Saturday, January 9, 2010

Apa Motif Sebalik Isu Nama Allah....

Isu ini sebenarnya dijana dan dirancang untuk mengaut laba keuntungan politik. Apabila kita mengkaji sejarah perjuangan Be End , agama selalunya digunakan untuk mencetuskan huru hara masyarakat umum seterusnya perancangan ISA akan dikemukakan rentetan demonstrasi dan juga amarah kononnya memudaratkan kerajaan. Perkara ini telah berlaku dizaman peristiwa 13 Mei tahun 1969 dahulu tatkala selepas cara demi cara mengekang kemaraan pembangkang menemui jalan buntu. Cuma apa yang perlu difikirkan kerajaan , adakah dengan cara ini akan dapat mengembalikan sokongan rakyat atau rakyat bertambah benci dan meluat para pemimpin yang menggunakan cara kotor untuk mengekalkan kekuasaan.
Rakyat ketika ini jelas lebih bertamadun dan berfikiran waras tidak menurut membabi buta apa jua tindakan baik pemerintah ataupun barisan sebaliknya. Apabila muncul kata dari Menteri KDN sendiri , bahawa ISA tidak teragak-agak digunakan maka jelas semua ini tanda mereka akan mengeksploitasi isu ini sebaik mungkin. Mereka berharap agar isu ini dapat melonjak nama mereka seterusnya gah semula di mata rakyat. Pendekatan PAS , PKR dan DAP yang berhati-hati dan tiadanya ceramah mengajak sesuatu yang buruk amatlah dihargai. Pendokong Pakatan harus sedar walaupun kita mempunyai pendekatan berbeza , namun ianya boleh dibincangkan melalui rundingan agar ianya lebih baik dan hasilnya memuaskan. Pemimpin jangan menjerumus ke arah sesuatu yang haru biru ataupun huru hara namun pendekatan berbincang lebih sesuai sepertimana PAS menganjurkannya. Islam agama terbuka , boleh berdebat mengenai apa jua isu namun perdebatan itu hendaklah dalam suasana harmoni dan aman. Kita umat Islam memang mempertahankan penggunaan nam Allah untuk umat Islam , namun perbuatan menceroboh gereja amatlah dilarang. Bahkan dalam peperangan dizaman Rasullullah dulupun rumah ibadat tidak boleh disentuh langsung. Islam anutan PAS dan Pakatan rakyat adalah jelas memberikan keterbukaan dalam soal perbincangan dan perdebatan secara ilmiah dan harmoni. Kita berpegang jua dengan ayat alQuran , Agamamu untuk kaummu dan agamaku untuk kaumku..Segala tindak tanduk kerajaan akan diperhatikan rakyat samada menjadi seperti "sepert baling batu sembunyi tangan" atapun betul secara ikhlas menyelesaikan masalah ini dengan harmoni dan aman..

1 comment:

Andalusia said...

Alahai Ahli Fikir .. nampak sangat ko ni kurang membaca & tak faham fakta sejarah. Kalau ko rasa kau ni waras sangat, aku rasa elok la ko buat research sikit sebelum ko tulis fasal KDN ka, ISA ka & 13 Mei. Nampak sangat ko ni tak tahu apa yg ko tulis. Asyik negatif saja fikiran ko ni macam si pengecut Raja Petra yang pakar fitnah orang.

There was an error in this gadget