Friday, January 29, 2010

Awas Pilihanraya Semakin Hampir..Pilihanraya Perak....

Menurut sumber dipercayai ...maka desusnya berbunyi DUN Perak bakal dibubar sebelum keputusan MB Sah oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan demi maruah kononnya. Pada firasat saya kemungkinan besar memang ianya terpaksa dilakukan kerana jika keputusan keluar memihak kepada Nizar ianya memberi gambaran buruk psikologi terhadap Zambry.
Maka wajarlah Zambry membubarkan DUN demi menjaga maruah agar lebih baik daripada Nizar yang akan bubarkan DUN.
Apabila Nizar membubarkan DUN tatkala kemenangan diberikan kepada beliau maka ianya menambahkan merit politik buat Nizar yang berpegang kepada janji untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Perak seterusnya membubarkan DUN. Ketika ini Zambry tiada pilihan lain melainkan membubarkan DUN sebelun keputusan keluar.Andailah keputusan keluar dahulu maka saham politik Zambry menurun kerana tidak mempunyai firasat politik jauh yang bermaruah.
Nizar , walaupun mengetahui bahawa sokongan kaum Melayu sedikit merosot terhadap Pakatan namun atas dasar kepercayaan kepada demokrasi dan undang-undang akan tetap meneruskan hajat membubarkan DUN dan memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Inilah kelebihan Hj Nizar yang wajar dijadikan contoh oleh semua pihak tak kira Be End ataupun Pakatan Rakyat. Beliau berpegang pada janji....itulah kualiti pemimpin Rakyat...

Tuesday, January 26, 2010

Pendedahan TV3 Adalah Fitnah...

Pendedahan TV3 kononnya Pembantu Khas Hj Nizar ditahan kes penyelewengan amatlah tidak bertanggungjawab.Berita seumpama ini sememangnya membantu kepada Be End yang telahpun semput memikirkan samada mereka yang menang ataupun tidak. Senario ini mendekatkan lagi desus-desus pilihanraya akan berlaku tak lama lagi.
Keputusan Mahkamah Persekutuan mestilah memihak kepada Nizar , jika tidak sistem kehakiman negara tiada nilai langsung buat dunia. Semakin lama imej negara Malaysia semakin menjunam , tida nilai politik , tiada nilai ekonomi dan bukanlah suatu destinasi baik buat pelabur asing...itulah realitinya.
Propaganda dan fitnah yang dibuat oleh TV3 ini memang mengesahkan hampirnya pilihanraya , Be End pula berasa senang dengan situasi kononnya Pakatan Rakyat sudah ditinggalkan...ya mungkin ...ataupun tidak...Namun Nizar sebagai anak jantan apabila memenangi jawatan maka beliau tidak teragak-agak akan membubarkan DUN. Mungkin sekarang SPR telahpun memasang perangkap begitu juga agensi lain yang sedang berusaha menjatuhkan Pakatan Rakyat ..biasale kerja golongan ini..namun disitu jangan lupa kita pada yang Maha Esa yang bakal menentukan segalanya .Apapun Pakatan Rakyat akan berusaha menurut saluran untuk mempertahankan hak rakyat Perak...
Undilah Pakatan Rakyat...lebih adil...lebih terbuka...lebih telus...Be End hanyalah berita gembira buat kroni dan sahabat....

Thursday, January 21, 2010

SPR Bercadang Perluas Undi Pos...

SPR yang bertuankan Kerajaan Pusat buat masa ini pastinya akan memberikan taat setia ,komitmen dan pengorbanan ,sumbangan agar Be End terus lagi memerintah negara ini. Cadangan memperluaskan undi pos bagi kakitangan penting...tak tahulah apa standard penting itu..agar mereka ini mengundi secara pos , menjurus kepada penyelewengan dan undur belakang terhadap demokrasi. SPR telahpun mengkaji pola pengundian secara undi pos yang pastinya memihak kepada Be End.
Kalau perkara ini berlaku tak perlulah parti-parti politik kita membazirkan wang dan tenaga , pasti semuanya akan tumbang kecuali satu dua untuk melegakan pihak Pakatan Rakyat. Kala itu pemboikotan terhadap pilihanraya adalah wajar....

Friday, January 15, 2010

Isu Nama Allah Untuk Melonjak Populariti UMNO...

