Saturday, March 27, 2010

Hulu Selangor , Contoh Persempadanan SPR Yang Menguntungkan Pakatan...

Persempadanan yang telah dan sering dilakukan oleh SPR dahulu seringkali bermotifkan politik. Kehendak tuan mereka cuba menyingkirkan Pakatan dari terus mendapat kuasa memerintah. Namun itu cerita lama. Semenjak 2008 , pemikiran rakyat walaupun masih ada keraguan dan kesangsian sesama kaum namun ianya tidaklah sebegitu tebal macam tahun 60 an. Politik sekarang lebih kepada politik pencapaian. Slogan pencapaian diutamakan adalah slogan yang betul-betul dihayati oleh rakyat. Maklumat diterima melalui pelbagai saluran maka rakyat akan memikirkan baik dan buruknya sesuatu perkara.
Kita boleh melihat ketika isu penggunaan nama Allah , walaupun banyak media haprak mencuba untuk mensensasikan perkara tersebut namun kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat maka ianya menjadi meutral. Walaupun ada pihak yang ingin mengambil untung ekoran perkara itu namun ianya hanya memburukkan keadaan negara di peringkat antarabangsa. Syabas pemimpin Pakatan Rakyat..
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini perlu mengembleng agar ikatan sesama mereka terjalin lebih kuat , memahami budaya dan agama masing-masing seterusnya dapat membawa agenda perubahan yang dinantikan oleh semua rakyat.
Untuk Hulu Selangor diharapkan rakyat dapat memberi signal penting agar kerajaan lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan...maka rakyat perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat...tak kira PKR , PAS ataupun DAP..
Untuk meklumat di SINI

No comments:

There was an error in this gadget