Wednesday, February 17, 2010

Zahrain Keluar PKR..? Runtuhkah PKR?

Kita pernah melihat sejarah ketika mana Onn Jaafar yang keluar dari parti UMNO , yang mana beliau merupakan tokoh hebat mengasaskan UMNO tetapi tidak berupaya juga membawa pengaruh yang besar serta memberi kesan kepada rakyat seluruhnya.Begitu juga ketika Nakhaei yang keluar PAS ketika berjawatan Naib Presiden PAS juga nampak tidak memberikan kesan langsung kepada PAS. Apatah lagi Zahrain yang sudahpun mengeluarkan diri beliau daripada PKR. Apakah ini strategi Anwar untuk meroboh benteng dalam Be End tidaklah dapat dipastikan? Kita juga pernah melihat bagaimana Adun Bota Nasharuddin yang keluar masuk PKR hanya dalam ketika yang amat pendek semata-mata bertujuan untuk menjadi agen dan mengaburi strategi melemahkan musuh..
Masa akan menentukan siapa agen atau siapa pengkhianat kepada bangsa dan negara.Kemasukan seseorang individu tak kira mana parti sekalipun jika bertujuan untuk mendapatkan habuan keduniaan maka ia adalah individu yang paling tidak bermaruah...Rakyat akan menilai mana individu yang betul-betul berjuang untuk rakyat ataupun hanya untuk perutnya dan kroninya sahaja...

No comments:

There was an error in this gadget