Tatkala negara berdepan dengan kemungkinan berlaku sesuatu perkara buruk , ketika itulah PM dan TPM pergi meninggalkan negara dibawah kawalan Menteri KDN , Hishamuddin. Senario ini mengingatkan kita kembali bagaimana Tun Mahathir pergi ke China dan ketika itu Musa Hitam yang memangku jawatan , insiden Memali berlaku.
Kita tidak menuduh sesiapa namun apa logiknya pemergian Najib dan Muhyiddin ke luar negara dalam situasi begini. Atau apakah ada rancangan mereka untuk mengkambinghitamkan seseorang ataupun sekelompok rakyat?
Para polis dan tentera diingatkan waspada jangan terperangkap dalam permainan politik murahan yang boleh mengakibatkan kehancuran maha dahsyat yang mulanya kita anggap tidak akan terjadi. Inilah akibatnya apabila kita mencuba mencari formula untuk kepentingan sendiri yang akhirnya memakan diri. Mungkin perkara sebegini dirancang segelintir pihak yang akan mengaut labanya sedikit masa lagi? Api kemuncaknya apabila KDN mengeluarkan arahan larangan penggunaan nama Allah oleh pihak gereja , seterusnya Mahkamah Tinggi pula cepat sahaja mengeluarkan keputusannya seterusnya menaikkan api kemarahan umat Islam.
Kalau kerajaan serius mengapa tidak ditangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ini sepertimana mereka menangguh keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu MB Perak yang sehingga kini tiada keputusannya?
Inilah yang dipersoalkan atau apabila mereka melihat keuntungan jika isu ini berlarutan maka , kita biarkanlah...
Keputusan biarkanlah itulah yang membahayakan buat rakyat. Rakyat pada hemat saya memahami situasi ini , cuma segelintir mereka yang ingin menangguk air keroh sahaja yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini. UMNO sebuah parti kebangsaan bukanlah betul-betul ikhlas mempertahankan agama Allah , jikalau betul mereka perlulah menggubah undang-undang murtad ataupun membuat bendungan ke atas banyak program maksiat sana sini .Ini tidak ...cuma apabila adanya kepentingan tertentu maka barulah mereka muncul. Saya menjangkakan pilihanraya ke 13 tak lama lagi berdasarkan situasi begini dan juga kelihatan program pihak pemerintah seperti Juara Rakyat dan sebagainya. Kemungkinan awal tahun 2011 ataupun penghujung 2010 adalah masa sesuai buat mereka setelah mendapat hasil dan untung isu-isu berkaitan.

Saturday, January 9, 2010

Apa Motif Sebalik Isu Nama Allah....

Isu ini sebenarnya dijana dan dirancang untuk mengaut laba keuntungan politik. Apabila kita mengkaji sejarah perjuangan Be End , agama selalunya digunakan untuk mencetuskan huru hara masyarakat umum seterusnya perancangan ISA akan dikemukakan rentetan demonstrasi dan juga amarah kononnya memudaratkan kerajaan. Perkara ini telah berlaku dizaman peristiwa 13 Mei tahun 1969 dahulu tatkala selepas cara demi cara mengekang kemaraan pembangkang menemui jalan buntu. Cuma apa yang perlu difikirkan kerajaan , adakah dengan cara ini akan dapat mengembalikan sokongan rakyat atau rakyat bertambah benci dan meluat para pemimpin yang menggunakan cara kotor untuk mengekalkan kekuasaan.
Rakyat ketika ini jelas lebih bertamadun dan berfikiran waras tidak menurut membabi buta apa jua tindakan baik pemerintah ataupun barisan sebaliknya. Apabila muncul kata dari Menteri KDN sendiri , bahawa ISA tidak teragak-agak digunakan maka jelas semua ini tanda mereka akan mengeksploitasi isu ini sebaik mungkin. Mereka berharap agar isu ini dapat melonjak nama mereka seterusnya gah semula di mata rakyat. Pendekatan PAS , PKR dan DAP yang berhati-hati dan tiadanya ceramah mengajak sesuatu yang buruk amatlah dihargai. Pendokong Pakatan harus sedar walaupun kita mempunyai pendekatan berbeza , namun ianya boleh dibincangkan melalui rundingan agar ianya lebih baik dan hasilnya memuaskan. Pemimpin jangan menjerumus ke arah sesuatu yang haru biru ataupun huru hara namun pendekatan berbincang lebih sesuai sepertimana PAS menganjurkannya. Islam agama terbuka , boleh berdebat mengenai apa jua isu namun perdebatan itu hendaklah dalam suasana harmoni dan aman. Kita umat Islam memang mempertahankan penggunaan nam Allah untuk umat Islam , namun perbuatan menceroboh gereja amatlah dilarang. Bahkan dalam peperangan dizaman Rasullullah dulupun rumah ibadat tidak boleh disentuh langsung. Islam anutan PAS dan Pakatan rakyat adalah jelas memberikan keterbukaan dalam soal perbincangan dan perdebatan secara ilmiah dan harmoni. Kita berpegang jua dengan ayat alQuran , Agamamu untuk kaummu dan agamaku untuk kaumku..Segala tindak tanduk kerajaan akan diperhatikan rakyat samada menjadi seperti "sepert baling batu sembunyi tangan" atapun betul secara ikhlas menyelesaikan masalah ini dengan harmoni dan aman..

