Friday, January 15, 2010

Isu Nama Allah Untuk Melonjak Populariti UMNO...

Tatkala negara berdepan dengan kemungkinan berlaku sesuatu perkara buruk , ketika itulah PM dan TPM pergi meninggalkan negara dibawah kawalan Menteri KDN , Hishamuddin. Senario ini mengingatkan kita kembali bagaimana Tun Mahathir pergi ke China dan ketika itu Musa Hitam yang memangku jawatan , insiden Memali berlaku.
Kita tidak menuduh sesiapa namun apa logiknya pemergian Najib dan Muhyiddin ke luar negara dalam situasi begini. Atau apakah ada rancangan mereka untuk mengkambinghitamkan seseorang ataupun sekelompok rakyat?
Para polis dan tentera diingatkan waspada jangan terperangkap dalam permainan politik murahan yang boleh mengakibatkan kehancuran maha dahsyat yang mulanya kita anggap tidak akan terjadi. Inilah akibatnya apabila kita mencuba mencari formula untuk kepentingan sendiri yang akhirnya memakan diri. Mungkin perkara sebegini dirancang segelintir pihak yang akan mengaut labanya sedikit masa lagi? Api kemuncaknya apabila KDN mengeluarkan arahan larangan penggunaan nama Allah oleh pihak gereja , seterusnya Mahkamah Tinggi pula cepat sahaja mengeluarkan keputusannya seterusnya menaikkan api kemarahan umat Islam.
Kalau kerajaan serius mengapa tidak ditangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ini sepertimana mereka menangguh keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu MB Perak yang sehingga kini tiada keputusannya?
Inilah yang dipersoalkan atau apabila mereka melihat keuntungan jika isu ini berlarutan maka , kita biarkanlah...
Keputusan biarkanlah itulah yang membahayakan buat rakyat. Rakyat pada hemat saya memahami situasi ini , cuma segelintir mereka yang ingin menangguk air keroh sahaja yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini. UMNO sebuah parti kebangsaan bukanlah betul-betul ikhlas mempertahankan agama Allah , jikalau betul mereka perlulah menggubah undang-undang murtad ataupun membuat bendungan ke atas banyak program maksiat sana sini .Ini tidak ...cuma apabila adanya kepentingan tertentu maka barulah mereka muncul. Saya menjangkakan pilihanraya ke 13 tak lama lagi berdasarkan situasi begini dan juga kelihatan program pihak pemerintah seperti Juara Rakyat dan sebagainya. Kemungkinan awal tahun 2011 ataupun penghujung 2010 adalah masa sesuai buat mereka setelah mendapat hasil dan untung isu-isu berkaitan.

No comments:

There was an error in this gadget