Wednesday, March 31, 2010

Persidangan DUN Perak Yang Memalukan....

Mengapa kita katakan persidangan kali ini amat memalukan.
Antara sebabnya
1.Penggunaan polis yang begitu ramai ...

2.Media dihalang untuk mendapatkan maklumat terus dari dalam dewan melainkan media haprak...klik di SINI

3.Kebebasan suara ADUN Pakatan pun disekat...takut kena bantaila tu...tak tahan telinga
kot klik di SINI

4.Speaker haram Ganeson tak hormat Raja klik di SINI
Biasa le dah haram memang dia akan jadi banyak silap , haram memang sentiasa silap.

5.Tuduhan-tuduhan tidak berasas Zambry kononnya ditawar MB jika melompat hanyalah
taktik sempit untuk mengelirukan sidang yang tidak teratur oleh Speaker haram yang tak tahu peraturan sidang...kah...kah...kah...

6.Jamaluddin pula kononnya dijanjikan menjadi MB oleh DAP , ...ini lagi satu mamat posmen ni...jadi MB habis semua kita kena jual la...ada hati nak jadi MB...tengok sijil apa ada...sijil transport Bachelor of Dilevery Parcel....kah....kah...kah...

Memang memalukan saja sidang dewan kali ini. Dah lah Ganeson tu tak reti ,banyak salahnya.Be End punya pasal media haprak biasale tutup...tutup...tutup...

Tuesday, March 30, 2010

Untuk Perak Gua Cadangkan Begini....


gambar alhussyen


Kerja polis yang utama...mengawal ahli politik..

Biarkan deme bergaduh...masuk TV biar media tengok depa tu macam kartun...

Kah...kah...kah...yang malu....1....1.....1.....1Malaysia..2Bolehland..3Kaoeyteam..


Polis sepatutnya bertindak adil dan saksama terhadap semua kelompok parti , takkira Pakatan ataupun Be End..maka kalu teringin benar nak jadi YB , sila letak jawatan dan masuklah gelanggang, baru anak jantan.
Kalaulah sebegini rupanya polis mengawal persidangan DUN Perak , maka banyaklah jenayah lain takkan dapat diselesaikan.
Ramai pengadu mengadu kepada saya banyak kes yang hanyalah di kertas laporan sahaja..dipanggil sekali dua..lepas itu habis cerita. Tiada pencuri..tiada jenayah...semuanya tiada...tindakan...

Nagape Mike Benci Sungguh UMNO?

UMNO dulunya betul-betul berada di landasannya yang memperjuangkan hak rakyat seluruhnya. Namun ianya telah dirosakkan oleh Tun Mahathir dengan pelbagai cara yang kononnya boleh memajukan Melayu , tetapi hanya segelintir yang berada di lingkaran yang merasainya.Memang betul DEB diperjuangkan dahulu , hak biasiswa , hak koata pendidikan , dan pelbagai koata lagi masih diperlukan.
Namun dalam memenuhi koata itu adalah alasan mereka untuk merompak lebih lagi hak rakyat dengan meminggirkan hak rakyat lain.
UMNO bila bercakap sesama Melayu mudah mengapi-apikan sentimen perkauman kononnya negara kita habis tanah kerana Cina yang merampasnya walhal mereka sendiri yang menggadaikan negara kepada bangsa lain. Setelah mereka mendapat tanah walhal sepatutnya tiada layak , lalu mereka jual kepada tokeh-tokeh Cina. Banyak yang terjadi perkara sebegini...macamana kita nak sokong UMNO..?
Sebenarnya ramai yang sokong UMNO ni cuma nak harapkan projek..nak hidup beb...
Kita tengok kes gubal undang-undang kekebalan Raja , siapa yang mengubalnya? Lim Guan Eng ka? Anwar ka? Nik Aziz ka? ooorupa nya Tun...?
Jadi mengapa Anwar dilabel sebagai pengkhianat? Ini yang saya tak setuju...

Usul Tergempar Untuk DUN Trengganu....Bukan Perak...

Usul untuk Trengganu yang bakal diadakan , saya mengusulkan agar dibuat suatu soal selidik semua rakyat Negeri Trengganu agar menukarkan negeri ini menjadi Darul Runtuh...ekoran pelbagai peristiwa yang menyedihkan...juga melucukan...yang berlaku di negeri ini sepanjang tahun..
Sedih kerana kejadian ini melibatkan kematian dan kerugian berjuta-juta wang titik peluh rakyat manakala lucunya sehingga kini SPRM...Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia menambah koleksi kes-kes rasuah frofil tinggi yang diperam dalam almari..tiada tindakan dibuat...
Syabas negara ku 1Malaysia...ceritanya di SINI

Nik Aziz Tetap Mursyidil Am PAS Selagi Ada Hayat...

Pimpinan PAS Pusat sewajibnya mengkaji corak kepimpinan dan corak pemikiran TGNA yang mempunyai ramai pendokong mahupun pengikut. Peminat TGNA datang dari pelbagai golongan mencakupi semua lapisan masyarakat dan juga parti politik. Pengunduran TGNA untuk jawatan Mursyidil Am PAS andainya berlaku pasti membawa fitnah dan bahaya kepada parti PAS khususnya dan Pakatan amnya.
Syabas pimpinan PAS Pusat yang mengerti corak pemikiran ahli akar umbi dan juga rakyat keseluruhannya dan diharapkan meneruskan usaha bersama Pakatan untuk memerintah Malaysia suatu hari nanti.
Cerita TGNA

Jenayah Meningkat..Rakyat Tak Selamat...Polis Untuk VVIP Sahaja...Rakyat ...Sendiri Jaga..