Wednesday, January 6, 2010

Penggunaan Allah Adalah Hak Mutlak Umat Islam Buat Masa Kini...

Kerajaan wajar menghalang Mahkamah Tinggi itu daripada mengeluarkan keputusan sebegitu rupa , tambahan pula Hakimnya bukanlah seorang Islam. Wajarkah penggunaan nama Allah itu untuk orang bukan Islam yang boleh menyalahgunakan perkataan itu untuk tujuan penyebaran agama lain. Dalam keadaan negara yang tidak lagi menguatkan sistem pendidikan Islam , perkara sebegini akan menyebabkan terpesongnya akidah akan berleluasa berlaku. Hak penggunaan nama Allah itu bukanlah menjadi masalah namun dengan kebenaran itulah mempercepatkan dakyah agama lain mempengaruhi anak muda dengan penggunaan nama Allah.
Islam mempunyai hak atas nama itu berdasarkan kitab umat Islam, perkataan Allah memang ada , namun buat Kristian mengapa mereka pula beria-ia ingin menggunakan nama Allah .Al Quran menyebut Allah itu Esa , satu manakala ajaran Kristian pula Tuhan itu beranak dan ada anak dan didalam kitab mereka pun tiada perkataan Allah , yang ada cuma Jesus dan God...
Perkara iktibar yang boleh kita rumuskan bahawa isu ini memang penting buat umat Islam namun agenda sebenar adalah untuk mengharu birukan barisan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Inilah misi utama ianya digemburkan agar rakyat terpelanting jauh untuk memahami keadaan ekonomi semakin merudum , wang kantung negara sudah kering , pelabur asing menjauhi Malaysia , ketidaktelusan penyiasatan jenayah dalam negara dan pelbagai lagi musibah. Harapan kita tidak lagi diperpanjangkan isu ini , seterusnya tekad menjatuhkan Be End menjelang PRU13. Larangan penggunaan nama Allah itu wajar kerana akan berlaku salahguna nama itu untuk tujuan penyebaran dakyah agama lain

Friday, January 1, 2010

Serangan Berterusan Ke Atas Kelantan...Apa Muslihatnya?

Serangan media nasional yang bertali arus , walaupun pada hakikatnya tiada kena mengena dengan Kerajaan Kelantan namun niatnya amatlah jelas. Para pengampu Kerajaan Be End lah dalang sebenarnya rentetan peristiwa ini untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya PAS dan Be End adalah sama..inilah mesej sebenar yang cuba dijuarai oleh media nasional untuk mengekang kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat.
Media sebagai alat propaganda kerajaan memerintah Be End tidak dapat disangkal lagi.Tiada istilah media itu seimbang melaporkan perkara yang perlu dilaporkan dan isunya penting buat rakyat. Cerita sebenar yang rakyat hendak ketahui dan ianya melibatkan wang negara adalah cerita yang patut dan wajib dipersembahkan. Kehilangan wang negara akibat kesilapan pemimpin menentukan dan membatalkan projek seperti jambatan bengkok , pembinaan projek gajah putih seperti Pelabuhan Baram suatu ketika dulu , projek gajah putih Marina Harbour di Kedah , projek gajah putih PKFZ yang melibatkan bilion wang rakyat yang bukan sahaja menampung kos gula..mungkin gula pun boleh diberi percuma untuk setahun dua , namun media seperti biasa berkokok untuk tuannya memberi makan , kokokannya hanyalah untuk mengisi perut dan tembolok.Rakyat hendaklah sedar bahawa bukan semua berita yang dibawa media itu adalah benar , hakikatnya berita molek dan baik untuk mengkhayalkan rakyat , berita buruk pula diberika pelbagai alasan yang difikirkan ok...Gula naik disebabkan oleh harga dunia gula naik..jadi mungkin juga kerajaan akan dapat cukai yang tinggi akibat kenaikan gula itu? Bukankah kerajaan ada berkata bila harga minyak turun maka pendapatan negara merosot? Tak gitu....perbodohkanlah kami semua rakyat dengan pelbagai alasan canggih kamu....
There was an error in this gadget