Friday, February 12, 2010

UMNO....Dulu , Kini Dan Selamanya ...Akan Berbincang Dengan PAS Tatkala Lemah....?

Percayakah anda kerjasama bakal diberikan oleh UMNO terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam segala hal? Setakat cakap semua orang boleh bercakap begitu? Mahu membuat dan memberi komitmen terhadap perkara tersebut bolehlah diibaratkan jauh panggang dari api...
Apabila kita melihat munculnya gelombang Islam ketika 80an dahulu ...Anwar dicuri daripada PAS...tatkala Anwar hampi menaiki takhta PM , Anwar difitnah sekejinya...tatkala Pakatan semakin kuat PAS dihampirinya...
Adakah Islam terbela dengan perpaduan hanya dengan UMNO..?Bukankah Nabi Muhammad pun berhijrah meninggalkan Mekah , meninggalkan sanak saudara untuk mempertahankan agama Allah..?
Maka sedarilah saudara sekelian sesungguhnya UMNO hanyalah amat lemah apabila mahu berkawan rapat dengan PAS. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapapun sekiranya mereka tidak mengkhianati sepertimana yang dilakukan oleh UMNO...PAS adalah jambatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini...
Andai kerjasama hanyalah berkisar untuk kebaikan umat Islam..tak apalah , cuma dirisukan kita terkena sengat berkali-kali dengan orang yang sama...

No comments:

There was an error in this gadget