Thursday, February 25, 2010

Kalau Betullah Muhyiddin Nak Selamatkan Malaysia...Turunkan Najib...

Muhyiddin memeng kelihatan bersih walaupun terdapat skandal melibatkan tanah sekitar Johor pada masa lalu namun dibandingkan dengan Najib , beliau kelihatan lebih bersih menurut kacamata rakyat. Orang kata setakat skandal hual-beli ni memang ramai yang terpalit...itulah politik UMNO...dari Najib lebih baik Muhyiddin..
Ketika era Pak Lah dulu ...ekonomi statik je...namun ketika era Najib habih semua lari...lagi teruk daripada Pak Lah...berapa lama rakyat Malaysia tahan tak bolehlah nak beri komen...
Mungkin Muhyiddin caranya berbeza ...kes Perak mungkin dia benarkan pilihanraya...kot la..tapi tak tau lagi...time Najib ni semua kena diam...seperti kerbau dicucuk hidung...mungkin ini kesan psikologi rumahtangga beliau...faham-faham le...kalau tak tau diam...aku pun takut jugak...sebenarnya tindakan seseorang itu selalunya berdasarkan sejarah silam beliau dahulu..terdahulu...ketika zaman kanak-kanak ke...
itulah bila berlaku kes polis serangan seksual la misalnya maka bila disoal selidik...kemungkinan besar pelakunyapun dahulu pernah kena dera kot...itu psikologi kata...bukan aku kata...
Jadi Muhyiddin dan rakan-rakan cepatlah bertindak kalau nak rase duduk dikerusi Menteri lagila...itupun kalau ade rezeki..Muhyiddin dan rakan-rakan boleh berfikir untuk negara dan rakyat...rakyat mungkin berterimakasih pada beliau...tapi yang dia nak buat tu nanti berbahaya...silap haribulan dia habis....

Monday, February 22, 2010

Pelaburan FDI Merosot Sebab Kes Liwat 2?

Husni mungkin marah jugak sebab kes liwat ini menyebabkan kemasukan FDI ke Malaysia sudah merosot. Kritikan ahli parlimen Australia pula harus dilihat sebagai teguran jiran agar Malysia terus relevan dalam peta perdagangan antarabangsa. Husni menyalahkan Anwar dan Pembangkang namun disudut hatinya beliau menyalahkan Najib , bosnya kerana membawa kes liwat fitnah ini yang macam kartun memperbodohkan sistem kehakiman .Memang sudah nampak tembelangnya dan harubirunya cara mereka nak mengena Anwar apatah lagi orang luar.
Sebenarnya FDI kita banyak merosot akibat kesilapan kita sendiri mengurus negara. Apabila kita memperbesarkan isu penggunaan nama Allah ...sahaja berapa bilion sudah keluar...timbul pula kes Nizar..lagi bilion keluar...ini satu lagi kes Anwar...berbilion akan keluar....
Masyarakat antarabangsa sudah melihat bahawa Malaysia bukanlah negara yang selamat buat pelaburan mereka.Cuba tuan-tuan fikir...Tuan-tuan adalah dapat duit pampasan RM100,000 dan ada sahabat tuan offer pelaburan baik..dan tuan tahu pulak dia ni ada kes rumahtangga ...bila pulak ada dua...tiga..ada pulak kes polis pecah amanah...mahu tuan bagi wang RM100,000 kat mamat ni...sampai kiamat aku pun tak mahu...begitulah ceritanya Malaysia ini bolehlah dipanggil Bolehland...Perak dah dapat dah DarulKartun...Munhyiddin dan rakan-rakan mungkin sikit masa lagiu hangpa dok kat kerusi pembangkang la...kalau tak nak lagu tu...hangpa kena cantas la...siapa lagi.....itupun kalau ade berani...

Saturday, February 20, 2010

Hukuman Sebat Penzina Bukan Berkahwin 6 kali Sebatan..? Hukum Allah 100 kali Sebatan..

