Friday, December 18, 2009

Soal GST...Kalau Bantahan Rakyat Tak Didengari...Kerajaan Bagi Rakyat Demo Lagi...?

Kerajaan Malaysia kini diibaratkan seperti 'anjing menyalak bukit' memberi layanan kepada rakyat Malaysia. GST , cukai yang akan dikenakan kepada barangan terpilih pastinya akan menyebabkan harga barangan naik. Seterusnya ianya menyebabkan bajet keperluan hidup meningkat. Ini akan membebankan rakyat , setiap sen yang dicari akan menampung cukai GST tersebut.Andai ini berlaku rakyat mahu tidak mahu akan mencari pihak yang akan memperjuangkan nasib mereka. Rakyat pastinya akan menyokong gerakan antiGST andai Pakatan Rakyat mengambil isu ini sebagai isu penting buat rakyat. Wang rakyat yang dibazirkan melalui projek kerajaan yang terlebih nilai yang memberi keuntungan kepada kronilah yang menyebabkan wang negara bocor. Perasuah dan pemakan rasuah tidak digembur sebaliknya rakyat yang dikenakan pelbagai cukai kononnya untuk pembangunan negara. Inilah slogan yang menyatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanyalah slogan biasa pemimpin baru yang ingin memukau rakyat walhal kosong semata-mata. GST perlu ditolak oleh rakyat atau negara makin lama menuju kehancuran...

No comments:

There was an error in this gadget