Sana sini jenayah...hari-hari ada sahaja kes bunuh...culik...rogol..bunuh...tikam...culik...pukul...gangster dan pelbagai jenis jenayah sudah tak terkawal. Mana pergi polis yang sebegitu ramai...?
Polis biasanya kelihatan ketika hari perbarisan kemerdekaan...ketika mengiringi pembesar negara...ketika kematian orang-orang besar...selepas kejadian jenayah...ketika mahu diadakan sekatan jalanraya...ketika dewan persidangan DUN Negeri...(Perak)...maka ketika itu ratusan malah ribuan digunakan ketika mengadakan sekatan jalanraya tatkala rakyat berdemontrasi PPSMI suatu ketika dulu.
Kejayaan terbesar polis lebih ditonjolkan ketika menangkap kumpulan militan kononnya akan meletupkan bahan letupan , sehingga kini tidak dibicarakan.
Nampak gayanya rakyat bawahan dan pertengahan semakin ketakutan untuk keluar malam , takut dibunuh tanpa sebab , takut diganggu mat rempit andai berlaku kemalangan kerana ramai polis telah digunapakai untuk tujuan politik , mengjaga kepentingan orang-orang besar...
Rakyat beri cukai namun tida perlindungan diterima...lebih baik kita pakai kumpulan tertentu seperti di Amerika..adanya kongsi gelap...kerana kongsi gelap ini akan mengawal kawasan mereka dan sesiapa yang membayar cukai alis ufti alias wang jaminan keselamatan...
Mungkin kita rakyat Malaysia dibenarkan membayar ufti kepada gangster andai tiada lagi jaminan polis mengawak keselamatan negara...klik di SINI

Sunday, March 28, 2010

Perundangan Negara Mengalami Masalah Ketelusan...Semakin Terhakis

Undang-undang , apabila diwartakan hendaklah dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui. Namun apabila undang-undang tersebut tidak lagi memihak kepada si penggubal undang-undang maka ianya tidak perlu dipatuhi. Itulah tanggapan rakyat terhadap undang-undang negara ini. Apabila rakyat telah beranggapan dan mempunyai persepsi sebegitu , maka jangan haraplah rakyat akan mematuhi undang-undang. Itulah natijahnya.Kes di Perlis memperlihatkan ketakutan amat sangat pihak pemerintah di dalam menjalankan prinsip demokrasi yang dilaungkan oleh mereka. Mereka boleh diibaratkan sama sahaja dengan zionis yang memerangi rakyat Palestin dengan segala bantuan dan peralatan disekat. Andai mahu berperang secara anak jantan maka perlulah dibekalkan senjata sama rata , baru tahu yang mana hero...yang mana pengecut...
Cerita di SINI

Chua Soi Lek , Presiden Liow Tiong Lai , Timbalan Presiden..

Akhirnya perwakilan MCA telahpun memutuskan untuk memberi peluang kepada Chua Soi Lek memimpin parti itu. Berapa lama tidaklah kita ketahui. Namun pada firasat teman Chua Soi Lek adalah pilihan yang amat lemah dibandingkan yang lain, namun percaturan politik Tiong Lai amat tinggi dalam mengejar impian bergelar Presiden. Nasib Chua Soi Lek pastinya seperti Tun Ghafar Baba suatu ketika dulu , diguna oleh Tun Mahathir hanya untuk sementara waktu krisis , selepas tenaga dikerah dan jasa diambil beliau disingkirkan dengan cara terhormat.
Itulah juga bakal yang akan terjadi buat Chua Soi Lek dalam beberapa tahun lagi. Sebenarnya Tee Kiat masih lagi kuat namun , kelicikan kempen kumpulan Liow Tiong Lai
memberikan undi mereka kepada Soi Lek.
Apakah anda berfikir seorang yang terpalit dengan skandal sebegini boleh menjadi Presiden...ya boleh menjadi Presiden hanya untuk sementara waktu sahaja.
Untuk maklumat lanjut di SINI

Saturday, March 27, 2010

Hulu Selangor , Contoh Persempadanan SPR Yang Menguntungkan Pakatan...

Persempadanan yang telah dan sering dilakukan oleh SPR dahulu seringkali bermotifkan politik. Kehendak tuan mereka cuba menyingkirkan Pakatan dari terus mendapat kuasa memerintah. Namun itu cerita lama. Semenjak 2008 , pemikiran rakyat walaupun masih ada keraguan dan kesangsian sesama kaum namun ianya tidaklah sebegitu tebal macam tahun 60 an. Politik sekarang lebih kepada politik pencapaian. Slogan pencapaian diutamakan adalah slogan yang betul-betul dihayati oleh rakyat. Maklumat diterima melalui pelbagai saluran maka rakyat akan memikirkan baik dan buruknya sesuatu perkara.
Kita boleh melihat ketika isu penggunaan nama Allah , walaupun banyak media haprak mencuba untuk mensensasikan perkara tersebut namun kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat maka ianya menjadi meutral. Walaupun ada pihak yang ingin mengambil untung ekoran perkara itu namun ianya hanya memburukkan keadaan negara di peringkat antarabangsa. Syabas pemimpin Pakatan Rakyat..
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini perlu mengembleng agar ikatan sesama mereka terjalin lebih kuat , memahami budaya dan agama masing-masing seterusnya dapat membawa agenda perubahan yang dinantikan oleh semua rakyat.
Untuk Hulu Selangor diharapkan rakyat dapat memberi signal penting agar kerajaan lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan...maka rakyat perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat...tak kira PKR , PAS ataupun DAP..
Untuk meklumat di SINI

Friday, March 26, 2010

Malaysia ...Semakin Rapat Dengan Israel Laknatullah...