Baru-baru ini kedengaran hukuman sebatan untuk penzina telah dilakukan secara tertutup..Sepatutnya hukumannya 100 kali sebatan dan dilakukan terbuka ...dan ini adalah hukuman putus daripada Allah...namun seperti biasa manuasia adalah makhluk yang amat zalim sehingga berani menukarkan hukuman menjadi 6 sebatan sahaja..Apa kata ulama..sangka baik ka? Belum cukup sifat ka? belum matang ka? untuk jaga hati manusia ka? siasah sariyyah ka? ikut kata hati ka? Betullah akhir zaman ini banyak perkara sudah menjadi sesat...yang ada semuanya banyak tak betui...
Bacaan Al Quran hanya sekadar untuk menampakkan ketinggian ilmu bukan untuk diguna pakai...
Bacaan Al Quran didengari untuk dipersembahkan dalam upacara tertentu bukan untuk diguna pakai harian...
Terpaksa jua kukatakan bahawa ini bukanlah hukuman daripada Allah...hukuman dari Allah sebatan 100 kali sebatan untuk yang tidak berkahwin...

Friday, February 19, 2010

Pahang , Johor Dan Perlis Tiada Perarakan Maulud..

Apabila kerajaan Johor , Pahang dan Perlis pula mengumumkan tiada perarakan Maulud maka tiada pula puak-puak bodoh ilmu itu membuat bising memaki kerajaan tersebut yang dikatakan tidak Islamik? Apabila isu sebegini ditimbulkan ia hanyalah menonjolkan kebodohan dan kebebalan puak-puak yang seumpamanya seperti di Pulau Mutiara , geng Mat Reezal dan rakan-rakan. Kononnya mereka ini perjuangkan ajaran Rasullullah dengan mengatakan kalau tak buat perarakan tiadalah Islamnya sesebuah negeri itu? Atau mereka ini puak yang ingin mengaut projek untung bagi membekalkan peralatan baju Melayu dan bajet perarakan..?
Semua mamat-mamat Penang ni mungkin belajaq agama tak cukup baguih lagi la...depa tak belajaq kat Dr Asri...kot...mereka ini merasakan perarakan itu lebih afdal daripada menyimpan janggut ka..cara tidur Nabi ka...berpakaian Nabi ka...hangpa semua tengoklah lakonan mat-mat Penang itu...semua mau projek fulus saja tu....

Wednesday, February 17, 2010

Zahrain Keluar PKR..? Runtuhkah PKR?

Kita pernah melihat sejarah ketika mana Onn Jaafar yang keluar dari parti UMNO , yang mana beliau merupakan tokoh hebat mengasaskan UMNO tetapi tidak berupaya juga membawa pengaruh yang besar serta memberi kesan kepada rakyat seluruhnya.Begitu juga ketika Nakhaei yang keluar PAS ketika berjawatan Naib Presiden PAS juga nampak tidak memberikan kesan langsung kepada PAS. Apatah lagi Zahrain yang sudahpun mengeluarkan diri beliau daripada PKR. Apakah ini strategi Anwar untuk meroboh benteng dalam Be End tidaklah dapat dipastikan? Kita juga pernah melihat bagaimana Adun Bota Nasharuddin yang keluar masuk PKR hanya dalam ketika yang amat pendek semata-mata bertujuan untuk menjadi agen dan mengaburi strategi melemahkan musuh..
Masa akan menentukan siapa agen atau siapa pengkhianat kepada bangsa dan negara.Kemasukan seseorang individu tak kira mana parti sekalipun jika bertujuan untuk mendapatkan habuan keduniaan maka ia adalah individu yang paling tidak bermaruah...Rakyat akan menilai mana individu yang betul-betul berjuang untuk rakyat ataupun hanya untuk perutnya dan kroninya sahaja...

Tuesday, February 16, 2010

Perak Haramkan Perarakan Tak Bising Pun...?

