Friday, January 29, 2010

Awas Pilihanraya Semakin Hampir..Pilihanraya Perak....

Menurut sumber dipercayai ...maka desusnya berbunyi DUN Perak bakal dibubar sebelum keputusan MB Sah oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan demi maruah kononnya. Pada firasat saya kemungkinan besar memang ianya terpaksa dilakukan kerana jika keputusan keluar memihak kepada Nizar ianya memberi gambaran buruk psikologi terhadap Zambry.
Maka wajarlah Zambry membubarkan DUN demi menjaga maruah agar lebih baik daripada Nizar yang akan bubarkan DUN.
Apabila Nizar membubarkan DUN tatkala kemenangan diberikan kepada beliau maka ianya menambahkan merit politik buat Nizar yang berpegang kepada janji untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Perak seterusnya membubarkan DUN. Ketika ini Zambry tiada pilihan lain melainkan membubarkan DUN sebelun keputusan keluar.Andailah keputusan keluar dahulu maka saham politik Zambry menurun kerana tidak mempunyai firasat politik jauh yang bermaruah.
Nizar , walaupun mengetahui bahawa sokongan kaum Melayu sedikit merosot terhadap Pakatan namun atas dasar kepercayaan kepada demokrasi dan undang-undang akan tetap meneruskan hajat membubarkan DUN dan memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Inilah kelebihan Hj Nizar yang wajar dijadikan contoh oleh semua pihak tak kira Be End ataupun Pakatan Rakyat. Beliau berpegang pada janji....itulah kualiti pemimpin Rakyat...

2 comments:

kembara putih said...

Kenapa mahkamah banyak bertangguh untuk membuat keputusan. Rasanya jika keputusan memihak kepada BN pastilah mahkamah dengan kadar segera, hari tu juga mengumumkan Zambry MB yang sah.

Ketua Polis said...

9 hb feb 2010 tarikh keramat bro..ayuh pakat ramai turun ke mahkamah putrajaya

There was an error in this gadget