Bukankah Israel itu negara Yahudi yang sentiasa menindas umat Islam di Palestin , namun kerajaan 1Malaysia lebih suka berjinak dengan memberi kontrak dan wang kepada mereka. Inilah contoh negara Islam yang cakap tak serupa bikin...
Cerita selanjutnya: di SINI

Pening.....pening....pening...apa jawapan SPR pulak...Sijil Kematian Tak Dihantar...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pemergian Allahyarham Zainal Abidin Ahmad , Ahli Parlimen Hulu Selangor. SPR perlulah mencari alasan logik sekiranya tak mahu mengadakan pilihanraya..Saya boleh cadangkan agar SPR berikan alasan-alasan seperti ini:

1. Sijil kematian beliau belum dihantar maka tida perlu pilihanraya dilakukan.

2. Pengesahan sijil kematian hendaklah betul dan asli dan bukan fotostat...oleh sebab itu SPR berhak untuk menidakkan pilihanraya buat masa ini.

Berita kematian klik di SINI

Thursday, March 25, 2010

Malaysia , Negara Umat Islam..

Malaysia negara umat Islam , judi adalah salah satu sumber yang digunakan untuk pembangunan..Malaysia lantang mengkritik Israel , dan masih lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Namun judi sudah diiktiraf bertapak di Malaysia. Syabas teruskan Malaysia boleh menambah lagi lesen-lesen judi terutama hampirnya Piala Dunia yang akan berlakunya jutaan perjudian.
Syabas sekali lagi. Inilah hasil-hasil yang tuan dan puan-puan makan daripada hasil cukai judi Malaysia...
Klik di SINI

Kenyataan Zulkifli Berbeli-belit...Jenis Apa Ni ?

Zulkifli Nordin memberikan kenyataan berbeli-belit mutakhir ini. Tak tahulah pulah apa agendanya. Adakah tindakan ini tindakan Islamik? Penarikan diri sebagai peguambela Azilah pada masa kes Altantuya dengan alasan lain amatlah bercanggah dengan kenyataan sebelumnya...
Fenomena ini juga berlaku kepada Bala , penyiasat swasta yang juga memberikan pengakuan bersumpah menyokong pembabitan Najib , namun selepas sehari dua membuat pengakuan yang lain..
Mengapa fenomena ini berlaku? Fikirkanlah sendiri...? Cuba saudara membuat suatu dakwaan kemudian tarik bailk ...harapan besar dituduh memalsukan keterangan boleh dikenakan...
Bagaimana pula Bala dan Zulkifli Nordin terlepas? Fikirlah....Kita lihat pula kes rasuah exco Perak...bagaimana pendakwa SPRM boleh menukar kenyataan mereka..?Mengapa tiada tindakan? Inilah yang dinamakan ......MALAYSIA BOLEH KOUTIEM....
Klik di SINI

Wednesday, March 24, 2010

Surau Bawah Kuasa MAIP...

Ini pun cerita mengenai Hamidah , ialah cuba menunjukkan kuasa ye lah ADUN Sungai Rapat , takkan kariah sendiri pun kena ugut dan gertak...
Tindakan beliau ada diceritakan sahabat...apa yang kita nak ambil pengajaran...janganlah kita walaupun sudah menjadi wakil rakyat hendak menguasai semuanya ,tunjukkan teladan...baru rakyat suka...kalau tak suka buatlah program berhampiran ...rumah Pengerusi JKK, ini asyik repot je....Pening MAIP dibuatnya...bukan kawalan MAIP....
Ada di SINI

Bila Speaker Dapat Surat Tapi Tak Hantar Ke SPR...Takkan Kosong Kot....Kepala Hotak Hang....?

Memang mudah nak jadi pembelit , sekjap situ, sekejap sini , memang spesis bodek tuan , adale bendanya nanti ganjaran...bila dah pencen....segalanya mudah belaka...hei itu bukan rasuah...itu ganjaran ketika bertugas...oh....uhh...uhhhh
Biasa le jawapan yang diberikan , kita pun dah baca skrip depa , ketika ini walaupun Be End kata Pakatan pecah ....tapi depa takut....takutttt..takut...kalah....
Pakatan kalah...biasa adat perjuangan....Be End kalah...makin merudum la...saham...
Nampak gayanya semua tenaga , pekerja , pejuang , pencinta Pakatan Rakyat ...sabo ...sabo....sabo....simpan tenaga dan fulus yang nak disedekahkan itu...simpan untuk PRU 13 nanti....kita pukul depa...sampai telanjang haoi....kah..kah...kah...
Cerita SPR ada daripada pejuang di SINI

Tuesday, March 23, 2010

Jawapan Yang Akan DiBeri Oleh SPR....Kah...Kah....Kah....

Walaupun Adun Titi Tinggi di Perlis meletakkan jawatan dan telahpun menghantar surat letak jawatan , biasale jawapan yang akan diberikan ...kita akan meneliti surat tersebut mana tahu ada ugutan ka...palsu ka....mungkin Adun ni pening kepala ka...dan beribu alasan yang akan diberikan..yang kat Kedah tu pun tak settle lagi...
Tapi aku sarankan SPR keluarkanlah kenyataan yang mungkin boleh memperbodohkan rakyat..nanti bolehlah Pakatan buat sebagai peluru berpandu untuk menghancurkan Be End pada PRU13....
Kita pun tak kemaruk nak satu kerusi tu...yang kita mahu OneMalaysia baru best nak tadbir cara Pakatan.Spr ni diibaratkan senjata terakhir buat Be End dari segi teknikalnya...dan pasti benar tiada pilihanraya kecil di sana...
Perlis , negerinya pun kecil , tak berapa elok jugak Pakatan dapat cepat-cepat , yang penting negeri kaya seperti Selangor , Pulau Pinang , Sabah , Perak , Wilayah Persekutuan dapat dulu...tadbir cantik-cantik...tunjuk kat rakyat figure dan faktanya apa yang dasar Pakatan ini merakyat...jangan setakat slogan je apa....Juara rakyat...kah..kah...kah...juara kelentong rakyat...
Pakatan perlu fokus dan terus tunjukkan kecemerlangan , yang penting rakyat susah dibantu , yang kaya selesa tak lah nanti huru-hara jadinya negara ini...
Mengenai pilihanraya kecil ini saya setuju benar pandangan sahabat blogger ...di SINI

Nazri Berbhong...Bawa Ke Jawatankuasa Tatatertib Parlimen...Kah...kah...Kah...








