Sunday, March 28, 2010

Chua Soi Lek , Presiden Liow Tiong Lai , Timbalan Presiden..

Akhirnya perwakilan MCA telahpun memutuskan untuk memberi peluang kepada Chua Soi Lek memimpin parti itu. Berapa lama tidaklah kita ketahui. Namun pada firasat teman Chua Soi Lek adalah pilihan yang amat lemah dibandingkan yang lain, namun percaturan politik Tiong Lai amat tinggi dalam mengejar impian bergelar Presiden. Nasib Chua Soi Lek pastinya seperti Tun Ghafar Baba suatu ketika dulu , diguna oleh Tun Mahathir hanya untuk sementara waktu krisis , selepas tenaga dikerah dan jasa diambil beliau disingkirkan dengan cara terhormat.
Itulah juga bakal yang akan terjadi buat Chua Soi Lek dalam beberapa tahun lagi. Sebenarnya Tee Kiat masih lagi kuat namun , kelicikan kempen kumpulan Liow Tiong Lai
memberikan undi mereka kepada Soi Lek.
Apakah anda berfikir seorang yang terpalit dengan skandal sebegini boleh menjadi Presiden...ya boleh menjadi Presiden hanya untuk sementara waktu sahaja.
Untuk maklumat lanjut di SINI

No comments:

National Geographic POD