Sebenarnya media haprak sekarang ini hanya bergerak dan berusaha mewujudkan suatu propaganda jahat yang dimainkan selama ini , yang suatu ketika dulu berhasil dengan cemerlang. Namun kewujudan media baru yang memberikan gambaran yang lebih adil dan saksama buat rakyat. Adapun tajuk kita kali ini berkaitan perarakan MaulidurRasul yang digemburkan oleh media haprak. Nampak sangat hapraknya kerana bila Perak mentiadakan perarakan tidak pula mereka bising , namun Guan Eng pula dipersalahkan. Semua tahu bukanlah perarakan itu menjadi keutamaan kita perjuangkan namun sunnah Rasullah yang sepatutnya diperjuangkan seperti berjanggut , berpakaian , berriadah dan sebagainya.
Media haprak memang tiada kerja yang mulia untuk memberikan penerangan hal ehwal Islam yang sebenarnya , mereka lebih suka orang bukan Islam menjauhkan diri daripada Islam kerana jika orang bukan Islam memasuki Islam maka punahlah bos-bos mereka yang ingin songlap wang rakyat berjuta-juta...
Contoh terbaru bagaimana seorang Setiausaha politik saje...boleh memiliki 4 biji kereta mewah...4 biji banglo seterusnya ditangkap pula ketika membawa wang tunai 2 juta......kalau Setiausaha politik saje bawa 2 juta Menteri lagilah banyak...tak gitu...Kalau di Jepun Menterinya pasti meletakkan jawatan....Malaysia lain sikit...banyak Menteri walau banyak kes sekalipun tetap nak jawatan ...gaji puluhan ribu...belum lagi duit luar...duit kauuutim ke....kalau tidak macammana depa dok pi taja perwakilan macam-macam ...ingat bisnis banyak untung sangat ke...yang banyak tu duit rasuah beb.....

Friday, February 12, 2010

Kapal Selam Pertama Negara Tak Da Permit Menyelam?




Diberitakan dari sumber-sumber diyakini kapal selam negara pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman masih belum lagi mendapat permit untuk menyelam di perairan negara. Tak tahulah bagaimana nak mendapatkan permit? Ianya amat memalukan kerana kapal selam ini baru sahaja tiba sekitar bulan September 2009 ...tak sampai 3...4 bulan sudah mengalami masalah teknikal...
Berapa pula kosnya untuk membaikinya? juta---juta...atau ratusan ribu....wang rakyat lagi....sampai kiamat pun kita takkan maju dok membaiki saja...masalah...masalah....
baru belipun bermasalah.....pandai dan bijak pemimpin kita yang membelinya....baru beli dah rosak...gasaklah bukan duit aku ....duit rakyat aku....gaji aku...elaun aku....macam biase...

UMNO....Dulu , Kini Dan Selamanya ...Akan Berbincang Dengan PAS Tatkala Lemah....?

Percayakah anda kerjasama bakal diberikan oleh UMNO terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam segala hal? Setakat cakap semua orang boleh bercakap begitu? Mahu membuat dan memberi komitmen terhadap perkara tersebut bolehlah diibaratkan jauh panggang dari api...
Apabila kita melihat munculnya gelombang Islam ketika 80an dahulu ...Anwar dicuri daripada PAS...tatkala Anwar hampi menaiki takhta PM , Anwar difitnah sekejinya...tatkala Pakatan semakin kuat PAS dihampirinya...
Adakah Islam terbela dengan perpaduan hanya dengan UMNO..?Bukankah Nabi Muhammad pun berhijrah meninggalkan Mekah , meninggalkan sanak saudara untuk mempertahankan agama Allah..?
Maka sedarilah saudara sekelian sesungguhnya UMNO hanyalah amat lemah apabila mahu berkawan rapat dengan PAS. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapapun sekiranya mereka tidak mengkhianati sepertimana yang dilakukan oleh UMNO...PAS adalah jambatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini...
Andai kerjasama hanyalah berkisar untuk kebaikan umat Islam..tak apalah , cuma dirisukan kita terkena sengat berkali-kali dengan orang yang sama...

