tindakan dan perencanaan. Atas dasar Islam PAS memang masih mengungguli senarai badan politik popular , cuma tindakan dan perencaaan perlu lebih fokus dan teratur tambahan menghadapi era IT yang sungguh canggih , maka perlulah berhati-hati dalam tindakan dan percakapan. Politik ini kadangkala bersifat persepsi , yang perlu ditangani secara hemah dan bijak...
There was an error in this gadget