Di sini dimuatkan turun dakwaan Nazri berbohong lagi..eloknya dia digantung macam kes Gobind Deo dulu tu...
Klik di SINI

Apale Bendanye Polis Nak Siasat Benda Tak De Ape-ape...

Polis berfikiran logiklah...jangan nanti rakyat ketawakan kamu semua..Nak siasat...siasatle benda yang logik...Kalau Zahrain yang cakap Anwar begini begitu maka sewajibnya Zahrain disiasat..bila..waktu bila..siapa yang ada bersama saksi..kalau ada tape ke...lagi bagus..ada youtube...ke bagus jugak....atau ada gambar ke..lagi kukuh.. boleh kita sumbat Anwar 1000 tahun....kah....kah....kah....
Siasat bila pertemuan dengan Panglima ATM ..., bila berlaku , tempat di mana ...di The Curve ka...tempat mana?
Berapa milion duit nak guna...siasat...siasat...siasat...
Kalau semua tu tak da tak payah susah-susah le...
Yang bukti depan mata pun boleh lepas...
Kes Norita...tak de pembunuh...yang bunuh dia dracula...kot kes Lingam..tak de kes walaupun ada bukti cammera...kes Fairuz ada bukti lepas jugak...
Memang polis Malaysia suka kerja macamni....

Ini Komunis. Ka ..Guan Eng ...Siap Rasmi Makmal Sains Sekolah Agama Rakyat...

Mana pemimpin UMNO yang berani merasmikan sesuatu majlis , Sekolah Agama Rakyat lagi...tak takut pun dia ( Lim Guan Eng )..?
Teringat kisah dulu Che Det kita menghentikan bantuan perkapita ke Sekolah Agama Rakyat konon ceritanya sekolah ini melahirkan pengganas. Bercerita tentang ganas teringat pula kes Memali yang mengorbankan syuhada Ibrahim Libya dan sahabat beliau serta pengikutnya. Peristiwa Memali telah mengorbankan mereka semua , apa alasan kerajaan menyerang mereka?
Adakah kerajaan Malaysia kerajaan pengganas?
Cerita Memali di SINI..
Majlis perasmian Makmal Sains SAR oleh YAB Lim Guan Eng di SINI

Utusan Menghina Sultan Selangor...Pakat Sama Boikot..Utusan Meloya.






Kalau kat Pakatan macam-macam hangpa dok buat , cakap wangi pun keluar tahi...sekarang tembelang hang pecah , kini menghina Raja pula . Cakap tak serupa bikin , utusan melaporkan di SINI

Monday, March 22, 2010

Kempen Boikot Israel Berdegar-degar...Rupanye...APCO PerundingKu...

Inilah Malaysia , negaraku , negara Islam moden yang sedang meningkat nama. Sebut sahaja isu apa , isu Palestin , isu Iraq , Isu Israel , Malaysia begitu lantang menobatkan negara yang begitu benci kepada Israel....
Kusangkan begitu rupanya kita pula yang menyuap mulut ke mulut Israel berjuta-juta , kononnya sebagai perunding imej namun Israel tetap Israel.
Apa hukumnya menyalurkan dana secara tak langsung kepada Israel? Itu hendaklah dirujuk kepada Tok Mufti seMalaya ataupun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Khir Baharom..
Namun Yusuf Qardawi mengharamkannya pembelian produk Israel apatah lagi menyalurkan dana buat syarikat Israel...
Betulkah ianya syarikat Israel? Klik di SINI
Betulkah Malaysia mengambilnya sebagai perunding? Klik di SINI

MCA , Calon Presiden 3 orang ?




MCA , parti kuat penyokong Be End akan mengadakan pemilihan Presiden yang menyaksikan 3 penjuru. Kah...Kah...Kah....
Be End , apabila berhadapan dengan situasi begini no problem..andai Pakatan Rakyat maka hebuhlah se Malaya Pakatan Berpecah....
Kah...Kah....Kah...
Inilah teori bodoh orang-orang Be End...
Tiada keterbukaan parti terutamanya UMNO..kita lihat apabila jawatan nak dipertandingkan ...pelbagai syarat dikenakan...yang tak masuk akal...itulah parti yang takutkan perubahan...
Mereka takut berubah sebab selama ini memang mereka banyak mengaut hasil bumi negara dengan cara tak adil...
Kah...kah...kah..
Pernah dengo ke..ada yang dilantik sebagai pekerja la kononnya langsung tak pi pejabat...kutip bulan makan tanggung...banyak..yoep habis syarikat kerajaan negeri yang macamni...itu bila Pakatan memerintah...tak bagi depa fail tu...banyak dihanguskan oleh pemotong ajaib...
Perkara yang saya sebutkan ini benar berlaku...itulah sebabnya bila Pakatan memerintah...dua tiga hari tak boleh masuk pejabat lagi ada la kakitangan yang akan buat kerja-kerja sedemikian...
SPRM pejam mata...kononnya bangsa Melayu...tapi ianya sebenarnya memalukan Melayu...
Islam tak mengajor Melayu jadi begini...itulah yang membuatkan orang bangsa lain tak mahu masuk Islam...tengok kelakuan orang Melayu yang macam inilah...
Untuk pendokong MCA pilihlah calon terbaik buat anda..seorang pelakon video , seorang oatai , seorang lagi Najib tak suka..

