Friday, January 1, 2010

Serangan Berterusan Ke Atas Kelantan...Apa Muslihatnya?

Serangan media nasional yang bertali arus , walaupun pada hakikatnya tiada kena mengena dengan Kerajaan Kelantan namun niatnya amatlah jelas. Para pengampu Kerajaan Be End lah dalang sebenarnya rentetan peristiwa ini untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya PAS dan Be End adalah sama..inilah mesej sebenar yang cuba dijuarai oleh media nasional untuk mengekang kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat.
Media sebagai alat propaganda kerajaan memerintah Be End tidak dapat disangkal lagi.Tiada istilah media itu seimbang melaporkan perkara yang perlu dilaporkan dan isunya penting buat rakyat. Cerita sebenar yang rakyat hendak ketahui dan ianya melibatkan wang negara adalah cerita yang patut dan wajib dipersembahkan. Kehilangan wang negara akibat kesilapan pemimpin menentukan dan membatalkan projek seperti jambatan bengkok , pembinaan projek gajah putih seperti Pelabuhan Baram suatu ketika dulu , projek gajah putih Marina Harbour di Kedah , projek gajah putih PKFZ yang melibatkan bilion wang rakyat yang bukan sahaja menampung kos gula..mungkin gula pun boleh diberi percuma untuk setahun dua , namun media seperti biasa berkokok untuk tuannya memberi makan , kokokannya hanyalah untuk mengisi perut dan tembolok.Rakyat hendaklah sedar bahawa bukan semua berita yang dibawa media itu adalah benar , hakikatnya berita molek dan baik untuk mengkhayalkan rakyat , berita buruk pula diberika pelbagai alasan yang difikirkan ok...Gula naik disebabkan oleh harga dunia gula naik..jadi mungkin juga kerajaan akan dapat cukai yang tinggi akibat kenaikan gula itu? Bukankah kerajaan ada berkata bila harga minyak turun maka pendapatan negara merosot? Tak gitu....perbodohkanlah kami semua rakyat dengan pelbagai alasan canggih kamu....

1 comment:

Andalusia said...

Hello .. apa la ko ni ? Kata jer Ahli Fikir tapi tak tahu nak berfikir. Kalau nak menulis elok la membaca lebih sikit & bukak minda sempit & jumud ko tu. Jangan dok tuduh orang bukan-bukan .. kata buat propaganda la .. muslihat la & macam-macam. Asyik dok cerita benda lama. Tak da modal lain ke ? Kat Kelantan tu yang kecoh sekarang adalah isu Nik Aziz lantik menantu dia jadi CEO PMBK. Tak da kena mengena dengan BN. Ia nya fakta bukan spekulasi. Tak faham-faham lagi ka ?

There was an error in this gadget