Wednesday, January 6, 2010

Penggunaan Allah Adalah Hak Mutlak Umat Islam Buat Masa Kini...

Kerajaan wajar menghalang Mahkamah Tinggi itu daripada mengeluarkan keputusan sebegitu rupa , tambahan pula Hakimnya bukanlah seorang Islam. Wajarkah penggunaan nama Allah itu untuk orang bukan Islam yang boleh menyalahgunakan perkataan itu untuk tujuan penyebaran agama lain. Dalam keadaan negara yang tidak lagi menguatkan sistem pendidikan Islam , perkara sebegini akan menyebabkan terpesongnya akidah akan berleluasa berlaku. Hak penggunaan nama Allah itu bukanlah menjadi masalah namun dengan kebenaran itulah mempercepatkan dakyah agama lain mempengaruhi anak muda dengan penggunaan nama Allah.
Islam mempunyai hak atas nama itu berdasarkan kitab umat Islam, perkataan Allah memang ada , namun buat Kristian mengapa mereka pula beria-ia ingin menggunakan nama Allah .Al Quran menyebut Allah itu Esa , satu manakala ajaran Kristian pula Tuhan itu beranak dan ada anak dan didalam kitab mereka pun tiada perkataan Allah , yang ada cuma Jesus dan God...
Perkara iktibar yang boleh kita rumuskan bahawa isu ini memang penting buat umat Islam namun agenda sebenar adalah untuk mengharu birukan barisan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Inilah misi utama ianya digemburkan agar rakyat terpelanting jauh untuk memahami keadaan ekonomi semakin merudum , wang kantung negara sudah kering , pelabur asing menjauhi Malaysia , ketidaktelusan penyiasatan jenayah dalam negara dan pelbagai lagi musibah. Harapan kita tidak lagi diperpanjangkan isu ini , seterusnya tekad menjatuhkan Be End menjelang PRU13. Larangan penggunaan nama Allah itu wajar kerana akan berlaku salahguna nama itu untuk tujuan penyebaran dakyah agama lain

1 comment:

Andalusia said...

Apa la ko ni Ahli Fikir ..Sekali lagi komen ko ni tak berasas ? Nampak sangat ko ni tak banyak membaca fasal isu ni dari pelbagai sumber sebelum beri pandangan. Ada ka kata agenda sebenar isu ni adalah kerajaan nak mengharu birukan Pakatan Rakyat (Pee R). Padahal PKR & PAS lah yang menyokong keputusan hakim tu. Itu la kalau minda ko tu dah jumud & tertutup semua benda yang tak baik di katakan berpunca dari kerajaan. Silap-silap kalau ko sakit perut pun nanti ko kata berpunca dari kerajaan jugak ..

Apa punya orang la lu ni ... Kalau kau telus, kau siarkan komen aku ..

There was an error in this gadget