Fatwa Al Qardawi...Kerajaan Sekarang Kerajaan Munafik / Fasiq?

Jamil Khir Baharom punya la banyak ceramah masa tahun 90an dulu..dulu tu aku ni peminat dia la...ada Forum Perdana sekali pulah Hassan Ali...Ismail Kamus..rupanya ini yang dikata .

'KEBENCIAN DISISI ALLAH MEREKA YANG PANDAI BERKATA-KATA TAPI BILA TIBA DAN KETIKANYA TIDAK MENUNAIKAN KATA-KATANYA '

masih belum ngerti lagi makna Munafiq...Fasiq...kita mengharapkan agar Kerajaan Najib Tonya serta kabinet dan para muftinya belajarlah ilmu , jumpalah Yusf Qardawi...tanya pandangan dia Islam ka Malaysia ni...baguihka Malaysia ni...tindakan ke atas Anwar ni betulkah...atau hangpa semua ada masalah penyakit baru...bukan H1N1...

SEBENARNYA TAK SUSAH KITA LETAK JE JAWATAN TU..BILA KITA BERJAWATAN TU KIRA KITA TOLONG SAMA DIA LA..

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA DAN PANGKAT SERTA GELARAN...

INI BUKAN AKU CAKAP RUJUK HADIS DAN AL QURAN...

Mana Bahaya Guna Nama Agong , ATM Atau Guna Rasuah Jatuhkan Perak...?




Polis yang telahpun dinaikkan gaji dan elaun tanpa ragu-ragu akan menyiasat DS Anwar Ibrahim ekoran isu lompat 16 September..Inilah polis ..kerja yang lain banyak ..tetapi KPN kamu tetap ingin membuat perkara sedemikian..semua rakyat tahu..bagaimana Perak dijatuhkan..penculikan...pesembunyian , wang , rasuah , bagaimana ketiga-tiga katak disembunyikan , dijanjikan imbuhan , dilepaskan kes rasuah ...tetapi itu semua bukan kesalahan...betullah kome ada kuasa ...tetapi ingat kita bertuhan ...janganlah nak menganiaya orang seperti DS Anwar...semakin kita berbuat demikian mana tahu semakin banyak bala yang tertimpa kepada kita...sedarlah..tak terfikiorke kome apa yang dilakukan itu tak betul..salah le..
Tengok macamana kes Altantuya..adeke polis pagkat rendah ni nak bunuh tak da hutang tak da pasai..tu polis dok diam je apasal..ngape tak cari arahan siapa? dosa yoep...ingat-ingat le jangan ingat bila dah pencen kompem Tuhan ampun kome...salah dengan manusia ni lagi teruk...kome kena mintak ampun , mintak maaf...kalu kome tu tunggang arak ke...itu taubat kat tuhan le...ini kena pi jumpa orang yang kita aniaya tu...berattu...
Bilamana kome semua pi angkut Sivakumar masa bersidang tu , kome rase kome betullah...kalau gitu kita tengoklah...Tuhan maha adil...bila kome dapat bala...masatu rasakanlah...azabNya...

Sunday, March 21, 2010

Kesian Tengok KPN , Musa Hassan....Ish...Ish....Ish...




Bila tengok Musa Hassan ni , teringat aku adegan usung tilam sekitar tahun 98 dulu...masa nak pi pekena Anwar hang lupa...baru sat lagi nak pencen baru hang tau langit tinggi ka rendah..Sebenarnya lebih baik bila berkuasa kita guna kuasa dengan elok, orang akan kenang sampai mati...ini tidak banyak yang salahguna kuasa...tu yang ranking saham menurun...orang tengik depan orang tabik la...belakang kalu pergilah lu...Ceritanya di SINI

Speaker Halal vs Speaker Haram Jadah...








Bercerita mengenainya dah muak...tak reti-reti , kita lihat bagaimana Ganeson dilantik tempohari dengan cara mengusung cara brutal dan kasar, kira sah ke tu...itu yang teman hairan...tapi utusan meloya.., berita hairan, tambah salah lagi sinar hairan semuanya mengeluarkan berita yang memperbodohkan rakyat jelata. Sat lagi kome buat lah apa peraduan pun nak bagi laku surat khabar tin kosong...sapa pun tak beli...semuanya auta...kelentong...temberang...
Cerita tentang speaker ni dari member gua...bakal menggegar Melaka sedikit masa lagi...
Klik di SINI

Anwar Memang Mengancam..........Kedudukan Aku La....

Tajuk utama berita Tan Sri Musa memohon pihak tertentu agar melaporkan perkara yang diperkatakan oleh Zahrain ...inilah tembelangnya , bila Ramli Yusuf dah keluar bebas setelah didapati tidak bersalah , maka Musa Hassan akan menggunakan peluang terakhirnya untuk membunuh karier Anwar...boleh ke...? Musa Hassan ni memang merakan beliau betul...dendam beliau dengan Anwar tak habis-habis...dan beliau juga tak pernah insaf-insaf...siapa tak kenal Musa Hassan , semua laporannya ada pada Ramli Yusof...
Klik di SINI

Mahkamah Meletakkan Harga Diri Mereka Seperti Sampah....