Tuesday, February 9, 2010

MB Perak Yang Diputuskan Adalah Zambry Oneyy

Zambry adalah Mb yang akan diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan penelitian dan pemerhatian...kerana Mahkamah seperti yang kita tahu adalah penjawat awam kerajaan Persekutuan...kerana jika Zambry kalah ia memalukan Najib , PM 1Malaysia....2 harga minyak...Mei nanti....kerana masanya lama hanya mengaburi rakyat kononnya ianya telah diteliti secara mendalam baik dan buruk...ianya bakal dijadikan alasan keputusan ini setelah penyelidikan mendalam dijalankan oleh hakim-hakim...
Semua lakonan dan sandiwara selama ini hanya melengahkan amarah rakyat dan meredakan gelombang penentangan rakyat terhadap kerajaan Kudeta...Zambry..
Ianya adalah taktik dan teknik berpolitik yang cukup tinggi oleh pemikir-pemikir Be End..Najib pun seakan membiarkan sahaja isu ini kerana beliau sudah pasti tahu akan kemenangannya...
Apapun Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan hak rakyat...Kemungkinan besar apabila Zambry menang beliau akan akur untuk membubarkan DUN kononnya menghormati hak rakyat...tapi mereka sudah bersedia segala jentera untuk memastikan Pakatan kalah...SPR adalah senjata utama...PDRM senjata kedua...dan ketiga media haprak senjata propaganda....

Saturday, February 6, 2010

Rakyat Di Jemput Ke Rumah MB Hareem...malam ni...

Ada le kawan-kawan bagitau jemputan rakyat ke rumah MB Hareem ..malam ni..dan dengor cerita ramai Pegawai Pejabat agama pun diarah turun...ini kira salahguna kuasa le...
Pakatan Rakyat kalau buat ceramah ke...tak de la nak mewajibkan kakitangannya...saya pun heran semenjak bila pula rumah MB tu terbuka...lainlah zaman Nizar dulu tu...dah menjadi kebiasaan memberi rakyat merasa pijak laman rumah MB Perak....
Buang tabiat ke Zambrey nih....kot-kot petanda le tu....mudah-mudahan...

Friday, February 5, 2010

DNA Boleh Dieksploitasi....Bagaimana Ye....

DNA wujud dalam setiap sel yang ada pada tubuh maka apabila seseorang mengambil contoh peluh maka terdapat sel DNAnya dalam peluh...kahak...ludah....semua ada DNA....Kuku...semualah...
Begitu juga air liur....bulu hidung....bulu kemaluan...bulu misai....bulu badan....bulu rambut...semua itu ada DNAnya maka ianya boleh disalahguna...
Pemeriksaan fizikal amat penting dalam kes seperti rogol....rogol rela ke...kekerasan...maka akan ada bukti kekerasan seperti....
CALAR-CALAR....LEBAM....TERUTAMA KAWASAN DAN TEMPAT DITEROBOS ITU....
Kalau tidak kira kes sukarelale....sama-sama nak....
semua ini perlu diambil kira jika anda berminat menjadi pegawai penyiasat kes rogol...liwat...secara paksa...
Fitnah yang berleluasa ini memberi gambaran hampirnya akan kiamat, semakin dekat dan semakin dekat...muhasabah lah...janganlah kita menjadi penolong-penolong syaitan yang membuat fitnah terhadap seseorang yang baik dan berakhlak...seperti DSAI...

Wednesday, February 3, 2010

Andai Anwar Dipenjara Sekali Lagi...?

