Thursday, December 17, 2009

SPRM Siasat Pemberian Lot Tanah di Gopeng?

SPRM sememangnya jelas merupakan alat pemerintah nasional untuk menaikkan nama individu yang sedang mengalami kemerosotan nilai di pasaran antarabangsa. Semua rakyat kenal dan tahu siapa yang dimaksudkan...
Tindakan SPRM lebih bersifat politik dan sememangnya ianya bermotifkan politik. Mengkambinghitamkan seseorang untuk menutup banyak kesalahan beliau ketika ini merupakan tindakan yang sudah dapat dibaca oleh rakyat sekelian. Zambry hanyalah pemimpin kudeta yang mengikut arahan bosnya dalam rampasan kuasa dekad ini , namun beliau memang bukanlah orang pilihan Najib. Dalam hal ini tindakan SPRM ingin cuba menyiasat kes pemberian lot tanah untuk orang miskin di Gopeng yang telah disalahguna untuk kepentingan kroni politik adalah tindakan untuk menggantikan Zambry dengan orang yang lebih hampir dan rapat dengan Najib. Najib tidak akan dipersalahkan kerana ini adalah tanggungjawab SPRM kononnya untuk membenteras rasuah.Akhirnya Zambry akan menjadi bekas Menteri Besar sahaja. Ketika itu barulah beliau meyakini bahawa beliau hanyalah alat semata-mata. SPRM tidak akan bertindak melainkan keuntungan buat Be End selamanya...

No comments:

There was an error in this gadget