Wednesday, February 3, 2010

Menangani Budak Nakal Atau Budak Pintar?

Kemelut dihadapi oleh pelbagai parti samada Be End ataupun Pakatan Rakyat , perlulah ditangani dengan baik dan seimbang tidak nampak bias ataupun cenderung sebelah pihak.
Apabila keputusan yang diterjemah tidak mengambarkan kematangan pimpinan maka , lambat laun parti itu akan musnah.
Apakah boleh kita melabel dan menghukum mereka , kesemuanya berdasarkan bukti dan petunjuk yang kita dapat ataupun boleh kita menghurai prinsip dalaman seseorang untuk mengatakan beliau ini SB ataupun Trojan Horse ke...dan sebagainya...
Senario terbaru kita lihat bagaimana agen CIA yang juga agen sebuah negara lain , seorang doktor meletupkan diri membunuh 7 ataupun 8 agen CIA di Afghanistan cukup memeranjatkan bagi kuasa besar dunia.
Kita lihat bagaimana Najib akan bertindak terhadap Tengku Razaleigh yang dikatakan sebulu dengan prinsip Royalti pembangkang , lihat pula apa tindakan Anwar terhadap Zulkifli Nordin ekoran kelantangannya membuat laporan polis terhadap rakan Pakatan , dan terbaru bagaimana Khalid digantung 6 bulan dan Hassan Ali pula diberikan peringatan keras...
Fenomena menunjukkan kuasa adalah perlu untuk memperlihatkan ketegasan pemimpin namun perlu juga kita meneliti apakah isunya sehingga mereka semua itu digantung ataupun dipecat ataupun diberi amaran...gaya dan corak ketegasan perlu untuk menjadi pemimpin besar namun perlu diingat Rasullullah juga mengalami peristiwa serupa ketika perjanjian Hudaibiah , ada para shabat tak bersetuju digugurkan nama Rasullullah itu dalam perjanjian...maka perlulah kita mengikut Sirah perjalanan jika masih mahu mengaku umat Muhammad Rasullullah...

No comments:

There was an error in this gadget