Apabila terbaca posting alhusseyn pagi ini , terfikir saya ohh...teringat hadis Nabi yang mengatakan 2 daripada 3 hakim masuk neraka...akhirnya kita mengakui banyak perkara apabila direnung telahpun diperingatkan Nabi. Ceritanya di SINI

Saturday, March 20, 2010

Pemimpin Pemuda Umno Berperangai Syaitan...Kaki Teguk...

Ini maklumat baru didapati daripada blog sahabat yang menyelusuri Dewan Rakyat baru-baru ini. Saya tidaklah terkejut beruk mendengarnya namun kebanyakan pemimpin ini semuanya jauh lebih buruk daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka bila menzalimi diri sendiri dengan meminum arak , apatah lagi kalau nak zalimi rakyat...sendiri fikirlah...
Cerita selanjut di SINI

Masa Menentukan Inilah Surat Pemimpin Islam Kononnya...Piiiiraaaaah...Mabuk....Depan Rakyat Ngaku Pejuang Islam...Belakang...Piiiiiiraaaahhh..




Ini aku copy da dari sumber terdekat...bukti kononnya Malaysia ini negara Islam...tapi boleh bagi tahniah lagi...mungkin sepuluh tahun lagi kita semua tau apa cerita hari ini.....mungkin....macam kes Lingamtape...sampai sekarang habuk pun tarak...piiiiirah...bersih konon....memang dasar taik....
Klik di SINI

Friday, March 19, 2010

Bila Dewan Parlimen UK Bising Pasal Anwar..Habislah Malaysia...

Ini bukan soal orang asing ingin mencampuri hal ehwal dalaman negara tetapi bila melihat kaedah dan cara kita Malaysia membuat pendakwaan terpilih ke atas Anwar dengan kaedah yang tak masuk akal ...inilah bahananya..
Bahananya bukanlah mereka akan menghantar tentera ataupun senjata tetapi dari segi jenama Malaysia sudah mengalahkan negara Myanmar , demokrasi sekarang sudah menjadi demokrasi ala Najib...auta...outer...semua boleh..Malaysia boleh...susah kita yoep...nama Malaysia sudah busuk dan membusukkan...
Cerita seterusnya ada di klik SINI

Inilah Telatah ex MP PKR yang Keluar Parti...

Antara seorang yang keluar parti adalah Zahrain , MP Bayan Baru . Suatu ketika berdegar-degar mempertahankan Anwar namun kini terserlah rupanya ,mana kaca mana intan..sudah diketahui.Mereka berbicara kononnya Melayu diperkudakan namun statistik pula menunjukkan yang lain. Mungkin mereka yang terbawa-bawa fahaman ...bila jadi pemimpin maka kuasa dapatlah diguna untuk menimbunkan kocek..
Untuk cerita selanjutnya ..cerita sahabat...di sini..

Thursday, March 18, 2010

Anwar Berkata 1Malaysia Diambil Dari OneIsrael...Betullahtu...

Nazri beria-ia mahu mengenakan Anwar dengan tindakan oleh jawatankuasa Parlimen...kah...kah...kah...
Nazri ni menteri apa? kalau nak bodek bos pun pakai aki sikit...semua orang tengok wikipedia...hang tak tengok ka? Dulu hang dok baca undang-undang saja ka? Lain tak tengok...?
Ini Bukti apa? Klik di Sini OneIsrael....

Apa Perbezaannya?





Gambar fakir miskin...




Nazir ketika majlis penawaran pembelian Astro...

Politik Murahan Zambry...Perbezaan Bukan Bermakna Tidak Sepakat...Itulah Otak Pemimpin Be End...




Kalau difikirkan memang nak tergelak , siapalah tukang nasihat si Zambry ni...otak nya dah barai sejak menang kes mahkamah Persekutuan ni...makin susahlah orang Perak...
Ceritanya ada di laman sahabat...di sini..

Orang Peribumi Asli Menuntut Hak Di Putrajaya...Polis Benarkan...Takut DiSumpit Racun....





Kira-kira 2,000 orang peribumi Asli berjaya menghantar memorandum menuntut hak tanah mereka. Polis bagaimanapun tiada kelihatan , ada kemungkinan takut disumpit racun sesiapa yang menghalang. Buat Pakatan Rakyat , jika ingin membuat demo bawa sekali orang peribumi asli maka , pastinya polis takkan kacau....takut disumpit racun damak...
bahaya tu....boleh lumpuh.....
Cerita selanjutnya di sini
mohon paste dari sahabat alhusseyn...

Wednesday, March 17, 2010

Keselamatan Rakyat Tidak Terjamin...Angkara Siapa?

Rakyat keseluruhannya sekarang ini berasa amat ketakutan melihatkan fenomena kegiatan jenayah yang senang berlaku , manakala penjenayah pula boleh bebas tanpa tiada apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan seperti sekatan jalanraya..dan sebagainya. Namun apabila rakyat ingin mengikuti demonstrasi maka di situ sibuklah segala macam polis mengadakan sekatan. mungkin mereka , polis ingat wang gaji mereka dibayar oleh Be End semata-mata walhal wang itu semuanya wang hasil titik peluh rakyat , cukai daripa rakyat ,semuanya bermula dari rakyat. kerajaan hanyalah mengurus wang tersebut...
Sila klik di sini

Biodata Mufti Negeriku Perak Darul Kartunn

Ini biodata Muftiku , Perak Darul Kartunn...tak tau pulak dulu pernah kerja SB...
Biodata klik sini untuk info pembaca laman ini...fikirkanlah..

Pusat Maksiat di Melaka / NS

Berita Hairan ada melaporkan penemuan 200 botol arak...
selanjutnya di sini...

Bukti DS Anwar DiFitnah...Copy And Paste...

