Wednesday, February 3, 2010

Andai Anwar Dipenjara Sekali Lagi...?

Permainan yang baru bermula untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua dengan cara yang hampir sama , skrip berbeza , watak ada yang otai , ada juga pemain baru memang mengjengkelkan bagi rakyat. Fitnah yang disajikan kepada rakyat dengan tiadanya bukti tusukan dan bersandarkan hanya kepada DNA yang kononnya ada pada dubur Saiifol maka ianya hanyalah mainan politik kotor untuk melengahkan tumpuan Anwar memerintah Malaysia.
Mahkamah boleh menerima kes yang bukti fizikalnya tiada seterusnya menggunakan teknik DNA yang sepatutnya hanya sandaran pengukuhan tetapi ia sebagai bukti besar tidak lain memalukan sistem kehakiman negara lebih teruk dan memalukan. Sudahlah ekonomi tidak menentu , malah kehakiman negara pula akan mempercepatkan proses kematian gah negara Malaysia di mata dunia. Inilah yang dikatakan percaturan politik berlebihan mengakibatkan porak peranda ekonomi negara. Khabaran berita mengatakan insiden bakar gereja sahaja sudah beberapa bilion wang pelabur asing menarik keluar wang mereka , kerana takut Malaysia akan turun tangga menjadi negara lebih teruk dari Bhutan...
maka permainan ini hanyalah memburukkan keadaan...Pemenjaraan Anwar akan menyebabkan gelombang reformasi tsunami lebih besar akan menguburkan Be End pada PRU ke 13 nanti....Kelantan ...Kedah...Selangor ...Pulau Pinang telah banyak menunjukkan kemampuan sebenar Pakatan Rakyat memerintah lebih baik daripada Be End...maka rakyat fikirlah sendiri..mahu menjerumuskan diri ke lembah busuk ataupun membawa Malaysia maju dan dapat dinikmati seluruh rakyat...

1 comment:

NTAHLAH said...

SAUDARA... BIALAH ALLAH MENENTUKAN. SEMBAHYANG HAJAT SUDAH DLAKUKAN, DOA TELAH BERBUIH DIAMINKAN. MAKANYA BIARLAH TAKDIR MENENTUKAN.JIKA DIDAPATI BRSALAH DSAI... REDHALAH. APAKAH KITA MAHA MENGETAHUI? HANYA ALLAH, DSAI DAN SAIFUL YANG TAHU.

There was an error in this gadget