Permainan yang baru bermula untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua dengan cara yang hampir sama , skrip berbeza , watak ada yang otai , ada juga pemain baru memang mengjengkelkan bagi rakyat. Fitnah yang disajikan kepada rakyat dengan tiadanya bukti tusukan dan bersandarkan hanya kepada DNA yang kononnya ada pada dubur Saiifol maka ianya hanyalah mainan politik kotor untuk melengahkan tumpuan Anwar memerintah Malaysia.
Mahkamah boleh menerima kes yang bukti fizikalnya tiada seterusnya menggunakan teknik DNA yang sepatutnya hanya sandaran pengukuhan tetapi ia sebagai bukti besar tidak lain memalukan sistem kehakiman negara lebih teruk dan memalukan. Sudahlah ekonomi tidak menentu , malah kehakiman negara pula akan mempercepatkan proses kematian gah negara Malaysia di mata dunia. Inilah yang dikatakan percaturan politik berlebihan mengakibatkan porak peranda ekonomi negara. Khabaran berita mengatakan insiden bakar gereja sahaja sudah beberapa bilion wang pelabur asing menarik keluar wang mereka , kerana takut Malaysia akan turun tangga menjadi negara lebih teruk dari Bhutan...
maka permainan ini hanyalah memburukkan keadaan...Pemenjaraan Anwar akan menyebabkan gelombang reformasi tsunami lebih besar akan menguburkan Be End pada PRU ke 13 nanti....Kelantan ...Kedah...Selangor ...Pulau Pinang telah banyak menunjukkan kemampuan sebenar Pakatan Rakyat memerintah lebih baik daripada Be End...maka rakyat fikirlah sendiri..mahu menjerumuskan diri ke lembah busuk ataupun membawa Malaysia maju dan dapat dinikmati seluruh rakyat...

Menangani Budak Nakal Atau Budak Pintar?

Kemelut dihadapi oleh pelbagai parti samada Be End ataupun Pakatan Rakyat , perlulah ditangani dengan baik dan seimbang tidak nampak bias ataupun cenderung sebelah pihak.
Apabila keputusan yang diterjemah tidak mengambarkan kematangan pimpinan maka , lambat laun parti itu akan musnah.
Apakah boleh kita melabel dan menghukum mereka , kesemuanya berdasarkan bukti dan petunjuk yang kita dapat ataupun boleh kita menghurai prinsip dalaman seseorang untuk mengatakan beliau ini SB ataupun Trojan Horse ke...dan sebagainya...
Senario terbaru kita lihat bagaimana agen CIA yang juga agen sebuah negara lain , seorang doktor meletupkan diri membunuh 7 ataupun 8 agen CIA di Afghanistan cukup memeranjatkan bagi kuasa besar dunia.
Kita lihat bagaimana Najib akan bertindak terhadap Tengku Razaleigh yang dikatakan sebulu dengan prinsip Royalti pembangkang , lihat pula apa tindakan Anwar terhadap Zulkifli Nordin ekoran kelantangannya membuat laporan polis terhadap rakan Pakatan , dan terbaru bagaimana Khalid digantung 6 bulan dan Hassan Ali pula diberikan peringatan keras...
Fenomena menunjukkan kuasa adalah perlu untuk memperlihatkan ketegasan pemimpin namun perlu juga kita meneliti apakah isunya sehingga mereka semua itu digantung ataupun dipecat ataupun diberi amaran...gaya dan corak ketegasan perlu untuk menjadi pemimpin besar namun perlu diingat Rasullullah juga mengalami peristiwa serupa ketika perjanjian Hudaibiah , ada para shabat tak bersetuju digugurkan nama Rasullullah itu dalam perjanjian...maka perlulah kita mengikut Sirah perjalanan jika masih mahu mengaku umat Muhammad Rasullullah...

Monday, February 1, 2010

Isu Terbaru Jangan Tak Datang..?

Program terbaru di Ipoh...nantikannya...

3 FEBUARI 2010
KG MERAWAN INDAH
SIMPANG PULAI , PERAK
9.00 MALAM
PENCERAMAH:
YB NURUL IZZAH
YB DR. LEE BOON CHYE
YB CHANG LIH KANG
SDR. BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN...

ANJURAN PKR PERAK

National Geographic POD