Aku sentiasa sibuk...namun membiarkan perkara begini begitu sahaja adalah memalukan...jadi copy and paste artikel sahabat-sahabat agar semua maklumat sampai ke akar umbi....
Inilah Buktinya

Tuesday, March 16, 2010

KPN...Dulu Nafi Letak Jawatan...Kini Hishamuddin Beri Klu Baru...

Hishamuddin , Menteri Dalam Negeri ada menyatakan kemungkinan ada calon baru untuk KPN...Siapa agaknya? Pastinya KPN baru itu akan mencengkam kuat ke atas Pakatan , mana mungkin mereka akan membiarkan KPN baru memberi ruang dan peluang yang adil buat semua.Keadilan hanya tercapai andai Pakatan yang memerintah dan akan memberi segala kebebasan kepada polis sendiri menentukan hala tuju negara ini...
Cerita merujuk di sini...

Ong Ka Ting Kembali Merindu....Presiden

Ong Ka Ting berhasrat untuk bertanding semula jawatan Presiden MCA. Mengapa begitu sekali sehingga orang lama ingin muncul kembali membawa bahtera MCA. Apakah kehebatan Ka Ting dibandingkan Tee Keat?
Kita akan saksikan pertandingan untuk menjuarai kerusi Presiden...nantikannya...
Untuk maklumat lanjut klik di sini

Kebijaksanaan Peguam Negara dan juga SPRM...

Lihatlah begitu banyak kes terperam ada di sini

Kerajaan Tidak Mengambil Iktibar Kekalahan PRU12 Dahulu...

Kerajaan sehingga kini masih lagi tidak memikirkan hal rakyat secara telus dan terurus.
Rakyat seringkali ditekan dengan pelbagai peraturan tidak munasabah dan polisi yang menyusahkan rakyat. Harga gula kononnya dinaikkan agar membendung penyakit kencing manis...ye ke?
Begitu prihatn kerajaan terhadap masalah rakyat? Kalau betul tutuplah banyak kilang yang tidak mengikuti spek dari segi kedudukan lokasi berhampiran penempatan rakyat..Bersepah kita lihat kilang-kilang didirikan mengeluarkan begiti banyak asap yang merosakkan paru-paru rakyat...
Cukai GST pula diperkenalkan ketika rakyat berhempas pulas mencari wang untuk menanggung keperluan hidup..yuran sekolah perlu dibayar..segala tol perlu dibayar dan sebagainya..
Kita lihat negara jiran kita Thailand , walaupun diterajui oleh pemimpin bukan Islam namun kebajikan rakyat didahulukan..mungkin slogan rakyat didahulukan itu mereka lebih berhak memakainya..Thailang mempunyai lebuhraya yang baik dan bagus namun tol tidak dikenakan...Bagusnya Thailand...
Australia pula ...yang digambarkan negara menekan pendatang Asia pula, memberika pendidikan percuma...betul-betul percuma ...bukan macam kita setahun dulu saja kata percuma..kemudian kena bayar...
Patutlah ramai dan meningkatnya rakyat negara ini melepaskan kerakyatan dan berdagang ke Australia dan juga Britain...

SPRM Memang Alat Mainan Be End

Buktinya SPRM alat mainan Be End ada di sini

Saturday, March 13, 2010

Solat Hajat Mohon Petunjuk Untuk Semua ADUN Dan Ahli Parlimen Kianat...

Bilamana penduduk Bagan Serai memulakan solat hajat mohon petunjuk dan diberikan jawapan terhadap tindakan Ahi Parlimennya yang berpaling bebas maka ada baiknya diadakan suatu majlis khas untuk didoakan agar semua Ahli Parlimen dan DUN yang berpaling ditunjukkan oleh Allah jalan terbaik buat mereka dan rakyat. Berserah sahaja kita kepadaNya dan mohon petunjukNya agar masalah ini ada jalan penyelesaiannya .PadaNya Allah lah tempat kita rakyat mengadu apatah lagi sistem yang ada semuanya sudah menjadi seperti tidak dapat bergerak ataupun semuanya sudah dikuasai oleh mereka yang tidak benar...
Harapan kita agar diselaraskan suatu program bersepadu untuk seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran agar ianya lebih tersusun dan terancang.

Tuesday, March 9, 2010

Pengurangan Cukai Peralatan Golf...Rakyat Kaya Didahulukan...Miskin Dipinggirkan...

Najib baru-baru ini melupuskan cukai barangan golf dan peralatannya sekitar belasan ribu . Ini merupakan langkah baik yang memberi pengurangan cukai kepada para-para pembeli barangan golf yang terdiri daripada golongan miskin tegar. Langkah ini memberikan gambaran baik buat Be End kerana rakyat pembeli barangan golf didahulukan..rakyat miskin lain..dianaktirikan..
Kalau kerajaan ikhlas berilah potongan cukai untuk belian seperti beras ke..tepung ke..barangan keperluan rumah ke..barulah cantik ...rakyat didahulukan..
Kalau hangpa nak tau ramai golongan lari cukai ni golongan bijak cari projek le..lepas tu faham je lah...akaun pun boleh kaoyteam team punya..

Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Nordin Dipecat...Tindakan Tepat?

