Wednesday, December 2, 2009

Kemelut Kickdefella Vs ArifFahmi...Isu Perlu Segera Diselesaikan

Ketika Pak Lah diserang oleh persepsi kerajaan anak beranak ...maka TGNA juga tidak terlepas dari isu ini ketika Ariffahmi menjadi CEO anak syarikat negeri Kelantan. Memang untuk klalayak ramai tidak begitu memahami isu sebenarnya namun , lantikan anak menantu dalam sesuatu organisasi pasti membawa buat mulut khalayak. Seharusnya pimpinan memikirkan baik buruk dan badai gelora yang akan menimpa andai lantikan tertentu dibuat walaupun pada dasarnya seseorang individu itu layak. Itulah yang terjadi ketika Saidina Osman Affan R.A. yang melantik ramai kalangan keluarga menjadi orang besar pimpinan negara. Kita juga harus akur bagaimana perencanaan Allah , Nabi Muhammad tiada memiliki anak lelaki yang hidup membesar yang menjadi lelaki dewasa. Kesemuanya wafat ketika usia masih kecil , pastilah ada rahsia Allah menjadikannya begitu.
Begitu juga kita lihat tatkala Tun Mahathir tidak memberikan lampu hijau pada mana-mana pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada anak beranak beliau peluang politik menjadi Pak Menteri dan sebagainya , yang kedengaran adalah ramai anak Tun ahli perniagaan. Ini memberi sedikit kelebihan pada Tun sehinggalah dapat bertahan sekitar 22 tahun . Tidak dinafikan sebagai anak PM pastilah ruang dan peluang perniagaan lebih mudah dan besar dapat dicapai. PAS perlu redo apa musibah yang melanda , sabar dalam ketentuanNya yang mana sekarang PAS terkebelakang sedikit dek serangan dan kelemahan yang wujud dalam tindakan dan perencanaan. Atas dasar Islam PAS memang masih mengungguli senarai badan politik popular , cuma tindakan dan perencaaan perlu lebih fokus dan teratur tambahan menghadapi era IT yang sungguh canggih , maka perlulah berhati-hati dalam tindakan dan percakapan. Politik ini kadangkala bersifat persepsi , yang perlu ditangani secara hemah dan bijak...

No comments:

There was an error in this gadget