Hari ini Zulkifli Nordin menjadi popular seMalaya apabila beliau dipecat dan masuk muka hadapan Berita Minggu. Wajarkah beliau dipecat ketika hangat diperkatakan ura-ura Be End ingin mencukupkan koarum untuk dua pertiga agar undang-undang persepadanan akan digubal bila cukup kaota?
Tindakan PKR adalah tepat dan wajar memandangkan kesalahan Zulkifli yang mengeluarkan kenyataan dalam temubual dimana ianya boleh mengakibatkan perpecahan Pakatan. Mengikut undang-undang sesebuah organisasi apabila telah diperbincangkan dan disepakati maka ianya haruslah diterima bulat walaupun sesetengahnya tidak menurut kemahuan sesetengah pemimpin. Itulah adat berorganisasi..kepatuhan adalah suatu disiplin dalam berorganisasi. Mungkin boleh dikatakan apabila berlakunya suatu pelanggaran hukum maka bolehlah seseorang individu itu mengasinkan diri...mufarrakah ...namun tindakan Zul menepati syariatkah? Itulah persoalannya yang perlu fifikirkan. Isu penggunaan nama Allah telahpun disepakati oleh ulama besar dan telahpun terjawap maka..persoalan itu tidak timbul lagi...
Mungkin banyak perkara yang menghantui Zul untuk bertindak sedemikian? Mungkin juga Zul , salah seorang peguam Anwar yang bertungkus lumus membawa isu Anwar merasakan tiada pembelaan ataupun penghargaan terhadap beliau ketika menghadapi isu mahkamah berkaitan kedudukan Zulkifli sebagai Ahli parlimen boleh terbatal ekoran tidak menghantar penyata kewangan pilihanraya lepas..
Buat saudara Zulkifli Nordin ..pelepasan jawatan Ahli Parlimen akan lebih menyucikan anda daripada tohmahan..dan teruskanlah cara perjuangan mengikut acuan tersendiri...yang dirakan lebih Islamik daripada PAS ataupun PKR...kami semua menanti tindakan anda...

Friday, March 5, 2010

Kerusi Parlimen Bagan Serai Perlu DiBeri Kepada PAS Semula...

PAS perlu bertegas soal pembahagian kerusi , bukan tamak tetapi apabila banyak kejadian
berlaku seperti adegan lompat jadi bebas ianya menyusahkan rakyat. PAS perlu diberi penghormatan oleh semua pihak terutama PKR yang mempunyai masalah calon yang tidak tahan diuji ataupun calon yang bermasalah luar biasa. Rasanya calon PAS mempunyai ketahanan tinggi tatkala kita melihat tahun 2004 , Kelantan hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi sahaja namun kerajaan PAS tetap bertahan sehinggalah pilihanraya kemudiannya.
Rata-ratanya calon tangkap muat PKR seringkali membawa padah terutama bila mengenangkan kejatuhan kerajaan Perak atas sebab 3 ekor katak yang melompat itu.Suatu mekanisme yang ampuh dan jitu perlu difikirkan oleh semua pihak terutamanya PKR dalam mengekang calon bermasalah dan rosak akhlak. Pakatan Rakyat adalah suatu norganisasi yang mementingkan ketelusan , kejujuran , amanah dan rakyat adalah keutamaan. Maka mana-mana calon yang tidak boleh berkhidmat untuk rakyat boleh blah. Pakatan Rakyat bukanlah seperti partai lain yang membawa misi dan visi hanya sebagai tontonan umum walhal mereka lebih mementingkan projek , komisen projek , jutawan segera , komisen segera , banglo besar berjuta-juta , mengaut hasil tanah atas nama untuk rakyat miskin , mendapat tanah bagi kroni dan sahabat dan banyak lagi perkara yang semua kita boleh lihat. Pakatan Rakyat mesti jelas , bahawa rakyat diutamakan. Jangan jadi seperti Be End slogan sahaja rakyat didahulukan walhal mereka perompak wang rakyat....

Wednesday, March 3, 2010

Keluar Masuk Parti Kerana Habuan?

Memang itulah lumrah hidup penuh dugaan dan cabaran..bila lekeh kita dikata parti Islam tak tahu meniaga..asyik lungkup je...jadi kalu macam mereka majulah kiranya..keluar masuk parti kerana tak dilantik CEO ke...apa ke...itu memanglah perkara yang ramai orang mengetahui...Malaysia pulak banyak pantang dan larangnye..pelbagai peraturan..mesti ada pengarah Melayu lah...dan lain-lain lagi...maka banyaklah lantikan itu semuanya lantikan politik...kira kalau hang pas adele sikit-sikit ijazah kira bolehlah jadi pengarah dok diam-diam dapat puluhan ribu...itulah sebabnya ramai Melayu tak pandai berniaga sampai kini...dapat peluang goyang kaki...yang betul-betul tulah adela jugak taikoon Melayu yang memang kerja kuat...itu tak dinafikan.
Ramai juga kalangan manusia ni asyik mengekor je pemimpin tu ...biasale...nanti bila bagi lantikan pengarah memang dia sorang yang pulun...orang lain tak merasale..ini semua budaya UMNO dari dulu lagi...orang PAS takkan merasa pun..orang PAS ni memang ramai yang ikhlas...itu yang aku pun tabik sama orang PAS...kalau boleh PKR ni kalau rase orangnya tak boleh pergi janganlah letak malaun jugak ...alamat jadi macam Zahrain tu...Jamaluddin tu..Osman Jailu...semuanyalah tu...banyak dasar kerajaan kebanyakannya mengenakan syarat macam-macam namun ianya tidak membantu menaikkan taraf hidup orang Melayu keseluruhannya...
Apabila mereka semua ini yang keluar PKR maka mudahlah Anwar untuk membersihkan parti daripada manusia yang bertopengkan perjuangan rakyat..bijak mereka ade jugak bodohnya...mungkin pada mereka mereka bijak dapat puluhan ribu ranggit tapi...maruah perjuangan mereka kemana? Hangpa ingat lagi Ezam...? Dulu pernah jugak aku dengar ceramahnye...skrng...boleh blah....
There was an error in this gadget